Sunday, May 29, 2011


 rindunya kat dia saat dan ketika ini....

"tak kira sekuntum bunga itu harum @ tidak, tumbuhnya tetap di tanah. begitu juga bulan, tak kira apa bentuknya, tempatnya tetap di langit & begitu juga perhubungan kita. tak kira jauh @ dekat, jumpa @ tak, tempatnya tetap di dalam hati...
sesungguhnya nilai sebuah perhubungan itu lebih bermakna dari segalanya..."
hargai bila bersama..
sayangi bila di sisi..
cintai bila berdua...
rindui bila sendiri..

Wednesday, May 25, 2011

HB kakak cantek !

..:: assalamualaikum ::..



HAPPY BIRTHDAY TO MY KAKAK ( WAN NURSYAFIQA ) atau korang bole add dia kat fb ( fifie haslie) hehe.. saja nak promote. huhu..
harini genap 23 tahun. 
(da ckup matang tp perangai cam budak2 suke merajukk.. ) huu..
hehe.. mengutuk ke ape ni. haha..


Mcm yang biase2 org cakap. aku pun nak ckp and doakan semoga dia panjang umor & di murahkan rezeki.. hope tahun ni lebih bermakna & more fun wit ur life..

bufday dia.. aku ingt nak celebrate la kan.. tapi tut tut.. dia pulak takder. dia ckp ada shooting plk.. terpaksa la cancel smua. nak buat cnne kan. haih...

ape pun aku nak cakap sempena bufday dia ni.... AKU SAYANG SGT2 kat kak fie... muah.muah.muah.

Friday, May 20, 2011

NUR KASIH : cerita penuh teladan & rasa cinta..

 ..:: assalamualaikum ::..

KINI DI PAWAGAM SAHAJA !!

: sana.. sini..
semua duk bercerita pasal nur kasih =) suka aku baca entry-entry diorg. macam-macam komen & pandangan.. tak nak lepaskan peluang. sama-sama baca entry aku pula ya =)

Alhamdulillah..akhirnya cerita ni ( NUR KASIH) dapat di tayangkan di pawagan. cerita yang di nanti-nanti. cerita yang di tunggu-tunggu... hari pertama di tayangkan di pawagan aku tak sempat nak tengok.. hujan muncurah-curah. lebat la sangat. memang tak dapat klua sbb kesihatan tak mengizinkan... sabarrr... 
tak kisahlah. hari ke dua pun aku dapat jugak tengok... sambutan yang sangat baik. tiket full.. nak tgk sgt terpaksa la duk bawah tempat tercorot cikit.. hee.. nevermine lahh.. =) janji dapat tengok.. 


NUR KASIH cerita untuk semua lapisan / golongan .. sesuai dan patut tengok sbb ceritanya penuh tauladan, keislaman & di selitkan dengan kisah cinta yang tidak berbelah bagi buat insan tercinta. sanggup berkorban apa saja ..
kasih syg, ketulusan, keikhlasan, kesetiaan, kebahagian
  semuanya digabungkan menjadi cerita yang sangat indah (tahniah buat kabhir bahtiar)... 
banyak aku baca tentang nur kasih dari blog2 mereka.. ada yang cakap best. ada yang cakap biase2 je. & ada jugak yg ckp x best! heran aku... siapa yang ckp x best tu. bagi aku.. ceritanya sangat bagus. kenalah dengan jiwa kot. mungkin pendapat lain2.. tapi bagus juga sbb mereka sudi meluangkan masa untuk menontonnya. 

siapa yang blum tengok aku syorkan awk semua pergi tengok ya. 
i think tak rugi pun.. kata-kata dia tu ada yang menusuk kalbu.. pemandangannya pun dah sejuk mata memandang.. 
sembahyang sekeluarga.. sopan. di situ ada kelembutan...
ketenangan itu lebih terasa lagi bila menusuk ruangan mata bila mereka di jordan (kawasan padang pasir) & pulang ke kampung ( sawah terbentang kehijauan).. 


tak perlu lagi nak cakap banyak.. just nak suruh korang pergi tengok sendiri. x kisahlah sampai meleleh2 air mata tu... biarkan saja. asalkan puas =)


"kita tak tahu apa yang ALLAH rancangkan untuk kita"


bahagianya menjadi ADAM & NUR.. pengikat kasih hingga ke akhir hayat.. 
berdoalah.. smoga bukan hanya pada cerita ia jadikan teladan. biarlah di alam realiti juga kita bertemu insan-insan seperti itu...
ya... NUR KASIH..

Thursday, May 19, 2011

JIKA DIA ADA DI SISI


..:: assalamualaikum ::..


siapa tak suka bila ada yang memuji. lebih suka lagi bila dia buat kita bahagia. betol tak? tapi siapa aku pada dia? itu saja sebenarnya aku nak tau. & aku nak sangat jawapan itu. mencari & mencari. dari awal telah ku jangka. sememangnya & tak mungkin aku dapat jawapan itu.. tak mengapa lah.. aku cubaa lagi tersenyum =) sangat mustahil bagiku untuk memulakan sesuatu. namun keberadaannya sangat aku harapkan biarpun hanya seketika.. 


... lama tiada di pandangan maupun message yang selalu dia kirimkan..  tup.tup.. tanpa di duga dia datang lagi buat kesekian kalinya... tertanya-tanya aku.. mengapa awak datang..? datang sekadar untuk seketika & hanya tinggal kata-kata indah dan berlalu pergi lagi...


melesap jangkaanku... kali ini dia bertahan.. aku juga... antara kami tiada terikat apa-apa perasaan. langsung perihal soal hati tidak kami sentuh. bimbang salah satunya berlalu pergi. 'mungkin.' =)  yang kami lalui adalah hari-hari seperti biasa. dia membisu, aku terdiam. dia berhibur aku gembira. dia bertanya aku menjawab. dan begitulah seterusnya... pelik !! bila jiwanya seakan tidak sekata seperti hatinya. riaknya bagaikan serba tidak kena. aku pernah bertanya. mengapa? dia hanya menggelengkan kepala.. aku pula yang terfikir-fikir.... ishk.. dia memang selalu buat aku haru biru.... =)


dalam ketandusan berbicara. secara spontan dia membuka perihal ku.. sesuatu yg aku tak suka. tp... dia teruskan juga. tak apalah. aku sekadar mendengar.. apa pandangan matanya padaku ya?.. ishk.. malunya... aku tak suka. dia terlalu memuji. sedangkan aku biase2 aje.. heran bin ajaib...tak tahu pula setiap inci,sudut, gerak, naluri hati, maksud nama & lain2 , dia ambik tahu... dahsyat! haha..


sehari ke sehari...lain macam aku tengok dia.. butir bicaranya tak seperti selalu..ape yang mendorongnya untuk berbuat demikian aku tidak pasti.. aku hanya membisu. hanya melihat & tersenyum =) barangkali....pasti ada sesuatu yang baik di hatinya... seperti dia.. aku juga senang. senang dengan kehadirannya yang bukan cuma seketika. walaupun selepas ini dia pergi.... mungkin aku tidak akan gundah lagi sebab..................... dia pasti akan kembali lagi =) 

"jika dia ada di sisi.. indahnya.. dialah pendorong.. dia pandai memuji .. (bukan benda btol pun) tp cukup sekadar untuk menhiburkan. kalaulah dia ada di sisi sebagai pelengkap hidup... alangkah bahagianya.. tapi itu hanyalah sesuatu yang mustahil sbb........ "
kita continue lain kali...

jumpa lagi...


Wednesday, May 18, 2011

JANGAN TAKUT UNTUK KEBAIKAN

..:: Assalamualaikum ::..
sejuknya malam ni.. hujan mencurah-curah bagaikan tiada titik noktah. tapi aku suka =) hee.. hujan tu rahmat.. 
OK..
"jangan takut untuk kebaikan"
itu sebenarnya yang aku nak cakap.. petang tadi, mama ngadu sakit gigi... aku ingt biase2 je. & kebiasaannya kalau aku skt gigi aku just letak minyak angin.. tdo skjap rehat then akan baik selepas itu... itu aje yg aku lakukan. aku syorkan pada mama.. mungkin itu juga boleh mengurangkan sakitnya.. tp lain jadinya. tak mungkin semua kesakitan itu sama.. =) 
aku syorkan mama pgi clinic bila dah nampak lebih serius sktnya.. sbb aku ada baca buku. skt gigi x leh main2.. nampak remeh tpi bila dah bendenyut-denyut, maunya x bleh tdo semalaman... urut dia tu boleh bawak smpai ke mata...
tapiiiii....bila aku ajak & nak bwk dia pgi clinic ada pula alasan mama... haih.. 
katanya TAKUT!!hahahaha.. mama.mama.. =) adoi... 
aku bgtau lagii mama.. "klu x nak skt mesti kena check & mkn ubt ! thts all.. x nak dgr mama ngadu lagi.." (hee.. mcm garang je kan aku bgtau mama cam tu.. ishk2.. si mimi ni ! ..hehe ) aku ckp tak serius sgt pown...bukan apee.. geram je.. sbnarnya aku x nak mama sakit. walaupun just skt gigi... =D
ok, untuk itu aku kena bgi nasihat lebih lagi pada mama..

OK, bukan nak ckp psl mama je...


aku bukan nak ckp aku perasan bagus.. aku just nak share.. 
hidup aku dah mcm2 aku lalui.. hospital adalah rmh no.2 bagi aku bila doctor sahkan aku hidap pnyakit leaukimia & terpaksa jalani pembedahan kerana 'sciolosis' .. aku ada ceritakan di post yang laluuu..... aku pernah sakit tapi tu dulu... sakit bukan yg hanya sakit gigi. hehe.. sakit yang bertarung nyawa dan doctor bole anggarkan 50 / 50. (iaitu hidup & mati)... =)
 bila dalam keadaan sakit 'TAKUT' tiada dalam kamus hidup aku.. berani dlm keadaan apepun.. lebih2 lagi pergi hosp & menghadapi doc. saat itu segala2nya aku serahkan padanya.. inject tu dah lali bagi aku. ambik darah. x-ray. ultrasound. ct-scan.. macam2 kan. smua aku dah lalui.. biarpun sakit.. tpi kita jangan TAKUT... 
kenapa?? 
sbb bila difikir-fikirkan, bukankah itu kebaikan buat kita... betol x??
buktinya.. Alhamdulillah aku sihat & mampu tersenyum lagi untuk kalian hari ini... =)
renung-renungkan..

'JANGAN TAKUT UNTUK KEBAIKAN'
hidup harus di teruskan walau ape jua critanya...




Tuesday, May 17, 2011

APA GUNANYA!

..:: assalamualaikum ::..

aku takde idea sgt nak tulis kali ni.. tapi teringin sgt nak share2 cerita.. kadang2 terfikir jugak aku...
apa gunanya ada kereta besar? rumah besar? duit banyak? rupa paras yang indah?! 
kalau tidak ada budi bahasa.. aku pun tak faham. tapi... apa yang berlaku memang banyak kat depan mata kita.. mungkin ada yang tak perasan.. semua tu hanya bagai angin yang berlalu... tertanya-tanya aku, banggakah mereka??? 


BERCAKAP KASAR
ok, ini yang paling aku tak berkenan...org yg mcm ni dia pakai redah je.. bercakap kasar & tak berlapik... ada tu siap memaki hamun. tak fikir langsung perasaan org... itu yg kita kata takde keimanan dlm dirinya.. hendak pulak kalau org perempuan yang berkelakuan begitu.. ishk... tak eloknya.. 
(simpang malaikat 44 aku dikatogorikan begitu)


TAK HORMAT
kita kat dunia ni tak kira... muda ke tua keeee hormatilah antara satu sama lain.. aku rase tak payah sgt untuk melakukannya. cukuplah bertegur sapa dalam berkata assalamualaikum atau hai... tanpa suara jua boleh kita lakukan... cukup hanya kita tersenyum... indahkan... tapi... mungkin susah bagi mereka..  ( aku ada jiran yang sgt sombong, aku slalu snyum dia buat bodo je.. x pelah.. MBGU =) aku pun x mengerti dgn situasi itu... 


MENGHINA
tergurisnya hati... itulah yang mereka rase bila hati di lukai. bukan sekadar berkata2 tapi ini diluar jangkaan.. 'menghina'.. bagi aku sangat kasar..  memang dasar mereka yang tak berhati perut bila sanggup menghina insan lain. itulah aku katakan mereka perasan tidak berperikemanusiaan... moral tak cukup untuk hidup d'dunia!!


bagus sangat ker awak ???? maaf! kalau ada lelaki yang begitu.. anda bukan list calon menantu mama saya.. hehe..
APA GUNANYA!!.... memalukan jela... perangai mcm tuu... ishk..


banyak sebenarnya erti kata lain yang aku nak share. tapi cukuplah sampai disini dulu.. berubahlah demi kebaikan.. itu saja yang mampu aku katakan pada mereka... tak semua manusia sempurna, tapi tak salah kalau kita mencari kesempurnaan itu...

aku naik kuda ... ? mcm x pecaya je :P

..:: assalamualaikum ::..

selamat hari wesak pada yg menyambutnya =)

hari cuti.. biasenya xde buat apa. cam ginilah... duk depan lappy.. tanpa makan maupun mandi.. haha.. :D (jangan tutup hidung. x busyukk pun.. HAHA)
bermalas malasan jela.. penat baru balik dari terengganu tak habis lagi... nasib jugaklah ada wesak day ni. boleh jugak la cuti kan :) 

kali ni balik terengganu skjap je. x puas pun. 3 hari apa laa sangat. pantai pun dpt pergi sehari je.. tu pun da nak senja.. :( x best. x best...
ok, planning bulan depan nak balik lagi ni. haha.. jom sape nak follow.. hee..

org slalu tnya aku. 'nape ko ni mie, suka sangat balik terengganu?' ada boypren ke sane.. haha.. ishk2... slalu balik pun susah la korang ni. dah suke nak wat canne.. slain pntai, mkanan dia best wow! sape yng x pernah gie sana memang rugi gila arrr... :D (ceh, promote terengganu ni) hehe...
tapi aku selalu... kalau balik, aku tak gie pun jelajah cari mkn jauh2.. aku slalu lepax kedai mak spupu aku je kat pantai batu buruk tu... . semua makanan ada. korang nak mknan ape? kompen ada.. & pastiiiiiiiiiii sedapppppp.... dijamin..!
mena istimewa : mee udang, nasi ayam hainan, mee goreng, nasi goreng cina , all western.... Mmg best gila... tolong cuba kalau anda ke sana =)

 ni kedai dia.. YEE STALL 5,pantai batu buruk...

tgguuuuuu nak makan ni.. lapa.lapa....


 mkn dgn bersungguh2..inilah dia.. suhada ismail.haha..


dah kenyang! meh lepax2 jap kat pantai.. =)
tut.tut. terjumpa kuda... mmg dlm idup aku x penah naik kuda.. jeles sebenarnya tgk kakak aku main kuda time dia kat bandung... huuu... tu la pasang niat nak nik kuda..mama laa org yang paling x suka bila aku nik kuda. haha.. risau sgt kot pasal all my body ada besi & takut patah riuk..haha..tapi degil tetap degil.. nak naik jugakkk...!  tgk hasilnya... hehe..



BEST gilaaaaa.. enjoy.enjoy...

 naik kete kuda pulak. haha.. siyes laju nak mampos! haha..

ok. bersantai... tgh2 pasir pantai tuuuu.. =)

jumpa lagi.. hope...enjoy this entri.....


Monday, May 16, 2011

STORY MORY pasal cikgu..

..:: assalamualaikum::..

16 mei.. hari guru laaa.. apa lagi... SELAMAT HARI GURU ya aku ucapkan buat semua guru... hari yang sgt best la buat semua cikgu2 di seluruh negara.. bagusnya ada hari mcm ni. sbb time ni la kita sgt nampak jasa2 cikgu tu di hargai... dia lah segala2nya sebelum kita berjaya... :) "senyum kalau stuju." hehe..

2008... itulah tahun terakhir bagi aku menjalani kehidupan sebagai seorang 'pelajar,student,anak murid... :) sangat bererti hidup ini bila ada yang memberi tunjuk ajar. 'dia' sanggup berkorban apa sahaja untuk menjadikan anak murid yang nakal,manja,cenggeng, aktif seperti aku ni berjaya dalam kehidupan. . . lebih bermakna lagi bila ada pula yang sudi menyanyangi selain keluarga..dialah cikgu terbaik bagi aku :) 

TADIKA KEMAS FIKRI,KEMAMAN,TRG.. 
di situlah bermulanya aku menginjakkan kaki untuk menegenali insan yang bernama cikgu.. dan di situ jugalah bermulanya aku belajar mengeja A B C.. masih lagi terbayang di ruangan mata ini ketika zaman kanak2 rebina dulu.. arghh.. indahnyaaa... & di tadika itu jugalah pertama kali aku pernah mendapat no.1 dlm kelas... mengatasi yang lain2nya. (cewah.. dgn mendabik dada.. bangga beb.hahaha...) juga.. masih mengingati 2 guru yang selalu sabar dlm keadaan apapun...  cikgu Yah & cikgu Dah.. sanjung kalian tiada tandingan.. love.

SEK.KEB.SERI GELIGA KEMAMAN,TRG
standart 1 - 4.. 
menjadi seorg yang agak garang di skola ini kerana start standart 2 aku dah mula di lantik menjadi seorang pengawas.. ( & di cop sebagai pengawas paling garang mungkin)  HAHAHA.. berbaju hijau muda. berkain hijau gelap. bertudung senada dgn baju. berkasut hitam. kecil molek orgnya... dah tentu mereka kenal..... :D haha.. thanks to SIR ROSLI kerana memberi kepercayaan untuk aku menggalas tanggungjawab yang sgt dahsyat.. :D hebat2... 
TEACHER NADIMAH.. berjilbat labuh, berjubah....seorg guru yang agak garang di SK SRI GLIGA.. nampak je dia smua lari lintang pukang. class smua diam je... hah. hebat teacher yang sorang ni. skali dia bidal dengan pembaris panjang...... fuhhh! patah wooo.... tak caya? tanya hafiz bin khalid. HAHA.. dia penah kena.. hehe.. tapi sgt best. teacher nadimah sgt baik dgn aku sehinggakan soalan exam dia suruh aku yg klipkan.. kira share la ngn aku soalan2 tu.. haha. x heran la... time aku darjah 3 aku slalu dpt A for BI kan. hahaha... syhhhh... diam! citer lama ok.. tu laaa.. baik dgn cikgu tak rugi tau.... cuba try! haha...
PN. NORA... guru BM paling best.. dah tua orgnya.. tapi dia mengajar sgt best... slalu dpt A la klu dia yang ajarkan.. & totally dlm class aku dpt A bila dia ajar.. kalau yg x dpt A tu aku rase mcm x pandai sgt la budak tu.. haha.. SORRY!..
PN.HAYATI... cun  bole tahan.. pakai sperk...garang jugak ni.. jarang bebenor aku dpt cikgu yang steady..haha.. cool gitu.. :) yang ni ngajor tarian & kior.. mmg slalu kena marah la dgn dia. hahaha..  aku tak mo masuk dia paksanya aku join class dia... last2 aku kena marah. haha.. tp dah pengawas mmg jadik cam gitu la.. kita x ley lawan cikgu psl kena bagi contoh yang baik plk untuk yg lain-lainnya... betol tak?:)
CIKGU HISYAM, first time aku dapat cikgu kelas lelaki time standart 4... dia ngajar math... aku bab kira2 ni mmg smua tau lembab ckit. & paling truk kot aku kena....... dia baling duster kat kepala.. balingan yang sgt hebat sbb aku tak smpat nak elak. tudung aku jadi senget berek tau. malu lagi. hahaha... cikgu hisyam.cikgu hisyam. rase mcm nak pancitkan tayar kete cikgu je tau time tu. tp sabar2..... haha... ape2pun last skali aku dpt buktikan jugak. final exm aku dpt 92% for math....'A'... haha... tu laaa.. balingan tu berkesan & kuatkan semangat aku... huhu.. ( pada sesiapa yng kena cm aku kena.. sbr je.. buktikan kat cikgu korang ley buat pnya...)

SEK.KEB CONVENT BUKIT NANAS 1,KL.
2tahun aku skola rendah di KL. dan pengalaman itu juga sangat best.. mcm2 jugak la aku lakukan. nakal ada. slow ada.. huh.. kalau nak citer mmg x hbs citer...
skola aku untuk darjah 5 & 6 ada dua class je. zamrud & delima. bagus sgt skola nih sbb dia x kira cerdik ke x brape cerdik ke smua campur... :) suka.suka.. tak nampak sgt la kan aku ni kurang cerdik sgt. haha.... cikgu pun smua OK... layannnn........ 
MISS LAW, MRS PUA,PN HERYANTI, PN ROSNAH, PN HARTINI, & ramai lagi lahh.........
thanks. cikgu smua sangat hebat. & sangat best..... 

SMK CONVENT BKT NANAS.
skola pertama & terakhir...
tapi aku tak lama sgt pun kat skola ni. kebanyakannya aku belajar kat rmh.& beberapa abad seketika itu mama yang jadi cikgu aku. ahaha.. oleh kerana kesihatan tak menentu aku belajar kat rmh jer.. tapi... yang bernama cikgu tetap cikgu...... mereka sanggup datang ke rumah untuk melawat aku & mengajar ada masanya... PN AISYAH.. cikgu yang paling aku gemari. slow.. lembut.. baik.. kata2 semangat slalu dia curahkan buat aku. tak lupa juga PN. SABIDARA.. MISS MA... & lain2.. thanks for all surport... :)
CBN sangat BEST!!!.... cikgu hebat. student hangat.... HUHU

thanks to all my school teacher's.................  THANKS for everything.....
aku sangat rindu untuk kembali ke alam persekolahan dulu... rindu sangat2..
 hanya ingatan & kenangan yang paling bermakna.....

siapalah kita tanpa CIKGU :)




Tuesday, May 10, 2011

sabarlah hati...

..::assalamualaikum::..


mood: x bape nk ceria
            x bape nk OK
            x bape nk bagus

tak tau ape lagi terkurang..
aku dah bagi yg terbaik
tapi....
mereka byk bg aku bersedih aje..
terasa tercabar diri bila seringkali aku yang di persalahkan...
 namun......
aku tetap bersabar walaupun terasa terlalu penat dengan keadaan ini.. 
hidup harus di teruskan walau apa jua ceritanya.. itulah nadi kekuatan untuk melangkah setapak ke setapak..

hanya satu yang aku tau & ingat.. ALLAH akan selalu ada buat aku... selamanya..

Saturday, May 07, 2011

SELAMAT HARI IBU..

..:: Assalamualaikum::..

semoga smuanya dalam kebahagiaan..
firstly.... SELAMAT HARI IBU aku ucapkan buat semua yang bergelar ibu....
ku sanjung kalian di martabat yang paling tinggi...
actlykan aku tak tahu pn bila hari ibu.. tarikh sbnar dia. hehe.. aku bab2 tarikh ni mmg lembab sikit... tak kisah lah bila2 pn aku anggap setiap hari adalah hari ibu buat mama aku.. sbb........ everyday dia mmg kat dpn mata aku.. klu mcmane bz skalipn mesti aku adakan waktu untuknya walau sedetik lebih.... :)
sempena hari ibu meh la skali skala aku nak citer pasal mama aku yang paling aku syg ...... dialah ibu... dialah BFF.. dialah segal-galanya...
sangat rugi bila anda x rapat dengan ibu ! mungkin bole berubah  & merapatkan silaturahim anda mulai sekarang :)

Norhayati,47thn... ( mama aku) anak kedua dari tiga beradik.. kesemua adik bradiknya x sama muka.. sorang cam cina, sorang cam vietnam, sorang cam org bali... hehe.. hebatkan... huhu
apepun mama seorg yang lemah lembut.. garang ada ketikanya.. seorg yg penyayang selebihnya... antara kami tiga beradik.. aku yang paling rapat dgn mama. bukan sbb mama sayang aku lebih.... jgn salah phm..tapi sbb aku je yang slalu duk rmh. ( anak baik la konon) haha... padahal mcm hantu. haha...

kemana2 kami tetap bersama... makan,shopping, travel, even nak ptong rambut skali pun..hehe.. kami mmg rapat. ceritamu ceritaku jua. begitulah aku gambarkan keakraban kami.. kami kongsi segalanya2nya..
'sharing is caring' :)

..... sangat penting untuk korang smua tau.. mama sangat tabah dlm keadaan apapun. pernah di uji dengan pelbagai dugaan namun dia masih tetap bertahan. kadang2 aku terfikir.. cukup kuat ke aku untuk menjadi seperti mama..? :) entahlah.....

buat mama & aku nak sgt mama tau : i love u so much... xde sorang pn yang dpt menggantikan tempat mama di mata aku. keistemewaan itu hanyalah ada pada mama... kita suka bersama. menangis bersama. ku harap kebahagiaan itu ada buat kita biarpun hanya seketika...

"mama, mana jalan kulalui sering ada wajahmu.. 
lalu kasihmu ku abadi ke dasar hati ini.. 
sesungghnya kaulah kasih sejati & permata hidupku"






Oklah...siapa pun dia... apapun perangainya... bgaimana pun rupanya... 
yang namanya melahirkan anak itu pasti bergelar ibu... beruntung & bertuahnya mereka..
SELAMAT HARI IBU,MAMA,MOMMY,EMAK & sebagainya :)
semoga dirimu sentiasa terpelihara di bawah naugan kasihNya...

Thursday, May 05, 2011

semua di luar dugaan..

...:: assalamualaikum::...


hnya sbgai hiasan
semoga semua berbahagia hendaknya... hanya itu aku harapkan dari kalian untuk aku menempuh hari2 mendatang dengan penuh keyakinan.. sungguh... hidup ini ada pasang surutnya.. macam roda jugak. kadang ia berputar kita di atas, kadang di bawah..... semua itu hanyalah di luar dugaan kita semua.

ketika dan saat ini aku berada di tmpat umum. pertama kali aku menulis blog ni di cybercafe! berbeza betol keadaan ni. kalau di rumah tu.... tenang yang amat.. smua rasanya nak d'luahkan.. tp aku akur pada keadaan.. lappy aku lagi2 buat hal... :( sedihkan.. hehe... tu nak pulak 5,6 ratus nak elokkan skrin. ishk.ishk.ishk.. :)
ok, xpe2.. yang tu tolak tepi. kalau nak pikir maslah mmg x pernah habis.. dan manusia takkan lari dari mslah. betol tak?? :) apepun...yang penting skrg aku dapat juga berbicara di sini. bezanya hanya keadaan tempat yang agak bising .. huu.. sabar jelah...

penatkan menanti sesuatu yang belum pasti ! aku sendiri tak pasti sampai bila. tapi itu aku biarkan lagi buat kesian kalinya.. erm.. sebelum ni aku mengharapkan sesuatu yang lebih baik... biarpun aku rasakan aku tidak mampu tapi sekurang2nya aku tetap bertahan. tp harini aku tak tahu apa pula yang terjadi... smuanya mmg di luar dugaan.. berdoa & berharap smoga smuanya kembali pasti...

esoknya aku berjalan tanpa henti untuk kembalikan kekuatan itu.. skali lagi di luar dugaan... :) kalau sebelumnya aku menangis, semalam aku terkilan, ttpi harini aku mampu jua bertahan.. biarpun hanya secebis senyuman aku mampu hulurkan...  kata2 ixa (teman baik) sentiasa aku pahatkan.. berdoa,bangkit & bertahanlah... (mungkin begitulah kata2 yang dia karangkan d'blognya suatu ketika dulu)..

kalau boleh hidup ini aku tau kejadian & akibatnya pasti dunia ini aku yang punya. namun hanya mampu berdiri di sini jua aku bersyukur sangat2.. senang crita LIFE IS SHORT , MAKE IT SWEET kan... hehe...

jumpa lagi... ;)

Monday, May 02, 2011

SELAMAT BERTUNANG...

SELAMAT BERTUNANG to EMMA & FITRIE
menghadiri majlis mereka dengan penuh kecerian & kemeriahan pada 1 MAY 2011...
semoga berjalan dengan lancar untuk naik pelamin pada 30hb oktober 2011 akan datang...

kalau pgi atau hadiri sesuatu majlis rugi tak snap gambo. jom kita layan ... =)


kerusnya aku.... hadoi....



bnyak sbnarnya gambo tu... tapi lappy ni pmblem plkkk... huuu.......
nanti kita cntinue.. see ya...