Monday, April 21, 2014

MAJLIS SARUNG CINCIN

Assalamualaikum..

ALhamdulillah..
itulah satu perkara yang perlu di ucapkan selepas majlis itu tamat 2 hari yang lalu.
19 april 2014 ade pekhabaran baik buat keluarga ku. semoga semuanya senang hati.
mula ceritanya kata mamaku  kakak ku akan di risik oleh seseorang.. dalam hati ku terlintas juga risik ape bukan dah kenal ke? or yang ni org lain pulak? aku sendiri tak memahami adat melayu. tapi tak lah aku luahkan. mane2 pun tak kisahlah. lagi pula ini adelah hal yang pertama keluarga ku tempuh. mama lagi lah panik. first time lah katakan :) kesian sebenarnya kt mama tapi nasib baik makcik kami dari kuantan ada datang. jadi taklah kucar kacir sgt majlis tu. thanks makcik ku syg...


adat2 melayu ni baru aku baca beberapa jam sebelum di datangi keluarga lelaki ke rumah kami. ceritanya gini bagi aku..  asal merisik psal zaman dulu mana ada dating2..kan kan..? memang la aku bukan datang dari zaman dulu. tapi mama pernah jugak cerita. nak jumpa pun susah.. tuh yg ada label anak dara pingitan.. tak kuau2 umah.. mmg ada adat lama yg memberatkan tapi ada byk halus dan rahsia kalo perati betul2..

so merisik nih bukan keluarga lelaki tapi biasanya wakil.. kdg2 org sebut tukang jodoh.. diorg nih yg datang bawa cincin sebentuk bertanya psal anak dara tuh.. dah dijodohkan ke belum.. bagi tau sapa org lelakinya.. kira nego nak bagi jadi.. macam agen cari jodoh.. kalo setuju baru laa bagi cincin merisik, baru masuk bincang bab bertunang.. hantaran dan segala macam..

zaman berubah maka sebab skrg nih org muda dah merisik sendiri terus kat tuan punya diri, so skiplaa merisik dan terus buat sekali dgn bertunang.. kan org zaman skrg semua nak ekonomi.. ringkas, mudah dan murah..


senang citer bagi kes kakak aku ni aku rase lebih kepada adat meminang/ bertunang...
majlis kecil-kecilan yang di hadiri 10org dari pihak lelaki dan keluarga ku di ikuti makcik dan pakcik ku saja. senang aku fikir tak perlu nak perbesarkan..  alhamdulillah semuanya selamat dan akhirnya tarikh nikah pun dah di tetapkan terus. btol tak apa aku kata di awal tadi..? ni maknanya kes meminang terus bertunang. sebentuk cincin telah tersarung di jari manis kakak ku. berbalas kepada cincin perak ke jari manis lelaki..
bersyukur dan alhamdulillah di permudahkan segala2nya..

"selamat bertunang kak fie dan abg ijam"

adik take over majlis dulu.. muka dah tembam. jangan org salah meminang sudah.. haha
(nak dijadikan cerita memang btol pun.. si ayah lelaki rupanya tak kenal lagi kakak aku. skali dia dah salah paham. dia ingt aku ni yang nak di pinangkan.. mampos! haha.. )







lepas ni kami makin busy la kot. bulan 10 yang di tetap bukan lama lagi. lagi 6 bulan dari skrg tolak tepi puasa ngan raya kan adala 4 bulan.. haih. rumit btol pk org kawin. ingtkan senang rupanya susah juga... itulah kena blaja tu blaja ni. biar pikiran terbuka. senang esok2 aku pulak nak kawin. hekhek (gatal....)

sampai di sini dulu.
thanks for reading !

Wednesday, April 16, 2014

SEBELUM ENGKAU BERKAHWIN

Assalamualaikum…



Salam Mahabbah buatmu kakakku yang satu..
Segala puji bagi Allah atas limpahan rahmat dan kurnia-Nya dalam menyatukan hati-hati kita.
Juga tiada mampu untuk kita memuji akan diri-Nya melebihi Dia atas jalinan ukhuwah yang telah lama dijalinkan dengan izin dari-Nya… alhamdulillah.

mungkin cara begini saja dapat aku sampaikan. aku bukan pndai berkata-kata. lagi pula aku ni adik bukan kakak.bila melebihi aku lontarkan apa yang aku katakan boleh jadi aku jadi adik yang derhaka padamu. aku sendiri membalut rasa setelah beberapa hari yang lalu kita bertengkar. kita bersua.. aku hanya cuma ingin membantu. membantu sebelum engkau berkahwin. sebelum kita berjauhan. sebelum kita jadi renggang.


Kakak…
Maafkan aku. Sekalipun bicara coretan tidak aku hulurkan namun kita tetap jua bersama dan masih bisa melihat satu sama lain.
Kakak…
Hari ini, hati benar-benar terpanggil untuk menarikan jari jemari ini. Bersama doa agar rahmat dan lindungan Allah sentiasa bersama kita.

Sebenarnya, sudah lama juga aku berkira-kira untuk ‘menyapa’ (menegur) kakak, tapi dek kerana bimbangkan ada hati yang akan terguris, aku tangguhkan.
Maaf kakak! Bukanlah niat aku untuk melukakan, jauh sekali membuat kakak berkecil hati. Tapi, sebelum apa juga perasaan yang kakak rasakan, segeralah kembalikan diri kepada Allah, insyaallah hatimu akan berasa tenang. Anugerah ketenangan itu dari Allah, dan kita sebagai hamba diberikan pula kemampuan untuk melaksanakan… Subhanallah, indahnya kurniaan.

Kakak…
Mungkin kakak sendiri telah maklum akan perubahan yang ada pada diri aku sekarang. Seorang muslimah yang terlalu menyintai Pemiliknya… dan tiap waktu merindu akan keagungan yang diciptakan-Nya. Bukan hanya melalui kata-kata, tapi ia atas rasa percaya dan benar-benar merasa.
Kakak…
Bersama anugerah terindah yang sedang aku daki kini, bersama persalinan baru yang aku pakaikan pada diri, aku rasa begitu bahagia sekali. Walaupun pada pandangan duniawi, aku ini serba tiada, harta benda, pangkat dan darjat, tapi aku dapat merasa nikmat berada dijalan-Nya.
Kakak…
Jika suatu waktu dulu, dosa pahala tidak kita ambil kira, meniti jambatan dunia hingga terlupa dihujungnya akhirat yang tersedia, tapi hari ini, aku berada dilandasan yang berbeza. Mungkin masih jua dijambatan yang sama, tapi memilih lorong yang tahu menilai ganjaran dan azab yang dijanjikan-Nya.

Kakak…
Hampir seluruh zaman remaja kita habiskan dengan penuh kealpaan, tidak berjaya meletakkan diri sebagai anak yang solehah. Tidak menyenangkan hati kedua ibu ayah sedang mereka telah membesarkan kita dengan penuh kasih sayang dan tidak meminta untuk membalas tiap amal bakti yang diberikan. Pasti hati kecil mereka merintih saat kedegilan itu menguasai anak-anak yang menjadi harapan dunia dan akhirat.

“Ya Allah, ampuni kami ya Allah. Sesungguhnya kami ini anak-anak yang berdosa.”

Namun kakak, sedarkah kita bahawa hari ini Allah masih juga memberikan nikmat untuk kita merasakan alam dewasa. Alhamdulillah, diberikan juga kesempatan untuk kita bergelar isteri dan ibu. Subhanallah. Allah Maha Pemurah. Tiada yang layak dipuji melainkan Dia. Dan diberikan juga peluang untuk bersama ibu ayah yang sedang meniti penghujung usia mereka. Allahu Akbar!
Kakak…
Perkara-perkara inilah yang menjadikan aku selalu mencari diri, mencari jalan pulang ke sisi-Nya Yang Maha Pemberi. Dan selalu merasakan tidak cukup untuk membalasnya dengan ucapan ‘terima kasih’ dalam tiap gerak nadi yang berdenyut.

Kakak…
Bersama kekuatan dan kemampuan yang Allah berikan pada aku saat ini, aku benar-benar ingin memimpin kakak bersama aku untuk berada di landasan yang sama.
Dekatilah Dia, kakak. Kembalilah pada-Nya. Jalan untuk menghampiri-Nya sentiasa luas terbuka. Malah Dia jua Maha Pengampun tiap dosa walau sebesar mana murka yang ada buat kita. Ayuhlah kakak, kembali mencari jalan pulang sebelum kita bertemu dengan-Nya.
Kakak…
Bersama warkah ini, aku tinggalkan kakak pesanan-pesanan ini, yang mungkin mampu dijadikan azimat dalam kakak meniti sisa usia yang Allah berikan… insyaallah.


~ Letakkanlah niat hatimu semata-mata kerana Allah dalam apa jua yang dirimu lakukan.
~ Hiasilah dirimu dengan rasa malu yang menebal, agar dirimu bisa memperoleh cahaya yang tersembunyi disebalik kepalsuan dunia.
~ Peliharalah solat. Perbaikilah ia. Dirikanlah di awal waktu.
~ Bersahabatlah dengan Al-Quran dan Sunnah agar dapat menjadi penyuluh jalanmu.
~ Peliharalah jua aurat mu. Tutuplah ia. Ingatlah akan azab yang dijanjikan Allah buat hamba-hamba-Nya.
~ Tunaikanlah kewajipan yang telah diperintahkan Allah buat kita dan jauhi maksiat dan kemungkaran yang melalaikan.
~ Jadilah isteri yang redha dan sabar atas tiap ketentuan yang Allah berikan.
~ Letakkanlah diri sebagai ibu yang solehah dan menjadi murabbi (pendidik) kepada anak-anak.
~ Hapuskanlah kegagalan sebagai seorang anak kepada kedua ibu ayah, gantikanlah dengan bakti yang terbaik buat mereka ketika mereka masih ada atau mungkin saat mereka telah kembali ke sisi Pencipta.


Kakak…
Selebihnya, pasti kakak akan temuinya nanti… insyaallah.
Inilah jalan kita. Jalan pulang yang kita cari-cari selama ini. Aku doakan moga kakak dipermudahkan Allah dalam usaha menuju ke jalanNya.
Akhir bicara, maafkan aku andai bicara ini membuat hati kecilmu tersentuh.
Ingatlah kakak, dunia ini pinjaman semata. Tiada yang akan kekal melainkan Dia. Sementara diberikan kekuatan dan kemampuan untuk kita membezakan, pilihlah jalan yang diredhai-Nya.

Moga dikalungkan hidayah buat kita dan sentiasa diampunkan dosa. Kita ini hanya hamba. Hamba yang selayaknya meminta pada Dia yang sentiasa bersedia memberikan laluan buat kita, kerana hanya Dia tempat kita menyembah dan memohon pertolongan. Tiada daya dan upaya kita melainkan hanya dengan-Nya, Yang Maha Menguasai setiap perkara.







thanks for reading :)

Wednesday, April 09, 2014

BIG DAY MIRA & MIE (COUSIN)

Assalamualaikum & Selamat Pagi :)

hello April.
this is my first entry for this month. rasenya tak lengkap kalau tak update story hari bahagia my cousin. Selamat Pengantin Baru mira dan suami. eh bagai pinang di belah dua. itulah first thing dalam kepala ni bila tgk cik abg mira. he. sesuai dah tu. memang jodoh itu rahsia allah. walau bagai mana rintangan yang datang pun kalau telah tersurat memang itu jodoh kita. so pa yang kita mampu lakukan berdoa dan berusaha. insyaallah janji itu pasti. semoga kekal dan bahagia hingga ke syurga. tiada lafaz yang paling di nanti melainkan akad yang di temerai bersama wali dan kadi. dengan skali lafaz my cousin dah selamat bergelar seorang isteri. amin.. aku pun tumpang bahagia :)

pengantin: amira & ruzamie
tempat : chendering kuala terengganu
date : 4/4 -5/4/2014

selalunya kalau buat di kg memang meriah. meriah dengan sanak saudara. aku pun join skali. tu lah satu tanda paling menarik bila kenduri di buat di kampung dan masak sendri. meriah. sangat meriah. biaselah nak compare kat bndar ni jauh la beza kan. ishk berapa bnyak kali meriah da.........

alhamdulillah majlis berlangsung dengan lancar. itulah yg slalu di harapkan bagi semua pihak. biaselah kalau kenduri ni memang pening jugak. bukan senang nak memeriahkan majlis. dengan jemputan, makanan lgi. semua tu nak kena prepare carta paling atas skali. silap hb ade org yg tak boleh makan. kes naya kan...insyaallah for the next kita doakan semuanya baik2 juga ya.











berakhir sudah pencarian cintamu. dirimu tak lagi sepi. kini.. hati tak sendiri. semoga bahagia kalian..  
#miramiewedding