Tuesday, January 27, 2015

KESEMPURNAAN

Hi. assalamualaikum... smile first pls..

awak rasa awak sempurna? awak rasa awak terbaik tak?
....semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk menerima kekurangan...

bila tak kuasa jangan mengambil .. bila mengasihi terlalu sulit, jangan membenci.. bila tak mampu menghiburkan orang jangan membuatnya sedih...  bila tak mungkin meringankan beban orang lain jangan mempersulitkan/memberatkan.. bila tak sanggup memuji , jangan berhujah. bila tak bisa menghargai, jangan menghina...

"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita :)

tadi nampak org buta di pimpin org bisu.. mereka saling berpaut. terkesan di hati.. bila hati ikhlas segalanya mungkinkan... 
saja update bosan !
bye... 




Monday, January 26, 2015

DARI MATA HATIKU..

"jangan pernah mencintai seseorang yang tidak mencintai allah. jika allah saja ia tinggalkan, apalagi hanya seorang dirimu?!! " (imam syafi'i)

mungkin madah ini kosong buat hati yang di buai rasa cinta, kerana cintanya juga kosong. bagaimana tidak kosong andai tujuannya juga kabur, tidak terlihat apa mahunya dan di mana tujuannya.

yang di cari semua dunia, bersifat sementara kerana yang dicintai semuanya dari golongan 'dicipta' dan lupa pada 'pencipta'. jika tidak pencipta , masakan ada tanda-tanda kewujudannya serta antara asbab asbab dan kemanisan hakiki sebuah cinta yang diberi zat selamanya di dalam syurga.

jika lupa hukum antara makhluk dan tuhan, bagaimana menyikapi sifat sementara dan kekal selamanya. jika tidak diutamakan tuhan, tidak malukan mencuri hamba'Nya tanpa meminta padaNya??

bukankah allah itu maha pembolak-balik hati? hatimu dan hati dia, kedua-duanya ditangan Allah! jangan lupa itu ya ! :)

creadit to razziahkhan.. merah itu love


Saturday, January 10, 2015

TEATER : TAHAJJUD CINTA

Assalamualaikum..

semoga baik2 saja. alhamdulillah permulaan bulan pertama dengan redha allah yang membawa ketenangan jiwa. amin :)

ok nak throwback cikit.. oleh kerana waktu yang tak banyak mengizinkan untuk bercakap di sini lebih lama jadi di pendekkan cerita 4 januari haritu aku pergi tengok teater. memang aku nak tengok sangat sebab sempena maulidur rasul baru2 ni selaku ketua erma fatima telah menerbitkan satu cerita yang sgt aku kagumi. TAHAJJUC CINTA : SIRAH RASULULLAH. 3-7januari di istana budaya.

kagum dengan jalan cerita rasulullah. menyentuh perasaan. lagi2 dato ct pulak yang duk menyanyi lagilah tersentuh... tapi rata2 yang datang haritu sempena tiket murah untuk sitizoner mungkin nak tgk dato ct aje.. memang berbaloi lah.. sumpah tak tipu best gila...

berbalik pada cerita , bab ilmu agama bukan jahil tapi kurang kefahaman.bila di suruh solat kita solat. bila di surut menutup aurat kita menutup tapi kita tak tahu kadang2 kelemahan yang nak di tonjolkan tu membawa dosa.. kadang2 bila kita tgk jalan crita macam tu baru kita faham bagaimana islam bermula.. bagaimana ianya terjadi.. bagaimana duduk perkara sebenarnya... alhamdulillah.. mungkin tak bnyak yg kita tau tapi sedikit sebanyak telah membuka pintu hati untuk lebih mengetahui sirah rasulullah ni. semoga hidup kita semua di berkati olehNYA. kalau org pergi tgk tak insaf x tau lah.. susahnya rasulullah s.a.w nak sebarkan islam. tapi kita kat dunia yg sementara ni sia2 je tanpa ade pegangan.. ni nasihat untuk adik2 remaja yang baru nak meningkat.. lalainya kita dalam mengetahui sejarah islam.. mari sama2 kita ubah.. sesungguhnya kita kini berada di akhir zaman... dan percayalah hari kiamat itu akan tiba....

ketahuilah.....

 Nabi Muhammad SAW dilahirkan pada hari isnin 12 Rabiulawal (20 Apri 571 Masihi) dan dilahirkan di Mekkah. Bapa baginda bernama Abdullah bin Abdul Muthalib dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab dari suku Qurais berasal daripada suku kaum yang dipandang mulia ketika itu. Ibu susu Baginda pula bernama Halimatus Saadiah (menjadi adat masyarakat untuk mecari pengasuh bagi anak-anak mereka)
Nabi dijaga oleh Halimatus Saadiah selama 4 tahun dan dikembalikan semula kepada ibunya. . Bapa baginda meninggal dunia semasa beliau berada di dalam kandungan. Semasa dalam perjalanan pulang dari melawat kubur suaminya Ibu baginda pula meninggal di suatu tempat
yang dipanggail Abwa‟ Nabi berumur 6 tahu ketika itu . Maka tinggallah Nabi SAW seorang
diri dan dijaga oleh datuknya.
Semakin baginda meningkat dewasa sifat kepimpinan baginda mula terpancar keluar dan baginda juga digelar Al-Amin kerana tsentiasa berkata benar. Baginda berkhawin dengan Siti Khadijah pada usia 25 tahun yang terkenal dalam kaum Quraisy kerana kesucian, sifat budiman dan dermawannya. Sewaktu baginda berusia 35 tahun terjadilah perselisihan di antara pembesar Quraisy untuk meletakkan Batu Hajarul Aswad di depan
Ka‟bah dan dengan tindakan yang bijak baginda menyelesaikan masalah tanpa ada pihak
yang tidak puas hati.
Sewaktu Nabi Muhammad SAW berumur 40 tahun baginda sering pergi ke Gua Hira‟ untuk menyendiri daripada kaumnya yang menyembah berhala kerana Nabi Muhammad SAW tidak suka kepada cara sembahan kaumnya itu. Pada malam 17 Ramadhan atas perintah dari Allah SWT malaikat Jibril datang kepada baginda untuk mengajar baginda
membaca dengan perkataan “bacalah” tetapi Nabi Muhammad SAW tidak dapat membaca
dan situasi ini berulang sebanyak 3 kali. Baginda mengigil ketakutan dan segera pulang ke rumah dan setibanya ke rumah baginda meminta Siti Khadijah supaya menyelimutinya dan sekali lagi Jibril a.s menyeru supaya orang yang berselimut bangun dan menjauhi maksiat.
Setelah Nabi Muhammad SAW sedar beliau adalah Rasul maka selama 3 tahun beliau berdakwah secara sembunyi-sembunyi kepada keluarga dan rakan-rakan terdekatnya. Selepas itu Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW berdakwah secara terang-terangan. Akibat daripada perkara itu baginda mendapat tentengan dari kaum kafir quraisy dan mereka mengancam untuk membunuh baginda lalu Allah SWT memerintahkan bagida berhijrah ke Kota Madinah.
Setelah beliau selesai menunaikan tugasnya menyeru agama Islam di kalangan penduduk Bangsa Arab dan seluruh umat manusia maka pada tanggal 12 rabiulaawal 11 Hijiriyah (7 jun 632 Masehi) baginda pulang kerahmatullah dalam usia 63 di tahun dan di makamkan di kota madinah. Nabi Muhammad S.A.W mewariskan kepada keluarganya, sahabatnya dan umat manusia sekeliannya dengan sabda baginda yang bermaksud :
“Aku telah meningalkan kepada kamu semua dua buah pusaka tidak akan tersesat
jalan selagi kamu berpegang teguh pada dua perkara itu iaitu : Kitabullah (Al-Quran)
dan Sunnah Rasulullah (Hadis)

mungkin ramai yang tak pergi tengok. tak apalah.. mungkin dengan cara lain pula kita dapat lihat.. mari tgk youtube ni cikit...


mahu tak menangis. lagu2nya mendayu2.. ade awie, amy search, dato ct dan rmai lagi yg hebat2...



sebenarnya aku pergi tengok 2 kali.. hehehehehe..... dating dengan mama skali dengan adik bradik pula lepastu... dan 2 kali juga menangis.... good job semua yang menjayakan tahajjud cinta sirah rasulullah.. especially erma fatima.. this is awesome !







ok jumpa lagi.. terlebih terkurang sorry :D

thanks for reading !

Friday, January 02, 2015

TAHUN BARU 2015

Assalamualaikum..

semoga tahun ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun lepas ( dari segi ibadah, perhubungan silaturahim sesama manusia, rezeki, sikap tawaduk, percakapan, kerjaya. pendek kata kebaikan mental rohani & jasmani) demi sebuah kehidupan yang lebih bermakna untuk kebaikan dunia dan akhirat buat kita semua. Amin ya allah..

masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah goresan, hari esok adalah harapan, selamat datang tahun 2015. seiring perginya kenangan, menyambut harapan..