Saturday, December 31, 2011

JANJI YG TELAH TERSURAT

Assalamualaikum =)

hari ini adalah hari terakhir dalam melewati kembara 2011
dah bersedia ke untuk melangkah ke tahun baru?? :)
ermm.. bersedia atau tidak... waktu tidak pernah menunggu kita. hidup harus di teruskan walau ape jua ceritanya..

Semalam, 30 dec.. mmg dah rmai yg start cuti.. (semangat nak celebrate new year lah tuuu) termasuk lah kakak aku, aku.. & kawan2 yg lain... ade je alasan yg telah siap sedia ... hehe.. nakal gila kan... ishk2..  kami keluar pergi ke sekitar Damansara.. the curve lah mane lagi tmpat lepax kami :D
beberapa hour kt sne......

NEXT.. Destinasi kami seterusnya mestilah ke faveret boutique.. yeahh.. di De'Zahra,Damansara..
gila la skjap kmi kat boutique tuu... tudung,selendang semuanya 60%... haih.. SALE!SHOPPING lagii... inilah kerja perempuan.. oleh kerana desakan hati yg meluap2... 2 helai tudung telah di cash kan oleh 'fifie haslie' :) mahal & berhabis duit pn x pe la kot. haha.. janji jgn 'biar pape asal bergaya' haaa... bahaya tuu... nak tunjuk kat u olls kenapa de'zahra menjadi feveret kitaorg.. 

 ayu raudhah jadi duta De'Zahra... 

 tudung ni x de kat tempat lain. satu design satu... tu yg best tuuu..... 
BANYAK LAGI PILIHAN
mahal ckit takpe. asal selesa.. & tahan lasakk.... pakai hari2 pn xpe :D

kalau rasa Damansara jauh sgt. kat ampang pn ada boutique ni... :)

JANJI YANG TELAH TERSURAT harus di kotakan.. & semestinya ia akan berlaku sekitar awal 2012.. janjinya 1.1.2012 kakak aku 'fifie haslie' ingin mengotakan janjinya untuk berhijab.. (betul ke ni.. mcm x pcaya) sesudah aku beberapa bulan yg lalu... dia pula di bukakan pntu hati... selain mama, hati aku jua turut melonjak gembira. alhamdulillah... :) (laaaa..... patutlah shopping tudung kann)
kita wait & see je.. ok...


 okylah berbalik kepada mlm ni .. mesti ramai org.. semua nak celebrate new year kan.tp berhibur biarlah berpada-pada..  jgn lupa diri smpai ada yg sanggup di nodai... beringatlah sebelum berlaku pkra yg tdk di ingini.. :)

banyakcakap: aku celerate kat rumah je... hee... :D

Syamimiehaslee

Wednesday, December 28, 2011

MELUAT SUNGGUH !!

Assalamualaikum =)


hello u olls.. dah tito keee?? jgn la tito lgiii.......
.. tadi aku pergi tgk wayang 'SUATU MALAM KUBUR BERASAP' (bukan meluat tgk citer tu! ok....) huhu.. cukup berani aku tgk citer tu.. tgk tajuknya bukan main lagi kan... (penakot no.1 nih) :D
alalala... mmg x tkt pn. citer tak best sangat laaa. klaka tu boleh lah. (sbb along rajalawak ada) hee.. jalan citer dia hampehh... punya la semangat nak tgk citer tu, belilah jugak ticketttt! yang ada cuma seat couple jer... (nasib bik lah hari rabu.. murah ckitkan).. hee...
kalau tak,... nyesal x sdh jgk la kan.. byr ticket mahal2 tp x best! kan.kan... (adoi...kedekotnya aku) huu...

aku & kwn aku duduk seat H21,H22... paling hujung and sebelah aku masih ada seat couple yg masih kosong. . . satu perkara yg paling aku x suke bila tgk wayang adalah bila aku terpaksa sebaris bersama couple yg lain.... kalau dpt yg paham bahasa atau ada adat sopan tak pelah jugak.... nihhh!! sakittt mata aku. tau tak??! rase mcm nak kuar je saat awal citer.. MELUAT!!! meluat bkn sbb citer yg tgh tayang tuuu.. tp sebelah aku tu pulak buat wayang! mcm nak sound jeeee... tp di sabarkan hati.. kawan aku tu pn rupa2nya pn sama jgk x blh tahan.. sabar je kami nieee....
manusia skrg ni dah x tau adat. dah x tahu dosa pahala.. nak je aku sound. 'pergi carik hotel lah beb kalau tak tahan' LOL! Tp..... kaami buat derk jerk laaahhh.. org kL ni bkn boleh phm bahasa... kita ckp lain , kefahaman dia tu lain plkkk. 
smpai lah hbs citer........... kami menahan perasaannnnn... :) hebat x hebat.. haha... 
awal2 lagi yg sblah kami ni keluar.. takut lahhh tuuu.. dgn tuhan x takut plk! 
ok ok.. no komen.. anda buat anda dapat jelah... 

hah! sempat lgii jln2 tdi... ambik ko aku beli nie tadi..... cantik x cntik aku punya psl. kan. hehe... janji murah & smentara masih SALE.. hehe..


dan kegembiraan berlipat ganda... bilaaa bag ni abg aku yg hadiahkan..... santikkkk kan :D PRADA beb.. sape x ske.. kann..  hee.. abg aku mmg pndai & tau citarasa aku... thanks.thanks.. muah.muah.. :) memanbahkan koleksi nie.. :D
hoi.. korang jgn ar slh sngka lak ya. muah2 kat abg aku means abg kandung. bukan bf lak.. mcm yg aku citer td tuhh... melampau& meluat tuuu! 

pesanan tuk korang. jgn jadik mcm tu yaa.. x senonoh.. sesama manusia tak suke. apatah lagi di sisi tuhan kan. betul x?betul x? hee..

ckp lebih2 nanti ada plk yg x suke,... tido dulu lah.. :) 

gudnite L.o.v.e
Syamimiehaslee

Tuesday, December 27, 2011

SELAMAT BERTUNANG

gambar cilok kat fb miss lulu. (aunty gina)

Assalamualaikum.. =)

selamat bertunang to alang pda 25dec aritu.... tak sabar nak tunggu big day plk.. very sorry coz tak smpat balik meraikan pertunangan alang.. apapun kemeriahan ttp kami rsa kt sini bila masing2 sibuk duk call ckp majlis alang sgt best! 

rugiiinya aku tak balikkk... haih.. nak wat cnne kann.. jauh............... terengganu tuu... cuba kalau terengganu dekat ckit cm kuantan.. kira ok lagi lah tuuu.. (tapi... kuantan banjir) takut lahhh.. hee... 

tengok gambar kat atas jgn lerr bertukar pulakk... dua2 my cousin. yg bertunang sebelah kiri yaa...but yang baju biru tu pulak lebih2. kan. berseri2 tgk.. heee... :) dua2 cantikkk...

SELAMAT BERTUNANG~
Syamimiehaslee

4KALI DI LAMBUNG OMBAK....


Assalamualaikum =)


ambik mood. tgk gambar dulu ;)

HEBAT.. memang hebat btol lah aku.. haha.. korang boleh bayang tak, masuk today dah 4kali aku di sapa "ombak rindu"... ko ada?:P cehh..  x der kan.. hehe.. sape lagi nak ajak aku pgi tgk?... hahaha
Haih... cukuplah ..cukuplah.. ni kes pasal Osman Ali lah niiii... sape suh buat citer sedap sgt.. dah jadi gila aku.... asyik dok layannn citer ko jerrr.. dah lah ada adegan2 18sx kt situuu... 4 kali ok. 4 kali aku tgk wayang citer yang samaaaa....
naik muak & nak termuntah dah aku. lagi2 nanti abg aku nak ambik astro first plk............................... x tau ar cnne... tv kt umah lah pulak jadi mangsa lps ni. kering dah air dalam badan aku gara2 osman Ali... tau!!
nasib abg aaron aziz ada... sedap sikit mata memandang kan. kehkehkeh... bak kata mama.. 'bf i tu, jgn kacau' haha.... macam macam kan.. xder org x suke aaron tau. :) bini dia jugak yg makan hati.... keciannn kn ... hehehe

harini aku gie tgk dgn fmly.... kakak , mama, aunty... semua duk join.. 
& aku pn heran lah.. last2 pn sold out je ticket!!! huuu.. nsib tmpat yg kami dpt x tercorot masuk dlm movie sgt! still okay :) puasssss....ati.


snap pict kt dlm wayang! siap pkai flash. ado aku ksh ke org tgk2! hee :)
wit my sister.....

apapun TAHNIAH to Osman Ali & Fauziah ashari .. hot & meletop lah u olls ... 
and kepada sesiapa yang tak tahu ... nantikan Drama dari Osman Ali pula.. juga di petik dari sebuah novel.. 
'Bicara Hati by Damya Hanna'
bermula 3januari2012... di astro...

TENGOK JGN TAK TENGOK!!
Syamimiehaslee

Monday, December 26, 2011

TABIAT MALAS YANG PERLU DI UBAH

Assalamualaikum =)
Morning semua .. awalnya update! kannn.. hehe.. biasenya lepas subuh aku naik katil carik bantal balik.. penangan tdo tu lebih hebat.. yeahh. ZzZzZZzzzzz.. (tapi x harini)
ada yang ketinggalan waktu subuh tadi? syok sgt tdo eyh? ishk2.... makesure next time bangun ya... ni nak share ckit.. sajalah. apa yang baik kita renung-renungkan.. kita kena terima, kita ni bukan manusia sempurna & nak betulkan kat sini apasalahnya jika kita mencari kesempurnaan itu...
oklah first of all.. aku pn nak cakap aku pn pernah terbabas waktu subuh.. memang liat nak bangun kalau perasaan tdo mengatasi segalanya... tapi............... 
erm.. eloklah kalau rajin.. pls... baca kat bawah nih dulu..... ;)


Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.
Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi
Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.
Wahai teman seperjuangan ! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.

Kepada sahabat-sahabat yang disayangi mari kita muhasabah diri. Di sebalik diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar.
Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri. Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

TABIAT PEMALAS YANG PERLU DIUBAH
Cuba cek diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :
1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Sahabat-sahabat, masih ingat lagi ke? Di waktu zaman berhingus dulu? Ustaz yang mengajar subjek Pendidikan Islam selalu bertanya di dalam kelas,
"Siapa yang tak cukup solat 5 waktu semalam, sila berdiri"
Tanpa segan silu, secara berjemaahnya kita pun bangun sahabat. Dan bila ditanya, rata-rata yang tak cukup solat 5 waktu, adalah kerana tidak bangun suboh. Kenapa ya?
Dan kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini? Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke"subuh"an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.
 "Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti"   
"Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun"
(adoiii.. terkena aku... huuu )

JIKA MAHU BERMUHASABAH
Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi, "Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi." Untuk itu, para fuqaha' memakruhkan tidur selepas solat subuh.
Walaupun hakikatnya  tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.
Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar : "Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi orang yang BERAQAL".
Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?
Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?
Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?
Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak "kulit bercahaya".
Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah "ubat kuat" yang dipakainya.
Kita nak ke isteri macam ini? Nak ke suami yang sebegini?Masing-masing menggeleng tersengih sendirian. Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah. Bukan nanti, tetapi sekarang.

MASA UNTUK BERUBAH
Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada PERUBAHAN.
Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat. Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.
Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar. Gunakan masa sebaiknya.
Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.
"Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). - Surah Al-Jumuah (Ayat 10)
Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya. Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar. Mak mertua pun tak bising lagi.

"Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut."

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini "kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi 'gila'." Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.''
Ibnul Qayyim pernah berkata,"Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya."
Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua. Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.
Antara AKAL dan NAFSU. Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN. Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul. Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan. Dan hanya syaitan yang suka pembaziran. Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.
Sedang Nabi melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

"Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari." (Diriwayatkan al-Baihaqi)


ok.. sharing is caring.. am i rite.?hee... senang citer .. bak kata Dato Siti Nurbayah...
'anda buat anda dapat' :)

Syamimiehaslee

Sunday, December 25, 2011

CHRISTMAS - THE CURVE

 Assalamualaikum =)

hey.. merry Christmas to all my fwen yg beragama kristian :)
especially to Josh & Graham.. have a nice day to u..
Apa yg menarik ... semua shopping complex ada pokok krismas .. seronok tgk.. meriah dan cantik betul.. org melayu lagi seronok sebab semua x lepas peluang nak ambik gamabar kat chrismas tree.. huhu.. (aku tak ketinggalan lah tuu) ada bukti.. tgkkat bwh ni... :D


sweet x sweet? hehe.. yang sweetnya pokok sebesar alam kat blakang aku tuuu.. kann.. :) 
semalam... jenuh memujuk & menarik perhatian kakak aku utk menemani pergi the curve, damansara.. kesian btol aku.. siap merayu bagai kt akak aku. hehe.. susah btol nak ajak berjalan. cuba kalau dgn bf?! haihh laju aje kannn.... lalalala~ 
salah satu tempat yg aku suke pergi and lepax kat sana laaa... paling senang prgi sne sbb banyak tempat makan.. :)  atas bawah tengah tepi depan blkang ada.. hee.. kenyang aku!
lagi... aku suke pergi kt gerai2 comel tuu.. kalau aku tak beli mmg tak sah lah kan.. memang menarik pn.. dah namanya perempuan tolong jangan marah bila aku sukaaa membeli. wink!

ni tempat letak card.. nak pergi keje tu elok lah kasi comel ckit. macam2 colour ada....
namapk tangan baju biru tuu?!dia lah tuu.. fifi hasli dah beli.. tgk!! sampai sane dia jeee yg duk shopingg...

 comel kedai ni.. mcm2 bag ada... haihh.. kasi aku gilaa je tgk! tgk jelahh.. kannn...

haaaa.. ini baru betull... tali pinggang / belt kiosk! mcm2 pilihan ada. murah plk tuuu....

 mcmane la tak terpikat . tgk ni! pandai betul buat org tertarik.. cantik design dia. kann.. 

 yg ni lagi geram! ishk.. semua nak suke jeee.. kann.. hehe.. ni accessories lahhh... mcmane tak suke. pempuan mane yg x suke cube cakap! rugi.rugi...

ini dia mama ku.. kesian mama melayan kerenah anak2 dia .. penat.. kitaorg bawak mama mkn ayam penyet.. kat tingkat ats the curve. mmg aku tak pnh mkn. tp skali mkn nak dtg lagiii.. hehe... jom.jom.. next time kita pergi ya...

penat kesana kemari hampir pukul 7am baru balik.... ini dia hasilnya....putera dan puteri mama .. rugi btol aku tak dpt massage mcm ni.. al-maklum lah tulang besiiii... hehehe.. skli buat riuk besi kt dlm badan! kikikiki.... jadi.. aku tgk & tolong snap pict jelahh..


abg pun ikut skali... mane bole tak bawak dia.. big boss yg blanja mkn tdi. hehe...

enjoy. enjoy..
mane tak enjoy licin duit dalam bag... haha..
tak tahan btol tgk SALE! 70% plak tuhh.. haih..  :)

esokkkk cuti lagiiiiii........ yeayy...

Syamimiehaslee

Saturday, December 24, 2011

MAINAN PERASAAN JE (biasa lah malam2 buta ni)


Assalamualaikum =)

tak tidur lagi?? ishk sama lah kita. hehe.. nak buat mcmane. biaselah.. esok tak keje kan.. kita layan la diri sendiri.. kann.. kalau yg ada gf/bf tu bergayut lah u olls smpai esk pagi ya.. :) 

erm.. harus ke bermuram durja bila hati sedang gelisah? gelisah ttg ape?? lahhh... x pyh lah ckp kt sini. biarlah ianya hanya di dalam hti.. 
aku selalu kalah. kalah dengan dia. kalah ttg apa aku tidak pasti. yg pasti mainan perasaan selalu begitu.. menghantui & mengganggu je ruangan fikiran ni.. lemah btol lah aku ni kan.. lemah dgn emosi yg terlalu ikutkan perasaan..
bosan sebenarnya bila hari2 berhadapan dgn org di sekeliling yg terlalu prajudis. bersifat seakan-akan aku tidak pernah wujud.. btol ke? hmmm... masing2 ada pandangan sendiri.. siapalah aku ni nak di bandingkan dgn dia.. :) harus sedar kenyataan & hakikat tuu...

mcmane aku nak luahkan perasaan ni.. sedikit tertekan bila apa yg di hajati tidak pernah di turuti.. hilang mood bila sama-sama saling melengkapi.. arghhhh.. rumitnya keadaan.kan :) 

takpelah. dah pagi buta pun. nak merepet pun biarlah pada yg sudi.. 

Hidup ini terlalu singkat untuk berehat-rehat dan bermalas-malasan.
Hidup ini juga terlalu pendek untuk bersedih dan bermuram durja.
Malanglah bagi manusia yang tidak memanfaatkan hidupnya ke tahap maksimum.
 Begitu yang bisa aku simpulkan berdasarkan pengalaman 20 tahun hidup di dunia yang fana ini. Tidak hanya itu, malah aku menyaksikan ramai orang di sekeliling aku yang tidak menemukan bahagia, tidak juga berjumpa ketenangan, jauh sekali kebahagiaan.

Padahal, mereka memiliki harta yang banyak, kedudukan yang tidak kalah hebatnya, otak yang tak tertanding pintarnya. Mereka punya segala-gala. Tetapi jauh di dalam sana, jiwa mereka kosong.
Namun begitu, bukanlah minat aku untuk berbicara tentang orang lain. aku memang suka melihat dan memerhati tingkah laku manusia, tetapi tidak bermakna aku tidak mencermin diri sendiri.
Jujurnya, aku juga pernah seperti mereka. aku  pernah merasakan seolah-olah bahagia dan damai itu tidak hadir dalam hidup aku walhal aku boleh dikatakan berada dalam comfort zone.
aku mungkin bukan berasal daripada keluarga yang kaya-raya, berkedudukan atau terhormat, tetapi sekurang-kurangnya, aku tak pernah kebulur, aku sentiasa punya wang yang cukup untuk menyara diri sendiri, aku punya tempat berteduh yang amat selesa.

Dipendekkan cerita, dunia aku miliki, tetapi aku tidak pernah merasai kebahagiaan yang hakiki.
Lalu aku berkelana di bumi tercinta ini, mencari makna diri. Mencari jawapan kepada persoalan hidup yang rutin.
Mungkin aku bangga dan berbunga-bunga seketika, kemudian semuanya kembali normal dan aku meneruskan hidup lagi.................... (lama..)
mls nak cakap lagi. ckup lah aku katakan. hidup harus di teruskan walau apa jua ceritanya...

Hidup ini hanyalah seperti sebuah ladang tempat kita menanam benih amalan, agar hasilnya nanti dapat kita tuai buat bukti diri patuh ajaran Tuhan! Wallahualam.
Di luar sana, ada yang tak cukup makan, tapi, ramai yang cukup makan pun tak reti-reti nak cukupkan solat lima waktu!

mood arini makannnnn je... mngkin mcm nilah org ssh ati.. hehe.. pelik kan!
   
Syamimiehaslee


Friday, December 23, 2011

SALAM JUMAAT


Assalamualaikum =)

Salam jumaat atau pn org ptih selalu cakap Good Friday :)
erm.. muncul hari jumaat biasenya semua org lelaki nak kena sembahyang jumaat. dah jadi kewajipan kann.. tp ada jugak yg x pegi.. heran btol lah.. seminggu skali pn ssh nak jejak kaki kat masjid... apatah lagi hari2 kita nak suruh & tgk dia pergi masjid.. mungkin sesetengah org aje yang macam tu..

ishk.. ada yg x suke ke apa yg aku cakap kan ni.. nanti x pasal2 ada yang meluat mentang2 hari jumaat mulalah nak jadi ustazah. kann.. :) x suke sudah.. sebenarnya tak salah kalau kita ingt mengingatkan... kita manusia biasa..  time ingt mengingt kan ni lahh... darjat , pangkat, rupa paras tu semua dah x penting ok! jangan ego sgt... i don't loike...:D
ok2.. ni nak share je.. utk korang semua... :) hari jumaat biasa org bagi khutbah kat smbhyg jumaat tuu.. ni yg dah lama pnya khutbah.. tapi ada org tau ada org x tahu kan :)
let's.. sharing is caring...

anak soleh :)


                                KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.


Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.

: sedih sebenarnya bila kita fahami dan mengerti ttg ni...

ustazah dah habis cakap... suke lah tuuu... :)

Syamimiehaslee

Thursday, December 22, 2011

JANGAN SESEKALI 'K'...

 Assalamualaikum =)

fakta ini adalah peringatan buat aku. memang sesekali aku alpa tentang keadaan ini.. sifat dlm diri kita tanpa di sedari kadangkala amat menyentuh perasaan yg lain.. dan apalah gunanya bila sesuatu yg menarik tidak aku kongsikan di sini. sesungguhnya ianya boleh di guna pakai untuk kita semua.. :)


 'Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.'
: amat menyakitkan


'Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.'
: tak dapat bayangkan apa rasanya


'Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.'
aku mmg suka pandang mata org. & ia x palsu tp org yg slalu bermaksud lain..
sorry :(


'Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.'
ssh benar.. aku mmg slalu ambik berat ttg org.. slalu aku rasakan kalau mereka dlm kesusahan aku turut merasakannya. tp.. sesetengah org lain maksudnya. ada pula yg menaruh hati....


'Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.'
ok.. x pnh ucapkannya.. takut! :) hnya utk seseorg yg special aje ;)


'Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.'
ini betul. aku slalu ingtkan benda ini kt diri aku. tak hensome takpe.. sedap mate memandang ya.. :) bak kata pepatah tu... biar sakit di mata senang di hati.. jgn sakit di hti sennag di mata.. bahaya. merana badan..


'Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.'
SETUJU sangat2.. itulah yg boleh membahagiakan. insyaallah..


Akhir kata untuk kita semua bukan utk aku je.....

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Syamimiehaslee

Wednesday, December 21, 2011

ANAK BONGSU

Assalamualaikum...

Selamat malam bagi siapa yang dah kepala atas bantal tuu :D seronoknya bila dalam kepenatan dapat tidur tanpa gangguan. kannn.. itu cerita aku dulu.. masa kerja lebih masa kat PWTC.. mmg nikmat tdo tu lain macam.. ishk.. jgn maksud bukan2 pulak.. nikmat means tido lena ok. hee.. 
tup. tup .. entah apa jadi kat aku mlm ni smpai skrg mata tak mo tdo..  dah lahh sebelah mata bengkak. memalukan betul lah nak pegi mana2.. tu x termasuk 'kalau' pergi kerja... haihhh.. :) bak kata kakak aku 'padan muka ko' mengintai lagiii... ngintai ape?siapa?! haahahaa.. mengarut je tak habis2.. dah nak kena kat tang mata nak buat lagu mana kan.. hehe.. maybe la ambik masa 2,3 hari untuk surut bengkak.. actly aku tersilap makan.. alergic lah tu kot.. hmmm....... dah biase dahh.. rilexxx arghhh kan.. :)

Back to topic..
siapa kat sini anak bongsu??! tolong ambik perhatian... cewahhh... hehe.. (anak sulung ke tengah ke tolong baca jugakkk) cehh.. memaksa tuuu..huahuahua...
ok,firstly aku menyampah bila org cakap anak bongsu ni manja! harusss ke?! untuk pengetahuan korang aku pun anak bongsu..  tp aku tak macam tu ok! manja2 ni aku letak tepi jap (manja dgn MR.dot.dot.dot. lain citer :P ) heran aku bila ada yang sebut anak bongsu bermaksud anak kesayangan or whateva atau seumpamanya seperti berikut... lebih parah ada org cakap anak bongsu very da specia?l! OMG.. nak muntah.. wek.wek :D

ANAK BONGSU interframe.hehe..

sampai skrg aku duk mencari apa keistimewaan anak bongsu.. kesian betul lah aku.. hehe.. bukan tak suka.. sumpah aku tak kisah psl tu semua. tp kadang2 aku nak keistimewaan tu.. aku nak satu kebebasan & kepercayaan dari parents.. sbb smpai skrg maybe mereka masih anggap yg namanya anak bongsu tu adik2 & masih kecil2.. :( why me?!
and satu soalan untuk mereka.. kenapa bila abg or kakak buat boleh pulak? jangan letakkan alasan sbb u syg i! vry x masuk akal. means u x syg ke kat kakak & abg?! soalan putar belit.. tak paham takpe. saja buat mcm tu agar si dia tidak mengerti.. (sebenarnya nak lepaskan perasaan ni) syhhhhh....

tak adil bagi aku... bila aku buat semua tak boleh. bila dia buat semua boleh... rumitnya keadaan bila kesalahan tu selalu di letak pada aku.. tu ke yang di namakan pengorbanan.. ? entahlah lain org lain maksud. aku pun malas nak pk.. mcmane lah aku tak sedih kann... hmmm...

ada sesiapa yg sama nasib??! ermm... maybe takde yg mcm aku.. korang sangat bertuah bila seusia aku ni korang boleh enjoy puas.. kesana kemari. but not me.. im not lucky like u.. bukan mengeluh atau menyesal.. tp skali skle tolonglah memahami.. tu je aku minta... 
anak bongsu pun sama macam ank2 yang lain jugak.... betul x? so... jgn lah beza-bezakan sgt.. beri keadilan agar tiada dendam. beri kesederhanaan agar tiada kekejaman. beri kesempurnaan agar terjamin kelak.. :)

hargai lah hidup korang.. sbb korang takkan dapat rasa apa yang aku rasa...
selagi aku dpt tgk burung bebas di angksa, aku akan rse aku jua bebas biarpun aku cuma di sangkar emas... luas tapi kosong. indah tpi hambar...


Syamimiehaslee