Thursday, October 18, 2012

KEHIDUPAN INI ADIL..

Assalamualaikum :)

tak melepas sangat rindu semalam. thats y today im here. hehe. Dalam sedikit waktu kengkangan ini aku mula lah nak banyak cakap.. (banyak cakap kat sini je ) cakap banyak sgt pun bukan org suka kan.. :D itulah xde tekanan cakap sorang2, walaupun banyak. he. hebat dunia fantasi hari ini :D kikiki

nak citer pasal sedih nanti org cakap very emo! nak cakap pasal gumbira. alahai takdelah happy sgt pun hidup ni.. yang pasti sedang-sedang saja :) itu yang terbaik kot... kot lah :)

sharing is caring :)

Dulu-dulu masa aku kecik, aku selalu berangan nak hidup bahagia. Makna bahagia pada aku waktu itu dalam erti kata lain ingin hidup kaya-raya. Ada rumah besar, ada kereta mewah, dapat melancong satu dunia dan macam-macam lagi.Tapi itu masa aku kecik lagi. Waktu itu aku rasa bila dapat jadi kaya-raya nanti, hidup kita akan lebih hebat,lebih bahagia dan lebih baik dari orang lain.
Tapi aku silap. Bila sudah semakin dewasa sekarang,  boleh berfikir dengan baik, baru aku sedar kehidupan yang kaya-raya tidak semestinya akan buatkan kita bahagia untuk selama-lamanya.

Kekayaan harta-benda tidak menjamin kebahagiaan sepenuhnya. Bahagia dengan kemewahan tidak menjamin kehidupan di dunia dan akhirat jika kita tidak meletakkan Allah sebagai asasnya.
Bahagia dengan kekayaan bukanlah segala-galanya kalau tidak tahu untuk bersyukur kepada Allah yang sentiasa memberi nikmat tidak terhingga ini. Mungkin dengan kekayaan, di dunia kita akan bahagia, tapi tidak semestinya di akhirat juga akan bahagia, melainkan kekayaan itu diurus untuk pelaburan akhirat kerana Allah semata-mata, insyAllah ianya akan menjamin kebahagiaan kita di dunia juga di akhirat. Ini satu perkara penting yang telah aku pelajari sekarang.
Ingin bahagia tidak semestinya dapat jelajah satu dunia... tidak semestinya setiap semester dapat Dean List atau dekan dan graduan kelas pertama..

Ya betul, memang semua orang akan merasa gembira jika memiliki hidup seperti itu. Fitrahnya manusia akan merasa gembira dan bahagia apabila mendapat kebaikan, kenikmatan namun kita juga perlu memikirkan bahawasanya, apa yang kita inginkan tidak semua akan kita miliki. Itulah hakikat sebuah kehidupan.

Walaubagaimana pun, jika tidak dapat apa yang kita inginkan, tidak semestinya hidup kita tidak bahagia. Tidak perlu merasa kurang sehingga memprotes apa yang ada di hdapan kita. Tidak semua orang yang kita lihat kaya raya, punya wang berjuta itu hidup bahagia. Kita tidak tahu masalah dalam hidup mereka. Mungkin masalah yang mereka hadapi lebih teruk dari kita. Dan tanpa kita sedar, kadang-kadang kehidupan mereka lebih derita berbanding kita.

Maka bersyukurlah dengan apa yang ada. Merasa bahagia itu letaknya di hati. Dan bahagia itu hanya akan dapat di miliki apabila merasa ada walau pun tiada. Merasa bahagia walau pun terasa derita. Segala kekurangan yang ada di depan mata tidak sedikit pun memberi ruang kepada hati merasa kurang. Apa jua yang ada di raih dengan redha seadanya.

"Dari Hakim bin Hizam r.a., katanya aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tangan di atas (yang memberi), lebih baik daripada tangan yang di bawah (yang menerima bantuan)"
(Hadis SahihRiwayat Imam Ahmad)

Fitrah manusia itu sendiri yang sering lupa, termasuklah diri aku sendiri. Kadang-kadang kita terlalu taksub dengan kebahagiaan di dunia hingga lupa kebahagiaan di akhirat. Ingin bahagia tidak semestinya perlu untuk sempurna semuanya, kerana kita sebagai manusia pun selamnya tidak akan sempurna sepenuhnya.

duit bukan segala-galanya. tapi duit juga kita perlukan. :)
semoga hari2 yang kita lalui ada secebis kebahagian untuk melangkah ke hadapan... :)
saya, awak, dan dia :)
kita akan sama-sama mengorat langkah... kita akan cuba yang terbaik meskipun kita kadang2 kecundang.. kita insan lemah jangan nak berlagak kuat sgt. hehe..  yeah.. kita boleh....

alahai.. seronoknya hari ni dapat update blog :) terasa sgt dekat dengan korang.. tau tau tau =) cinta, kasih, syg dan rindu... itu juga sebahagia dari kebahagian ;)

 SERONOK KALAU ADA SESEORG YANG SELALU BOLEH BUAT KITA BAHAGIA... 
tp... xde dugaan.. x perfect plok hidup ni.. so... fair la! REDHA jelah. hee..
berminat dgn baju itu? visit this blog fimicouture.blogspot.com TQ

kembali ke dua asal.. arghhhh..bnyaknya keje..
BYE!