Saturday, September 27, 2014

JANGAN TANYA ORG


hai assalamualaikum.. saya tengah bosan jadi saya rajin update ! haritu ada kawan bertanya. dia dapat boyfriend baru. mungkin la. sebab sebelum ni dia tak tanya. dia tanya hensem x? aku ckp tnya lah hati. dia kata pula ok je. kalau kata kau dah begitu i think pun ok :) sebenarnya mulut aku nak tnya dia ada iman tak? tapi aku lupakan...  sebenarnya bagi pendapat aku begini -

 "Bila kita sudah berkenan pada seseorg jangan tanya pendapat org lain tentang paras wajahnya. Dia hensem atau tidak, dia cantik atau tidak. jangan cuba cuba tanya sebab nanti kamu akan kecewa, sebab mata org lain mungkin takkan sama. dengan mata kita yang nampak wajah orang yang kita suka. Dengan wajah yang luar biasa indahnya. Allah jadikan mata kita ini bila tengok jodoh kita maka kita saja yang akan nampak betapa istimewanya dia. Orang lain  takkan nampak sebab bukan pasangan mereka. Macam kita nak makan nasi di sebuah restoran kata kan, mesti banyak pilihan lauk citarasa kita mesti takkan sama dengan kawan kita atau orang lain, maybe kita suka makan tempoyak, tapi orang lain suka budu... "

: macam aku ni tempoyak pun tak makan budu pun tak makan. jadi daripada takde pilihan saya makan nasi kosong. haha.. macam tu lah. di pendekkan cerita di mana imam ku sekarang?? tulang rusuk yang ade padaku ni milik siapa sesungguhnya :) oklah ingt tau tnya hatiiii... bukan tanya org :)

happy weekend !


thanks for reading

Thursday, September 25, 2014

WARISAN KG CINA KUALA TERENGGANU

assalamualaikum...

tak lengkap bila tak bercerita. biarlah benda dah lepas, kenangan tetap kenangan.. balik wedding kakak aku haritu aku tak lepaskan peluang pergi tmpat yang paling best skrg ni kat terengganu. memang dapat sambutan lebih2 lagi time pergi haritu hari cuti jadi memang rmai lah yang bernama manusia. tak pernah2 pulak jadi satu kemestian  bila balik kg nak pergi situ. now datang ajelah kalau sape nak prgi..

Kg Cina, Kuala Terengganu.
dulu tempatnya biasa aja. tp dari dulu lagi aku berkenan and menarik perhatian dengan senibina bangunannya. macam duk kat melaka rasanya... baba nyonya still ada dalam diri mereka. cina tetap cina. tapi yang lebih menarik kali ni. kg cina dah berubah wajah. alaaa.. mcm dekat penang jugak lah. ada lukisan yang manarik tu. entah lah aku tak pernah smpai. yang aku tahu kat terengganu dah mcm negeri lain jugak lah. xdelah mcm dulu org tumpu kat pasar payang je. now org muda bole dtg snap2 gambar.. menarik sangat... menarik tau takkkkk... hehe jap2 nak kasi gambor...

di sebalik bangunan2 lama tu korang akan jumpa payung yang warna warni ni.... ya allah haritu tak sempat pergi flora putrajaya now da ada kat terengganu... tak payah tungguh la kat mane2 nak buat flora ke fauna.. kita dah datang sini. kira lepas hajat nak tgk. thanks terengganu.. siapa yg reka ni. hebat sungguh idea... 


jenuh la aku bergambor. kan ke syamimi ni giler selfie.. kalau sape yang suka tangkap gambar nanti korang bole datang sini ok... memang cntik..
 


world heritage lane. chinatown. mesti jumpa signboard ni baru betol tu kg cina. he..


u noe what ...
dulu aku teringin nak pergi korea sbb ade keylock ni.. nmpak sgt simbol cintanya disitu. mmg aku suka benda main2 macam ni.. rasa mcm hidup ni normal gila hahaha.... klu tak suka mmg kau tak normal lahhh... very sweet okehh.. one day i kena dtg lagi bawak someone n kita lock2 ok.. utk skrg ni aku tukang tengok aje kakak aku  buat.. jeles ckit laaaa... haha. nvm. (tak penting sgt) yang penting dah ambik gmbr... benda ni korang bole cari kat lorong belakang chinatown. paling tepi rasanya......

ada lagi yang lebih menarik...





kau tau tak aku 2 kali pergi....esoknya tu aku pergi lagi  yang gmbr bawah bertukar baju..  ni aku bawak bff aku pulak.... hehehe...

cantik aih pintu kedai ni. pintu kedai pun jadiiii....





ok hef fun and happy holiday ok.. inshaallah bulan 12 aku nak pergi penang pulak.. nak pgi tmpt yg diorg buat cmni jugakk.. tapi kat sana rasanya lagi full org. sbb dengar citer siap kena beratur nak ambik gambor. really?????? org malaysia mmg suka benda yang fantastic hehe.. 

Disini lahirnya Cinta Malaysiaku.

thanks for reading. jangan lupa singgah kalau smpai kuala terengganu. 
negerinya cantik. budayanya menarik insha allah orgnya pun baik2 dan juga cntik2 hehe..

thanks for reading

ISTIKHARAH

INI PUISI

Aku lukiskan dalam diam
Bahawa hatiku perlukan sebuah penghargaan
Yang dijaga dan menjaga
Mata dan hati bernama hamba
Istikharahku kian jelas berbicara
Bahawa inilah keharusan
Mencari yang lebih kekal dan hampir
Sedekat-dekat telingaku
Takkan pernah jatuhkan aku
Takkan pernah lemaskan aku
Bahkan memeluk diriku penuh rindu
Melepaskan bisikan yang berharap
Biar sunyi selamanya sunyi
Hati ku takkan dimiliki
Kerna jiwaku yang mengingini
Melepaskan bisikan yang berderap
Suci tanpa hubung
Sirna bersama cinta Agung
Allahurabbi
Allahurabbul Izzati
Pemilik hatiku
Istikharahku menetapkan segala
Bahawa kanku lepaskan segala
Lalu tawakkal penyambung cerita
Menitislah air mata
Kujatuhkan penuh bahagia
Kuusap penuh rela
Pada cintaku terpelihara
Hadirnya dengan izin Maha Kuasa

 kadang kadang ia datang dengan rupa yg tak berwajah tapi cukup jelas dan hidup di hatiku..
(belanja satu selfie :)


biarlah aku berbicara dalam puisi. moga ada yang mengerti. pengertian itu wujud tapi tak semua yang faham. mohon biarlah segalanya berlaku dengan izin allah. 

Thanks for reading.

Thursday, September 11, 2014

KAKAK KITA DAH KAWIN

Assalamualaikum...


Lama x on. rase macam separuh mati ku merindu. anyway alhamdulillah semua yang di harapkan sudah selesai. habis sudah tenaga yang di hulurkan. beban yang di pikul juga alhamdulillah berkesudahan. apa yang di harapkan hari ini semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

bercakap sudah bersengketa sudah berlucu2 juga sudah. kata pembuka dah boleh agak apa yang nak di ceritakan. SELAMAT PENGANTIN BARU TO MY BELOVED SISTER untuk kesian  kalinya. dalam masa sebulan dua  ni mmg gelaran pengantin baru tetap manis pada pasangan dua sejoli ini. memang suweeettt pun. yang tu tak usah di cakapkan lagi.. hoho kau mermang happy aku ni ha  yang sedih teman bilik ku dah dibawa pergiiii.... sob sob.. :)

alhamdulillah tarikh keramat 30 August 2014 yang lalu telah menyatukan puteri sulung mama ke jingjang pelamin. tiada kata lain yang di ucapkan melainkan alhamdulillah. sungguh selepas je majlis tamat kami lah org pertama yang merdeka... (first time hokey merdeka kat terengganu). betollah kata org tak kena tak tahu dah kena tuhan jelah yang tahu.. buat majlis ni bukan suatu perkara yang mudah. nak nak lagi ia melibatkan 2 belah pihak.. mmg haru biru jugaklah.. first wedding in our family mmg dugaan tu macam2 tapi lepas tu akan baik2 saja.. percayalah... 

2 majlis dalam satu masa? yes......
nxt time ill makesure akan buat dua majlis.. why?? u olss bayangkan akad nikah pukul 9am lepas tu terus kenduri besar siap bersanding pukul 11;30am .. macam org gila x? maunya tak... aku lah manusia yang separuh mati.. haha.. tapi aku suka bizi2 pun kakak aku yang kawin bukan org lain. masa tu terlalu singkat. mmg sesak nafas hokey.. nxt time akd nikah jumaat. bigday hari sabtu.. sonag kijo kito.. haha... tapi seriously mmg kelam kabut :( tapi kan kan.. majlis tetap di teruskan dengan gumbiranya..... 

Abah dan mama.... mereka lah yang paling bersusah payah... gembira sangat tengok mereka bersatu. biasanya sorang kat KL sorang kat RUSSIA.. susah hokey nak tgk depa happy.. terima kasih allah sekaligus menghappykan diriku. wink wink... 

million thanks to all family.. senang buat keje kat kg ni. walaupun buat kat ala2 hotel  tapi mereka tetap membantu apa yang patut.. 


sorry entry ni akan banyak gambar. hope enjoy... 

 
mari perkenal kan dulu dulang girls.... dari kiri angah (fiza) , mira, suha, akulah, izzati, tiqah, noni & madiha. thanks korang. u olss memang awesome......... comey mek ganung blake seme..

we start now. majlis akd nikah di adakan di masjid tengku tengah zaharah (masjid terapung) kuala terengganu.

memang cantik kakak saya...


 amrul nizam... r u ready??? mesti ready kan.. sbb skali lafaz je.... kalau buat 5 6 kali lafaz memang tidur bawah katil la jawabnya. haha.... ok alhamdulillah.. semua berakhir dengan sempurna pada akad nikah ni..

orang terengganu lawan orang perak.. anak nanti jadi macamane ya??? mesti comel kan? :P

fie..  hope dapat jadi istri yang solehah.. amrul kena faham tau fifi macamne.. dia memang kepala batu tapi sometimes dia mmg solehah sgt.. bimbing dia okey.. insyaallah doa kami mengiringi kalian... hidup baik2 :) 



abg amrul. jaga kakfie okay.. jaga baik2...  allah dah anugerahkan dia pada u tau... ni anugerah.. mohon terlebih terkurang dapat di selesaikan.... mama ada 2 anak perempuan je.. dua2 dia sayang. lepas fifi angkut barang keluar rumah ma menangis x sudah tau. haha.... jaga dia yg penting jgn lupakn mama kami..... dia dah bersusah payah untuk anak2 mohon bls jasa dengan mengingati itu pun dah cukup baik... i noe abg amrul seorang lelaki yang baik :) mama trust you dia cakap.. heee... bertuah kalau dapat kamcing ngan mama satu dozen nama u dia akan cerita kat org. haha.... 

 
my lovely family.. bersatu di sini. ni la di katakan di sini lahirnya cinta.. auw...... gitu...

 family sebelah lelaki dari perak...

my small family.... ofcoz terengganu mariii :)

MAJLIS RESEPSI BERMULA...
majlis resepsi diadakan di Terengganu equestrian resort (TER)

 pelamin dari butik irdina kuala terengganu.. memang cantik... 

and to my friends iylia syamimi and noni. love you.. sanggup lepas subuh terus kita pergi buat candy booth pula.. kalau takde korang aku mmg mati wey. matiii...  semua tu untuk kau fifi !!! kau tak cakap thanks pun kat aku tapi aku tak kisah aku ikhlas :) berharap lps ni majlis aku pula kau yang bersusah payah. bole???? hikhik.....comel tak?? buat sendiri je.... sape nak tempah nanti boleh call kita.. charge tak mahal.. untuk kita2 jer...

naik kete kuda hokey.. kau hado?? haha.. okla kau naik la kete kuda.. esok2 aku tak nak lain aku nak naik mini cooper. ah aku tak kira........ haha... tu impian dia. KERETA KUDA :) finally u dah naik. sila senyum pn fifi.. 





 skali skaler gila glamour.. haha
with my lovely cousin..

 thanks makcik n Bff sebab datang.... i love you... nvr forget ur turn... cant wait...

 thanks zaim.. kau jadi host. memang sesuai.... 

 yang ni semua wajah kesayangan hamba... i love you.... 


berakhir sudah majlis yang di nantikan semua org. semoga kita juga berbahagia... terima kasih semua yang datang. 

banyakcakap say: we hope with all our heart that your marriage is more beautiful than your wedding has been today.

thanks for reading