Thursday, January 26, 2012

SURI CRUISE

Salam semua...

aku sedang menahan kesejukan... aircond apelah ni langsung x boleh control.. haih.... saja lah tu nak bagi aku mengantok lepas makan....  kuikui... (happy lunch hour)

aku taknak cakap banyak. takde citer menarik pun... aku just nak tonjolkan budak comel ni kat blog aku jerr... tak tahan betul dengan kecomelan & gaya yang menarik perhatian. mmg sangat menarik........  'PLIS,focuskan pada kasut'

sabar lah dulu.. nak citer dulu.... dia ialah
SURI CRUISE
eh eh ada yang tak kenal jugak ke?? hapalahh hangpa ni..... Suri adalah anak kepada Tom Criuse dan juga Kate Holmes.. mak bapak cantik + hensome anak mestilah comel.... :)
















ok.. sudah Habis meroyan tgk budak ni. hehe!
adakah anda juga seperti saya. TERGODA?
: YES!

berdoa & berharaplah dapat anak2 comel mcm ni ;) 
(aku pun nakkkkkkkk)

SyamimiHasli

Wednesday, January 25, 2012

Hari2 Tanpa Kita Sedari


Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.


sentiasalah mengingati.. Tidak semua tangisan itu negatif dan tidak semua insan yang menangis itu lemah. memang Pelbagai perkara berlaku dalam kehidupan seharian kita. Ada ketikanya, hati kita terluka kerana disakiti oleh orang lain atau suasana.

Sesekali hati mengeluh dengan kesusahan dan kepayahan hidup. Terasa pedih dan rapuh, sakitnya seperti tiada hati lain yang mampu mengerti.

Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.

Berjuang itu memang pahit. Sebabnya? Kerana syurga itu manis. Bagi aku, itulah jawapan yang paling tepat dan seringkali menjadi pencetus dan pendorong motivasi buat diri yang diuji dengan onak duri sebuah perjuangan
Tekadkan diri untuk menjadikan hari yang baru tu hari yang baik, sungguh baik, sebaik yang mungkin dari hari yang sebelumnya.

Senyum. Bahagia. Tenang.
Ke mana perginya hari-hari gelap itu? Hilangnya tidak disedari. Lesapnya tidak mengesankan lagi.

 Kembalilah kita tersenyum dan tabah dengan ujian. Memang benar, lidah berbicara petah belum tentu sendi bergerak lincah. Mungkin aku sedikit kurang untuk indah berbahasa, namun keyakinan aku tetap pada kalamullah yang tiada setara indahnya bahasa. Bukakanlah selaput kelabu di hati, agar kunang-kunang singgah ke mari, sinar cahaya kan kembali lagi. 

dah malam benorrr rupanya.. tidurlah esok kije.. Selamat Malam sayang..  =)
 SyamimiHasli

Monday, January 23, 2012

Happy CNY

Salam semua..

dah puas beraya? he. ada dapat angpau tak ni? :) selonok kann.. kalau yang tak kawin tu dapat lah ya.. Selamat tahun baru Cina buat teman2 yg menyambutnya. Keong, Pei yun, Lim Ka Yong & semualah yg aku kenal.. thank you very much pd uncle dpn rumah aku ni sbb bg angpau... :) huhu.. dpt jugak kan :)

cuba teka aku dpt brape hengget :) ehehehe..

Oleh kerana 4 hari kita cuti. jadi destinasinya mestilah ada yang pergi holiday. balik kg or mane2 jelah kan. Sunyi sepi KL sementara ni. biasanya aku blk kg cuti raya cina.. tp takkk kali ni. itulah membuatkan Boringggggg sgt sgt..

apa yang menariknya hali laya cina ni??? mcm biasa je aku tgk.... diorg pakai suar pendek ngn t-shirt je. vry simple.. tak mcm raya kita kan. meriah sungguh sungguh :) kalau takde baju bling2, itu bkn raya namanya..kan kan.. hahaha... sbnrnya, mungkin sebab kita smbut ramadhan jdi semangat nak raya tu lebih kot. huhu. eh eh ada pulak nak samakan raya kita ngan raya dia. ishk2.. masing2 ada keistimewaan... tak best pd kita tp best pada dia.. :) ada satu perkara paling best pada aku.........
persembahan NAGA! kalau tak tgk tak sah. mmg best.. semua stuju kan.. hendak2 tahun ni tahun Naga air. lagi laaaa banyak naga yg kuar...

memandangkan jln pun langsung tak jam. selonok betol lah kalau bole drive kan :) utk menghilangkan rasa bosan yg amat aku pergi pavilion. tmpt yg aku rasa paling menarik bila ada perayaannn... mana taknya cuba pergi round2 tak caya. berpuluh2 ekor berung ada kat sana..... menarik perhatian btol lah.. ada kepingan gambar utk tatapan .. O.o

 ibunda pun suke bengambo. nak buat cannakan. hahahaahaha... 

comelkan patung2 yang ada tu.. semua tu bentanda dgn nama2 negara.. mcm2 adaaaa... :) kalau nk ambik gmbr tu mmg boleh sgt la... arini rmai org luar kt sne. mcm da kat oversea plk.. kikiki.. feeling mat salleh ok :D

wokeylah... enjoy ur day too...

SyamimiHasli

Sunday, January 22, 2012

Redha itu Ikhlas Pasrah itu Menyerah


mcm lisa ckp kat maya??! redha itu ikhlas pasrah itu menyerah. aku bukan maksudkan macam dalam filem 'ombak rindu' tu. ikhlas tu sgt dalammm maksudnya. tnpa ikhlas rasanya mcm x berkat hari2 yang di lalui. tp bila kita menyerah kita seakan sudah tidak ada jln lgi untuk di lalui.. kita menyerah. mcm aku slalu ckp. pasrah jelah dlm hal itu maupun hal ini. sbb rasenya dah takde jln utk ku susuri. biarlah tuhan yg menentukan. menyerah bukan sbb kalah. tapi bermaruah.
: pengalaman daripd dia aku kembali ke alam nyata.. aku nak tengok dia berubah. tapi kalau diri dia sendiri tidak menginginkannya. mengapa perlu kita bersusah payah.. 
DEMI CINTA ALLAH,
Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.

Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.

Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.

Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Yakin si jejaka adalah suaminya.

Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.

Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.

"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."

Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.


"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."
sunday yang sangat sepi... 
 SyamimiHasli

Friday, January 20, 2012

Ally Iskandar Dah KAWIN

SELAMAT PENGANTIN BARU ...
tutup buku lama buka buku baru. :) selepas putus tunang dengan Gadis melayu aritu. ally ambil keputusan utk berkahwin,.. si gadis cantik manis itu ialah rakan kepada adik ally dan sejurus selepas itu di perkenalkan kepada ibu elly dan kata sepakat telah di ambil dan ally setuju dengan perhitungan kedua belah pihak untuk menamatkan zaman bujangnya.  mana aku tau citer ni?? eh eh korang lupa ke.. diorg ni org kampung aku! hahaha... 

BERCINTA SELEPAS BERKAHWIN :) kata mama itu lebih berkat.. yake?!


"Ally Iskandar Mohd Mardzi telah pun selamat dinikahkan dengan pasangannya Nurfarahin Romli pada jam 10.00 pagi tadi. Pasangan ini dinikahkan oleh Jurunikah, Tuan Haji Mohd Abu Bakar dengan mas kahwin RM250.00 tunai di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu." 
Pihak lelaki membawa tujuh dulang hantaran, manakala pihak perempuan membalasnya dengan sembilan dulang hantaran.










sama cantik sama padan. bak kata pepatah bagai pinang di belah dua...  
bertuah lah badan :)
semoga berbahagia hingga ke anak cucu.. :)


SyamimiHasli

 

Thursday, January 19, 2012

Citer Balik TERENGGANU aritu..

beberapa hari tak hudpate blog! miss u so much l a h. rmai yg tanya nape lama tak hupdate & buat apa balik terengganu. sibuk je la nak tau.. jawapan yang menggemparkan. aku ckp balik kg sbb bertunang! terus semua diam.. haha.. (ishkk... nak bergurau senda ckit x ley) semua dah tangkap serious. a p e l a h  u o l l ' s  n i e..
 penat tak habis lagi start balik dari kg aritu ..  tak dpt nak d'gambarkan. rasa macam pikul batu dari KT ke KL. huh! hambikkk..... smpai mcm tu skali. :P ya.. mmg penat! sumpah serik aku naik bas Sani 2 tingkat... sakit seluruh anggota badan aku! sakit ati  

beberapa hari kat sana..... jauh betul suasana kat sini ngan sana. memang la kg ngan bandor tak sama. tapiii... cuaca kat sana agak menarik kali ni.... apa taknya.. mendung hujan mendung hujan... dan yg paling best tidur sambil dengar air hujan jatuh kat atap 'zink'. 'ting..ting..tap..tap...' betapa syoknya & comfirm kat KL jarang jarang je kita dpt suasana mcm tu.. tak tersentuh dek jari jemari menyentuh air. betapa dinginnya meresap ke setiap urat saraf sampai la ke tulang sum-sum..... hehehe.. panjang lebar aku jelaskan untuk pengetahuan u olls. sedar tak sedar first time aku balik kg mandi pukul 3ptg! sape nak gelak jgn tahan. sape nak kutuk silakan! haha..jgn tutup idung. tak busyukk pun..  keadaan lebih parah bila ada geng. 'spupu aku lahh' yg turut sekongkol utk tidak menyentuh air pada pagi tu .. haih.. sejuk la wehhh.. (first time aku dpt rse cuaca terengganu mcm tu..biasenya panas terikk bukan main) tulah.. rahmat skali skale menumpah di sebelah pantai timur :)

hari kedua kat sana. spupu blanja mkn ikan bakar. sedap la jugak. walaupun tak sesedap ikan bakar muara,port klang or tanjung lumpur,kuantan.. org blanja kita makan jela kenyang-kenyang.. S E D A P jugak bila makan time hujan & perut lapa..


thanks to MR HERY :) lain kali nak lagi. hihihi..

balik kesana dgn pengakutan awam. memang agak tergendala utk agenda seterusnya.  aku ni perangai selalu meyusahkan diri sendiri. kereta org aku tak berani nak pinjam walaupun spupu punya.. satu hal yg spontan lekat kat kepala otak aku ni. aku keluar dari rumah nenek & menuju ke perhentian bas. mungkin lebih mudah barangkali.. tunggu punya tunggu. betapa aku bersyukur dgn kehidupan aku d'KL ni yg serba serbi ada. hampir 45min aku menunggu. akhirnya bas baru muncul. itulah tahap kesabaran yg aku peroleh bila keadaan memaksa utk berbuat demikian. tak pernah rasa susah. sesekali berkeadaan begitu mungkin kita boleh berfikir bila kita berkeadaan ssh masih ada lgi org yang susah dari kita. bayangkan naik bas sampai berjam-jam menunggu.. padahal bandar dgn rumah aku tak la jauh mana.. haih. nak kata serik tak la serik. sbb basnya agak menarik perhatian bagi sape2 je yg memandang..


aku naik bas ni laa.. comelkan. hehe.. kat kg u olls mana ada. ni.. kg i punya je. hehe.. unik sungguh kan. aku ketuk la dia pun bahagian luar tu. ingtkan kayu tiruan  lukisan. upenya kayu betul.. :)

one more thing.. kalau balik terengganu tak mkn nasi dagang mmg la tak sah.

kalau u olls pgi terengganu. nak mkn nasi dagang.jgn sebarangan je mkn. sbb belum tentu sedap tau. aku syorkan pergi kat chendering cari "mak ngah nasi dagang". tu tok sedare aku. comfirm sedap! hehe.. ceh. promote ;)

 geng aku time balik kg..  (spupu aku lerrr)

puas ati aku balik kali ni.. semua aku dapat makan. huhu................
kaylah... nanti aku citer lagi laa...... .... .....

banyakcakap: aku tak pernah makan nasi kerabu! hajat d'hati nak try kt tgnu aritu. tp kdai x bukak lah plk.

Tuesday, January 10, 2012

The first step :)


Assalamualaikum

Hai! hari ni cuaca baik-baik saja kan.. :) best lah tak panas sgt... kalau pakai tudung mesti lah semua tu suatu yang merimaskan.. kalau ada yg tak tahan comfirm terus cabott je dalam kepanasan.. tpi alhamdulillah.. aku masih tetap bersabar ;) amin-amin. hope korang pun macam itu ya

tadi aku ada masuk satu blog tu.. ni nak kongsi nie.. best gila kot status dia.. haih! very the gentleman la bf dia :) okla.. aku pun tumpang suka la.. erm.. korang pernah di lamar? atau omputih cakap 'propose'. eh eh perlu ke bgtau ke dua duanya. kalau u olls melayu tulen cakap je di lamar mmg semua tau kan :) hee..
kayh. mcm aku , sumpah mati hidup balik aku belum pernah lagi di lamar.. kehkehkehkk.. weihh aku tak perlu semua tu lg kot.. aku muda lagi lah :P haha..  tapi kalau ada best jugak kan .. huhu..

tapi tu lah. lelaki yg berani aku rse mcm gentleman. dia ok je.. berani kena tgk jgk lah. berani yg mcmane :P bg aku berani mati meluahkan perasaan.. tak semua la mcm tu.. kadang2 sesuatu yang di tulis tu lebih bermakna dari butir bicaranya... cuba tgk ni.

copypaste from

sweetkan :) mstilah gf dia suka.. kita x kenal dia. tp bila cara dia mcm ni kita dah boleh kenal dia mcmane. cara pertama mengorat langkat. sekarang Cala Qisya dah dirisik org.  tak lama lagi maybe akan bertunang.. alhamdulillah. semoga berbahagia.. hehe..
best.best.best... 

betuah awak yana (sebelah kiri)

banyakcakap : hopela u olls juga ada kjutannya dan cara yg tersendiri utk melamar gadis masing2... :) semoga berjaya . 

SyamimiHasli