Tuesday, January 21, 2014

SITIZONERS 10TAHUN DOUBLE CELEBRATIONS

Assalamualaikum

pernah pergi event birthday artis? atau apa2 event lah yang kena mengena dengan apa yang korang suka?? janggal dan kuno rasanya. sebab ni lah kali pertama aku menyertai sitizoner.. sitizoners tu maknanya kelab peminat dato siti nurhaliza lah. :) minat dato ct ke aku? oklah taknak menipu sebenarnya aku memenuhi undangan sitizoners double celebrations aritu sebab abang aku.. dia yang minat gila kat dato ct.. ok start now i also peminat dato ct ya hehe..

hari ahad lepas 19januari2014 bertempat di kk klub melawati kami semua berkumpul untuk menyambut ulangtahun 10tahun sitizoners skaligus dengan birthday dato ct pada 11januari yang lalu. BEST! itulah yang dapat digambarkan sejurus melihat semua peminat dato ct bersungguh menghargai beliau. begitu ya rupanya menjadi seorang peminat kepada insan yang betul2 patut di banggakan... . macam aku, aku takde minat sape2 smpai melampau cam gitu. minat2 biase sudah. mane yang best aku ikut. mana yang pndai belakon aku puji. camtulah sehinggakan haritu kali pertama aku menyaksikan sendiri bagaimana mereka sungguh2 menghafal lirik2 lagu2 dato ct. semuanya tentang dato ct dia tahulah. memang hebat. wah! teruja hokeyyy.. kalau korang kat tempat aku korang pun akan cakap macam tu..

RM100 yang di kenakan bagi setiap sorang yang memasuki dewan tu.. dapat gift satu bag. dapat makan sedap pulak tu. dapat jumpa siti and berborak2 real memang berbaloi  lah 100 tu.. senang citer camnilah kalau dah minat tu sanggup lakukan apa saja. betol tak? tapi aku punya free.. abang long lanjer so tak la terasa menyesal ke apa ikut dia. :) thanks kerana memilihku untuk di jadikan teman tempoh hari. i enjoy sangat abang long. nxt event dato ct nak ikut lagi ya..haha

oh lupa.. sejurus mengetahui untuk ke party dato ct satu yang harus dikenakan setiap org adalah mengenaikan warna hijau. tak kisahlah asalkan ade hijau.. memang last minute. i just wear my tudung yang sedia ada. warna hijau :) warna favourite kita samalah dato CT. hijauuuuuu.. (eh bukan sbb skrg minat dato ct tapi dah lama tau aku suka warna hijau. cuba tanya mama aku.. klu tak caya  haha) 






ni group kitaorg satu table.. sian abg kita takde dlm gambr ni. dia yang tolong snapkan picture ! smua sporting.. baru kenal sekejap da macam kenal puluh tahun... 



lawa nama table kitaorg KAU KUSAYANG. setiap meja ade name lagu dato ct. curlassss kann... :) artis popular sangat banyak album memang lah patut letak nama lagu sendiri.. bertuah badan jadi macam dato ct :) kalau lahhhh hidup ini bertuah sepertinya.... eh amin :)




nampak dalam tv dalam gambar dah lawakan.. tapi kalau korang pernah jumpa real memang korang akan cakap lagi lawa bila tgk btol2 depan mata. without makeup aku rase dia memang lawa.. sungguh! sungguh ni.. hehe.. 

oh this event also ade game ade exam tau. hebat tak? exam untuk sape jadi peminat no satu. kira btol2 minat la.. ade 2 org dapat hadiah mase jawab exam tu. kiranya abg aku just top 10 aje yg dapat buat exam tu.. hee.. hebat la dapat hadiah kaw2 tau. tab3 u olss.. adela beberapa org yang bertuah. group yang bertuah. apapun kami semua enjoy. happy for you dato ct. kami semua memang berbangga. 

peminat tegar yg aku ingt
KAK ZIAH
AMIR MIRZA
FAZ
MAR
SITI NUR AINI

oklah smpai jumpa lagi :) satu hari yang menggembirakan. thanks kak rozie yang membuat party ini sangat bermakna utk kami. party ni memang menjadi :) sape2 yang teringin nak join tu boleh aje. ape salahnya kan. bukan sitizoner aje yang boleh dekat dgn dato ct. kita pun bole :) follow mereka2 kat instagram @roziesangdewi @sitizoner @ctdk :)

thanks for reading !

Thursday, January 02, 2014

Hello 2014

Assalamualaikum..

SELAMAT TAHUN BARU !!

semoga azam yg lepas terlaksana. andaipun tidak terlaksana pada tahun lalu semoga tahun ini berjaya dengan semangat yang lebih lagi.. Alhamdulillah kerana kita masih lagi di bumi bertuah. macam2 berlaku pada dunia sebelum bertemu tahun 2014 ni. ade suka ada duka.. mcm2 lah.. kalau nak cerita memang tak habis cerita. apapun ceritanya kita bersyukur ya :) semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya... 2014..... memang tahun berganti tahun kami menantimu....

terima kasih 2013 untuk segala-galanya. pengalaman, harapan, impian.. alhamdulillah dugaan dan ujian itu aku mampu tangani. memang sesekali tidak akan aku lupakan. kerana disitu tercipta kenangan.. bukan semua yg mampu ingat 365 hari tu. ada masa otak blur.. hehe.. cuma sgt beruah menjadi seorg penggemar meng'snap' photo. jadi kenangan tu ade boleh lah #throwback.. thanks to my sweet pinky S3 yg selalu menjadi teman =) 

Life aku takde apa yg menarik. biase2 saja. takde istimewa smpai nak bermegah2 dalam sesuatu hal. aku memang slalu camni. simple. apa yg boleh bawa aku ke daerah itu aku pergi. kalau tak boleh aku diamkan saja. yang pasti biarlah apa yang kita lakukan dengan rasa hati yg lapang. jangan sakit hati memanjang muka pun muncung.. aku bukan jenis camtu jadi mudah je bagi sesiapa yg mendekati untuk tujuan yang baik... yes! im so friendly and easy going.. 'kau baik dengan aku aku baik dengan kau.' begitulah sebaliknya..... bagi aku setiap apa yang berlaku dlm kehidupan ni memberi impak yg mendalam.. itulah yang mematangkan kita sebenarnya... baik buruk kita kena trima. lumrahnya memang begitu...

last of date 311213 aku takde plan pape pun.. aku keluar dengan sista je pegi jln2... jln tak jalan dah nak pkl 11 mlm. skaligus menyaksikan fireworks yang paling lawa dekat KLCC.. first time hokeyy :)


macam tu jelah 2013. semua dah bercampur menjadi satu dan terlahirlah 2014. semoga terus tabah dengan pelbagai kemungkinan.. mcm biasalah hidup harus di teruskan walau apa jua ceritanya.... 

thanks for reading !