Tuesday, February 28, 2012

Dalam Perasaan..

Terkdang terkenang perilaku mu aku menjadi amat benci. Sewaktu itu aku menyesali pertemuan yang terjalin & alangkah baiknya pertemuan itu hanya mimpi. Terkadang... pabila terkenang perilakumu aku terjadi amat rindu. Sewaktu itu aku mengharapkan kemesraan kita terjalin semula & alangkah indahnya aku dapat memandang senyumanmu..
Terkadang... Benci & Rindu bergilir-gilir menerpa perasaan. Terkdang aku hampir tak mengerti untuk apa BENCI & RINDU ini??!

                                 

Anggaplah sy hanya Ilusi yang mungkin sesekali hadir dalam mimpi dan hilang Lenyap bila awk terjaga. Juga.... kenangilah diri ini yang pernah hadir dlm memori hidupmu Biarpun kehadiranku sesingkat pelangi senja...


 till then. night :)

HOSPITAL MEMANG BAU MCM TU KE?

Salam everyone!



harini (27feb) makcik masuk hosp.. terkejutlah jugak dengar berita yang tak menyenangkan tu. Bimbang sebenarnya. takut ape2 berlaku... makcik udah ler sorang2 time kena tu... sakit darah tinggi pulak tu... & mase kena dia siap keluar darah kat gusi & mulut. tak dpt bayangkan & menakutkan lagi bila dia cakap tak rase sakit or ape2lah. haih.. bahaya btol lah...
tak sabar tunggu waktu melawat... tau2 jelah HKL memang payah cikit... nak lepaskan org masuk tu bukan main banyak tanya warden yg garang tu..! haih.. HKL... ssh nak cakap...

time aku pergi kebetulan warga hosp baru habis makan. elergic sungguh dengan bau yang menusuk hidung ! korang mcm tu x? :D aku aje kot yg cerewet! time tu rse mcm nak buang je hidung. biar takde deria bau langsung... (smpai mcm tu skali ke minah oi) yea!
berbekalkan sehelai tisu & 2 titis perfume aku letakkan kat tisu aku pun masuk ke ward 24!.. itulah cara paling slamat supaya aku boleh lama di situ. bukan tak sudi. tapi aku sungguh tak selesa dgn manusia yg penuh.. full gile HKL lif no.2 di tingkat 5. terdetik jugak di hati, mcm nilah aku nak kaya. nak duduk tmpt best2 kalau nak beranak esok2.. haha..... (ishk ke situ plk minah ni)... he..k,k bukan beranak.. tapi kalau sakit esok2. takdelah berpusu2 mcm tu.. :) hanya terdetik sahaja.. tapi tak semua mereka yang di sana bernasib baik. sape yg taknak keselesaankan.. tapi tulah. kalau sebut kerajaan atau yang tak berbayar tu mmg layanan tak berpuas hati langsung.. kadangkala shja yg elok itu di utamakan..

aku bukan tak pernah sakit. malah lebih dari tu aku pernah melayari keperitan..... tak usah nak cakaplah, yang paling dahsyat adalah bila aku kena bedah. di mana?? ya! di HKL juga.. tak semualah yg buruk itu di pertikaikan... aku preferkan. ward 1st class HKL juga ok & rse mcm dekat Ampang Putri jugak.. makan pun boleh pilih & best. (tapi aku tak mkn pun. he.)

esok... aku berkira-kira utk pindahkan makcik ke ward 1st class or 2nd class kalau masih kosong. kesian. org tua dia tak tau ape2.. kat mane org hantar kat situlah dia d'rawat. & perbincangan itu di persetujui oleh anak makcik sendiri.. betul kata mama.. duduk hosp bukan lagi baik. lagi sakit ade kalau suasana tidak menyenangkan. mcm aku kat sne lah tdi. duduk 2 jam aku rse mcm lama sgt dah rase. pening semacam jer. mulalah nak wek.wek.. hehe..

nak tutup hidung sgt?!kannn... pakai cam gini pun ok. purdah trus haha...

 (takdir tuhan mengetahui segalanya. sebab tu aku tak boleh jadi nurse haih jauh menyimpang lagi doctor) :D tapi tapi. dapat wife nurse or husband doctor tak apa.. sah2 kebajikan time kita sakit terjaga. tu yg penting.. :) kan...

oklah whteva.. yg lebih penting skrg ni sama2 kita doakan ya agar makcik cepat sembuh.. :) 
tq all..

till then. nite people.

Sunday, February 26, 2012

CORAK CORET MALAM. & SPB TO LISA & YUSRI

Salam everyone!

hajat di hati masuk bilik terus nak pejam mata.. hajat jelaaaaaa...
tapi kan..lain pulak jadinya. time duk depan tv tadi punyalah mengatok bagai. haih.. rase mcm geram plk kat mata nie... suka main main tau. ngader! (haha.. geram kat mata? ada mata hargailah minah oi) hehe.. bukan apa. takdelah. tadi tengah sedap layan citer.. mate dah mcm nak menyempah bumi sgt.. layu sebelum berkembang ... x seronok btol lah. alih2 masuk bilik segar mcm bangun pagi! haih...... sabor jelah... ok ok forget about tht!

         

 daripada takde cerita mari nak becerita.. lupa plk nak wish kat one sweet couple ni..
SELAMAT PENGANTIN BARU TO LISA & YUSRI
23feb aritu selamatlah lisa jadi istri yusri dengan satu lafaz. amin.amin.. semoga berbahagialah ya...
dan...... berbekalkan se cup maggi berperisa tomyam aku duduk depan tv untuk meyaksikan hari bahagia lisa & yusri @ astroRIA.. hampir terlupa harini 25hb.... semntara nak tgk tv tu sempat jgklah bercengkerama pulak dgn my mom! haih dia nak tgk tv3 aku nak tgk c lisa ni.... aku dah booking awal2 dgn mmbeli maggi cup ptg td :D huhu.... 
ok for the last my mom tgk tv dlm bilik :) tengs mom! nasib jgk lah ada extra tv... huhu erm..bck to lisa story..  tak tau lah apa yg semangat sgt aku nak tgk c lisa ni.. sedangkan aku tak lah minat sgt dengan dia. aku rasa mcm menyampah kat depaaa 2 org tuhh adala.. tapi yg menyampah tu jugaklah aku nak tgk.. pelik x?? aku sendiri pun pelik. hahaha..... ok whteva! (tiru aksi whateva mcm dlm citer azura..) =)

di awal penceritaan mereka sampai di ijab kabulkan mmg sweet memories lah utk tatapan peminat mereka.. hopefully mereka berbahagia hingga ke anak cucu... & tabik spring to erra fazira sbb sudi bagi komen kat lisa&yusri. itu baru bagus.. takde perang dunia entah ke brape. masing2 dah bahagiakan... masa erra dah berlalu... yg berlalu biarkan berlalu. meh kita tgk episod akan datang nanti ya....

citer lisa &yusri ada jugak penamatnya hingga ke jingjang pelamin.. apa pula cerita aku ya..... erm..membujang ??.. No.No.No... syhhhh... syhhhh.... :) masih terlalu awal untuk di ungkapkan..


 dalam sekilas mata memandang.....
~..Aku ingin mencintaimu dengan SEDERHANA seperti isyarat yang tidak sempat AWAN berikan kepada HUJAN yang menjadikan ia tiada.. aku ingin mencintaimu dengan sederhana seperti EMBUN yang tidak sempat mengucapkan pada PAGI, menitis hilang di daun keladi..~
Bila mata tidak bertemu, biarlah DOA yang menyatu..TERIMA KASIH .. Ya Allah, atas apa yang diriMu berikan.. 
hanya Allah yang lebih mengetahui siapakah dirimu...

secret LOVE :
 U noe what meaning of HOLLAND? bukan cakap psl 'honeymoon' ke hape oleh kerana tu nama negera... but the meaning is...

H.     O.   L.     L.    A.    N.      D.
hope our Love last and Never die ...

till then. Nite peeps..


Thursday, February 23, 2012

BAGIKU SUKAR NAMUN MUDAH BAGINYA...

Salam everyone :)



dah pukul 1pagi lebih!
semakin membulat pulak mata ni.. entah apa menarik minatnya sampai saat ini masih lagi segar seperti badan baru aje lepas mandi.. haih... penangan apakah itu...

ok.. citernya tidaklah terjerumus ttg sesuatu yg serius.. saja cakap2 kosong mlm2 buta... hah! tadi bru je dpt card berisi 'walimatu urus'... .dari seorg shbt lama... haih dh nak kahwin??? ok.. crita normal kalau d'ikutkannya.. semenjak dua menjak ni terdengar saja citer pasal kwn-kwn aku kahwin.. wah! laku bebenor u olls... alhamdulillah jodoh seru datang awal.... tak kisah kalau itu yang menghalalkan kalian. hope bahagia ya. yang pasti kahwin d'usia muda ni pahalanya berlimpat-lipat ganda...amin2..

Bagaimana pula org2 seperti aku ni? ingin d'golong sbahagian ape? nak pk soal jodoh rsenya terlalu awal. ... NO! NO! NO! x berminat... tapi... apa perlu adanya Cinta sblum itu? (eh.. mcm citer ada apa dengan Cinta lah pulakk... :D) yang tu samar dalam bayangan .. CINTA tu mmg senang nak sebut.. tapi nak memberi & menerima tu teramatlah payah.. kenapalah payah sgttt bagi aku sedangkan dek mata kasar ni senang bagi mereka seperti menukar baju ... cinta itu.. haih. lain org lain rasa. lain org lain perasaan. walhal rambut org skrg ni pun bukan semuanya hitamkan... :) 

Kalau dah mula bercakap psl yg 'gitu-gitu'.. mulalah teringat ttg novel tuhh.. Aariz! Lelaki yang sgt memahami... ada ke wujud 'dia' yang seperti itu.........
senang citer esok2, bercinta selepas kahwin! barulah u tau i. i tau u kan.. :) x pyh pening-pening.. gaduh baik. gaduh baik... haih.... mcm aku... i dunt no wht i feel! huh. sounds like stupid? Rite!. tapi tu lah..insyaallah.. skali aku syg maybe smpai bila2 aku syg yg sorang tu jerr. but.but... ada org tu tak phm. Canne ni....


ok ada sharing ssuatu utk kalian ....
4 kesalahan yang sering dilakukan oleh lelaki kepada wanita
Seorang lelaki pasti akan tersentak sekiranya pelawaan mereka untuk menukarkan hubungan daripada seorang kawan kepada kekasih tidak diterima. Walau bagaimana baik perhubungan sebagai kawan sekalipun, ia tidak bermakna mudah untuk menjadikan mereka pasangan kekasih. Alasannya mudah, daripada kajian yang telah dilakukan kepada pasangan yang sudah berkahwin, majoriti menyatakan mereka tidak melihat paras rupa atau bagaimana baiknya seseorang lelaki melayan mereka. Mereka lebih kepada chemistry dan gerak hati mereka. Kesimpulannya, jangan berlakon untuk menjadi seorang lelaki yang baik kerana ia pasti tidak akan berhasil. Just be yourself!!


Merayu- Jangan sesekali merayu kepada wanita untuk menukar perasaan mereka terhadap anda dengan memberi seribu satu alasan walaupun ianya logik. Apabila seseorang wanita tidak menunjukkan minat, tetapi sebaliknya anda terus merayu, mengemis simpati dan terus mengejar masih tidak mampu untuk menukar fikiran mereka. Oleh itu, jangan sesekali merayu kepada mereka untuk menerima anda. Biarkan mereka memilih anda dengan kehendak mereka sendiri.

Kelulusan dan kebenaran- Dalam usaha seseorang lelaki untuk menambat hati seorang wanita, mereka akan cuba untuk menyenangkan hati wanita dengan meminta kelulusan dan kebenaran sebelum melakukan sesuatu. Pada dasarnya, wanita tidak suka kepada lelaki yang terlalu mendengar kata mereka. Cukup dengan sekadar hanya memberitahu apa yang anda ingin lakukan dan bukannya meminta kebenaran atau kelulusan. Ini juga tidak bermakna anda tidak memerlukan pendapat mereka, tetapi anda sebagai seorang lelaki seharusnya tidak terlalu bergantung kepada mereka. Ini adalah kerana andalah yang sepatutnya menjaga mereka dan bukannya mereka yang menjaga anda.

Membeli perasaan dengan kemewahan- Untuk wanita yang mementingkan materialistik, ianya pasti berhasil. Tetapi persoalannya, adakah wanita yang berbentuk materialistik yang anda pilih sebagai peneman hidup? Bagaimana jika tiba-tiba anda akan susah? Ianya terpulang untuk anda membuat pilihan. Kebanyakan lelaki cuba untuk membeli perasaan wanita dengan kemewahan. Ini sepatutnya tidak terjadi tetapi ia sepatutnya terjadi dengan cara semulajadi. Wanita yang sanggup berasa susah bersama anda adalah wanita yang paling layak untuk berasa kesenangan anda. Cuba pikat mereka dengan cara semulajadi dan bukannya kemewahan.

Meluahkan perasaan terlalu awal- Kebanyakan lelaki terlau gelojoh untuk meluahkan perasaan mereka. Ini didorong oleh perasaan takut sekiranya wanita yang mereka idamkan terlepas ke tangan orang lain. Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mendekati seseorang wanita tanpa perlu meluahkan perasaan pada peringkat awal. Pilih masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan anda. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan tidak selesa seseorang wanita terhadap perhubungan anda nanti.

aduh! rumit jgk lah.. walaupun hati kata ikut sj rentak yg beralun....... senang bicara bagiku Kalau ada jodoh tak kemana kan...  

Goodnite :)

Wednesday, February 22, 2012

SURAT UNTUK BULAN

Salam semua..

ada org ckp. aku selalu merapu2 je nak tlis dlm blog ni. nak je aku kata.. kenapalah u kesah sgt :) suka hati i la.. janji i happy.. kan kan..

ok ok whateva.. mlm ni aku nak merapu-rapu lagi.. ingt tau.. I punya sukaaa lah. hehe.. 
terdongak sedikit kepala di langit. kat rumah aku ni mmg susah nak tgk bintang ke bulan ke. entahlah. mungkin sbb malam itu kelam. kalaupun nampak bulan. waktu2 tertentu je.. time org gila mengamuk kee... baru dia muncul. org gila mengamuk?? haha.. maknanya bulan mengambang.. penuh je bulan tu.. tu la tanda org gila mengamuk. eh eh?! mane lah aku dpt statment mcm gitu. he. itu org bagitau aku.. aku pun tak tahu lah.....

haih. rindunya pada seseorang..mane lah bulan... kata org tu klu rindu tgk bulan. tapi bulan xde. nak tgk ape!
SHARE DARI SESEORG:

                                             Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati

Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..

Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua

Kamu ingat aku bulan..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
..di kala kamu mengambang

Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..
Rindu..


haih. jiwang sangat ke?! x kan.... hehe. aku duk kat balkoni rmh ni.. klu aku menjerit  comfirm semua org klua kan. he. eh. mcm org gila pulak... :D stakat tingkat 2 rmh ni nak jerit mcm duk atas batu di tengah bukit tuh... mimpi jelah jwbnya.. huhu.. :)


SECEBIS KATA



 Semalam kita happy sangat ! tak pernah sekelumit kita ambik tahu apa yang berlaku esok & kita rasa seperti tak nak tahu apa yang berlaku esok hari. kerana adanya bahagia pada hari ini. Tanpa kita sedar sebenarnya Takdir terlebih dahulu memulakan langkah. Jangan menyesal untuk hari ini kerana duka. kerana kita perlu tahu kalau suka dan duka itu adalah cantuman pasangan ideal. Suka & duka adalah kehidupan. Kita takkan lengkap tanpa itu. ACCEPT! is the best thing.
Janji ALLAH kita akan baik2 saja selagi mengingatinya........

Saturday, February 18, 2012

Izinkan Cuma Engkau yang Bertakhta di Hati

hanya nurkilan cuma.....

Di pelataran dinginnya malam, ku terdampar sendiri.
Saat ini, tika ini, hati seakan terdera dengan amukan hawa nafsu dan perasaan yang mengetuk-ngetuk tangkai hati. Tidak semena-mena, titisan jernih jatuh, setitis demi setitis. Hati sebak.
Dibiarkan air jernih itu mengalir hangat. Berlawan dengan emosi, ternyata seringkali diriku menjadi kalah. Nurani membentak, jiwa ini tidak tenang. Kenapa? Kenapa begini? Kenapa sekarang jadi begini?

Dulu hati itu dapat merasai sebuah ketenangan. namun hati sememangnya tidak mampu menjawab. Terdiam sepi. Adakah hati itu telah mati?
Memang tidak ku nafikan, dia sangat menyayangi diri ini. Tetapi berkali-kali ku ingatkan pada diri, kasih sayang itu tidak abadi!

'Berpada-padalah dalam menyayangi, jika tidak kelak dikau akan menangisi!'

Entah dari mana suara itu datang dan berbisik pesanan, kemudian hilang.
Namun kini, ku pula yang terkena panahan kasihnya itu. Semakin ku lari, semakin dia mendekati. Benarlah. Menjaga sekeping hati amat sukar sekali. Perlu sangat cermat dan berhati-hati. Ku mengeluh, melepaskan sebuah keluhan perasaan yang berat, yang semakin memberati rasa hati.

"Ya Ilahi, di manakah Engkau selama ini yang bertakhta di hati? Kenapa ia sekarang telah terganti dengan makhlukMu? Kenapa diri terlalu tega menggantikan tempat teragung itu dengan insan dan makhlukMu yang hina?"

Hati bermonolog lagi sendirian. Tidak! Ia punya peneman. Sang Tuhan yang sentiasa sentiasa ada mendengar setiap keluhan.

"Astaghfirullahalazim.... Ighfirli Robbi... Ighfirli...."

Bibir memantulkan kalimah suci itu perlahan-lahan. Bibir diketap erat. Menahan tangkai emosi yang kian membuak-buak rasa pilu dan syahdu bila menyebutkan nama terindah itu, jiwa menjadi mudah terusik.
Berbicara dengan Sang Agung, air jernih itu terus menitis kemudian semakin mencurah-curah.

"Ya Rabbi, pegang hati ini, dakaplah ia seerat-eratnya, jangan sesekali biarkan ia termiliki oleh makhlukMu, ku tidak sanggup menggantikan tempatMu dengan yang lain, tidak sanggup juga berkongsi rasa itu, ku cuma mahu kasih itu teragung untukMu, ku cuma mahu rindu itu terpatri untukMu, ku cuma mahu cinta itu hanya membunga untukMu Tuhan, jangan biarkan daku terkalahkan dengan emosi dan perasaan yang seringkali dipermainkan oleh syaitan.

Ya muqallibal qulub, tetapkanlah jiwa ini setulusnya di jalanMu, pancarkan cahaya bagiku di jalan yang gelap agar aku tidak teraba-raba kesepian sendirian di hujung jalan yang kelam, jangan biarkan ku terus begini tanpaMu disisi.
Tuhan, Izinkanlah! Cuma ingin Engkau yang bertakhta di hati ini "

Berkali-kali kalimah itu diungkapkan pilu dalam pelantaran sujudnya. Wajah diraup setelah tangan menadah. Hati terus berdoa dan berharap, semoga Dia menerima segala-galanya
 kita semua perlukan ini utk lengkapkan hidup kita.................


 -sharing is caring by : Artikel iluvislam.com TQ :)

Tuesday, February 14, 2012

Novel JODOH ITU MILIK KITA

Salam semua..

tak sabar rasanya nak update blog untuk harini. maybe ada satu perkongsian yg agak menarik.. 
smlm jam 4 pgi baru aku dpt lelap kan mata. ni semua  semata2 dan gara2 ......... buku nie...


ni semua sbb novel "Jodoh itu milik Kita"..... banyak novel menjadi koleksi dan kesayangan aku.. tapi tak pernah aku terlampau teruja untuk habiskan sebijik buku yang sgt tebal ni dlm masa satu malam! one nite only........ kalau di takdirkan msk exam mngenai crita ni dah mmg agak comfirm aku dpt A !  hehe.. ehhh.. ape yg aku melalut ni.  but its true my dear. cube test tak percaya .. hee..

apa yang menarik sangat??? entahlah. tapi yg pasti jln critanya agak menarik perhatian. dari awal.. hinggalah akhir perceritaan.. lain org lain citerasa..  banyak org ckp novel mmg kaya dgn kisah cinta. tapi tu tak bermakna kita yg sedang dilamun cinta aja boleh baca... aku nak je menyangkal kata2 kwn aku tempoh hari. sedap je mulut dia cakap baca novel satu yg membosankan dan buang masa! aku Love novel. bukan semata-mata sebab kisah cinta yang tersenarai carta teratas. tp aku suka sebab semuanya bole jadi pengalaman bagi aku. ada suka. ada duka.. ada yang bernama kehidupan..... 

berbalik kpada story 'JODOH ITU MILIK KITA' sebenarnya lelaki yg lebih banyak memainkan peranan oleh sbb perempaun moodnya selalu berubah2. bukan dlm cerita je. sebnarnya its true. alam realiti pun perempuan mmg tak dapat agak apa yg ada dlm perasaannya. mungkin prempaun seringkali di lukai. (macam akulah tu) he.. yang pasti sayang akan meruntun hatinya tatkala perhatian dan layanan di berikan dgn penuh rasa kasih. haih... apalah harini aku jiwang sgt... hahaha... :D buku tu btol2 buat aku lebihkan perhatian utk mencari lelaki yg terbaik... mcm Aariz Danial :)
dia x sempurna tapi dia cukup di kagami..

thanks to SARA AISHA. sbb penulisan awak cukup mendalam bagi sy .. andai sy di takdirkan berjumpa org atau pelengkap tulang rusuk yg ada di tubuh sy... saya tau dan kenal bagaimana hidup saling bertolak ansur dlm meniti khdpan  dan buku awak insyaallah menjadi inspirasi sy.. 

aku juga nak cakap kat korang.. selain SARA AISHA. please creadit to Anis Ayuni, Aisha Sofea & Damya Hanna. diorg jugak berbakat dlm penulisan. & jln cerita mereka tak pernah menghampakan. :) enjoy reading!  sy pasti awak pun akan suka nanti :) chill....

gambar istimewa utk u all pada hari ini..


*tq amir miza sbb blanja i buku nie... Lub u..

SyamimiHasli

Monday, February 13, 2012

ADA YANG MEMERHATI. JAGA-JAGA..

Salam semua..

xde crita yg mnrik tp aku ttp nak bukak post baru :)
ok, harini aku balik keje awal. sakit kepala punya pasal. slalu migrain di saat-saat kerja tengah banyak. haih.....

harini aku ckup betuah sbb tidak meredah lautan manusia yang pelbagai bau dapat aku cium.. skali skle balik awal cam gini. ok jugak kan. hehe.. xdela bau asham asham hehe. slalu mmg kena berdiri je duk dlm tren. sabau jelah kan... dengan kasut tinggi yang bole cecah bumbung tren tuh.mmg aku boleh pitam..

lain pula dgn ari2 sebelumnya. dlm mencarik ketenangan dgn kepala sedikit biul ada sorang pak arab duk mengekori aku... takut jugak lerrr... jenis muka yang selamba. aku buat derk je lah.. dan dan.... aku buat lah belakon konon2 tgh bckp hp. pdhal hantu kt sblah sne.. (hujung talian) xde sape2 pun yg duk belawan bckp ngn aku. hehe.. kira aku bole ganti neelofa dh ni.. (neelofa blakon x best sgt tp dia cantikk ) hee.. dan dgn gaya yg x bersalah si pak arab bertanya aku.. 'hey, sweety do u know where bla.bla.bla.bla...' mmg aku dh agak. mest ada niat lain ni. dh lah pakai cara lama untk mengorat.. haha...sesat jln konon... padahal rupe mcm baru blk keje kat KLCC petronas tuh... :p apa2 jelah yg psti.... hey.. im not intrested lah hensome boy :P
macam2 btol lah manusia nih.. pak arab pun boleh jadi. tp seriusly aku mmg cuak gila. nasiblah aku benti tmn melati rmh makcik jer. buatnya aku blk rmh dia duk terpacak depan rmh aku. kes naya namanya tu kannn... kikikiikiki
anyway.. sy dah selamat ok:) to all... be carefull k. bahaya jln sorang2 :)

hv a nice day =)

Wednesday, February 08, 2012

DATUK SITI NURHALIZA

Salam semua.

SITI NURHALIZA?! sape x kenalkan.. prnah kawan abg aku ckp kalau pergi mekah pun, 2 org yang terhormat mereka hormati dari malaysia dan sgt d'kenali di tanah suci adalah DATUK CT NURHALIZA & TUN DR,MAHATHIR. wallahualam ..
tertarik pulak nak buat entry pasal dato ct nie.. mmg lah aku bukan peminat no.1 dato ct mcm yang abg aku gila-gilakan sangat tu. tp melihat ketulusan yang ada di wajahnya ketika ini menggamit jari jemari untuk berkongsi beberapa pict dato ct untuk kalian. especially to my Brother AMIR MIRZA. mmg dia ketagih minat dgn awek sorang ni :)





ni kat terengganu. konsert sempena maulidur rasul haritu.. 

teruja x?? kalau org tanya aku datuk ct cantik ke x? time ni baru aku boleh komen & dengan bersemangat aku nak cakap! datuk ct mmg cantik... dato ct... plis say no! to jambul.. kan lagi bagus mcm ni. sape stuju. sape stuju? hehe.. oklah xde maksud untuk mencaci atau menghina. sekadar memberi pendapat. suka tgk dato ct mcm ni.. muslimah sangat :)

SyamimiHasli

FREE WALKING!

salam semua.. jangan tido dulu. singgah sini jap. dah lama tak hupdate ni.. :)

esok dah start keje?! oh. jgn duk buat malas ya. mentang2 lah cuti 4 ari kan .. 
tak berapa nak perasan kan. sekejap je cuti. tup tup esok da keje.. haih.. malas mmmg malas. tapi nak buat canne. keje tetap keje..
nih ape kes!. berapa lama aku tak update! sedap sgt ke cuti smpai lupa nak hupdate! :P haha.. best x best.. biase lerr cuti. kalau tak pergi melancong. jawabnya cuti tu mcm biase jelah. terperakk kat umah ... takpelah.. kita free kan minda jerr.. mood kerja kita buang jauh2 kjp :)

masing2 duduk rumah tanpa hala tuju! makan tido. makan tido. sudahnya semua org naik badan. termasuk cousin aku 'xaty'.. kecuali aku! lagi2 aku.. haih. bila aku nak gemok ni?! :) 
semua naik bosan... dah naik kete semua x tahu hala tuju pula. terserahlah.. ikut aja roda kereta berputar. janji bila bercerita kat org takdelah x kluar langsung cuti ni... haha.. 
berlagak mcm org kaya. singgahlah kami dan berhentilah roda kereta itu di...




enjoylah jugak. walaupun pada mulanya.. perjalanan tanpa arah.. :) 
eh. xpela.. nnti kita cite lagi. sj update mlm ni. lepaskan rind =)
pergilah tdo. esok keje.. selamat malam ;)

SyamimiHasli