Monday, April 20, 2015

WHATEVER~

Assalamualaikum hai hello :)

nak tau... ade je orang di dunia ni yang sombong tanpa sebab, atau tiba tiba benci orang kerana jeles orang lebih sikit dari dia sampai sanggup membuahkan cerita kotor dan mewujudkan kroni-kroni sesat sepertinya.

kesian orang begini, mungkin dia lupa.. Allah itu maha adil untuk menghitung perbuatannya dan maha pengasih serta penyayang untuk mencintai semua hambanya.

Jadilah sombong supaya boleh dikategorikan sebagai DONKEY ! heh..


jiwa yang bersyukur akan selalu merasa 'banyak' bahkan mengharapkan agar Allah meredhai 'keupayaan' yang sedikit asalkan ia telah diredhai tuhan..

Jangan menjadikan diri kita: "Ada orang mempunyai tetapi tidak menikmati" :)


thanks for reading bye

Friday, April 10, 2015

TRUST IN ALLAH..

hai Assalamualaikum... 
salam jumaat untuk semua...
hey.....i miss to write here..


"THEN WHEN U HAVE TAKEN A DESICION 
PUT YOUR TRUST IN ALLAH"

Banyak yang kita takut di dunia ini lebih -lebih lagi jika dalam kesempitan dan memerlukan sesuatu yang boleh membantu kita lalu menjadikannya baik sebagaimana yang kita mahukan, namun urusan hidup kebiasaannya tidak pernah menjadi seperti apa yang kita fikirkan..

Kita juga takut akan usaha yang telah kita lakukan tidak menjadi , adakalanya gagal dan menyebabkan kita malu untuk mengakui keadaan itu kerana mulut manusia terus bercakap tentang perkara aib, jaranglah mahu membela orang lain kecuali ada kepentingan di dalamnya.. Akibat itu, sesetengah orang sangat memperdulikan perkataan orang lain sedangkan yang memperjuangkan hidup adalah diri kita sendiri.

sering kali aku bertanya " hidup itu sebenarnya untuk siapa? untuk orang atau untuk diri sendiri?"

jika kita telah berusaha mengapa tidak kita YAKIN dengan allah? jika usaha itu tidak jatuh pada tempatnya, apakah bererti kita telah gagal? sedangkan tidak ada sesuatu yang sia-sia di sisiNya.

Dulu, aku sering berasa gundah , gemuruh, tidak ada keyakinan, takut dan banyak bersangka - sangka.. tetapi setelah aku memahami makna  'percaya pada qada & kadar' maka semakin hari aku semakin yakin pada Allah.

Kenapa aku perlu takut? sedangkan ZAT yang telah menyelamatkan aku sejak dari alam roh sehingga di dunia adalah DIA?

kamu tau, Allah itu maha bijaksana dan maha adil, Dia bekerja dengan cara yg kita tidak terfikir. tidak makan, tidak tidur, tidak memerlukan apa pun untuk menjadikan kerjanya senang. Bagi Allah , semuanya mudah. KUN FAYAKUN! semudah itu. Dia mempunya percaturannya sendiri yang mana mana kita juga tidak bijak untuk menilai kerja-kerja itu. kita sering bersangka buruk dan kurang yakin dengan tuhan.

Sejenak kita fikirlah , jika dia tidak mampu menjaga kita yg sebesar kuman ini........ siapa pula yang mampu menjaga SELURUH ALAM? maka YAKINLAH DENGAN ALLAH ! semua kita lidungiNya dengan adil dan bijaksana sekalian dengan sifat maha pengasihNya. Allahu akhbar walilallahilham.....

(cayoikkkkk mimi)

(tahun ni x sempat update pasal birthday.. 31.03.15 haritu.. banyak kenangan terindah tercipta mungkin tahun depan kita bersua lagi insyaallah.. )

Semoga tahun ini adalah tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya (dari segi ibadah, perhubungan silaturahim sesama manusia, rezeki, sikap tawaduk , percakapan , kerjaya- pendek kata kebaikan mental,rohani & jasmani) demi sebuah kehidupan yg lebih bermakna utk kbaikan dunia & akhirat buat kita semua. Aamin ya allah.. Terima ksh yg dah wish kt kita n mengirimkan doa. May allah bless you.. #muahciked .