Wednesday, June 10, 2015

nilaian untuk seorang gadis

bismillahirrahmanirrahim..
 
godek2 laman sosial ni memang best.. lagi2 bila sedang menanti seseorang.. kemana pergi sahabatku ini sehingga lepas satu post di blog ku ini.. :) penantian itu satu penyeksaan.. namun berbaloi penantian itu bila ada wifi.. old town memang best laju je keje.. hihi.. terjumpa satu blog dan tulisan adik manis ni.. wah memang manis berbunga2 sampai insaf hatiku... mari baca ayat kat bawah ni... (copy)

Mengamati setiap baris ayat ini..
 
 "Seorang gadis yang membiarkan dirinya dikerumuni, didekati, dan diakrabi oleh lelaki yang bukan mahramnya, cukuplah dengan itu hilang harga dirinya di hadapan Allah.."

Di hadapan Allah.. 

Di hadapan Allah..


*********

takutnya..
andai saya diuji untuk termasuk dalam kalangan mereka

Allahu Allah..
apa ertinya kehidupan andai Allah tidak meredhai?
tanpa manusia, kita masih akan kuat untuk berdiri
tapi tanpa Allah?

pesan Saidatina Aisyah kembali terngiang-ngiang di telinga..
"Sebaik-baik perempuan adalah yang tidak memandang dan dipandang oleh lelaki"
 
**********
 
 
eh eh.. rasa nak pakai purdah lah.... :) 

nanti kita continue.....

Monday, June 08, 2015

#justSaying

hai assalamualaikum...


Bismillah..

siapa kita di dunia ini yang terlepas dari ujian allah SWT ? ada hari kita gembira.. ada hari kita bahagia... ada hari kita sedih... ada hari kita resah.. ada hari kita kecewa dan ada hari pula kita pasti menerima segalanya walau apa pun bentuk keadaan ujianNya kerana semua yang berlaku adalah sudah takdir dan ketentuannya. tidak terfikir akal bila meratapi nasib sendiri... Betapa perjalanan hidup ini penuh dengan tanda tanya dan rahsia...


hari ini aku bicara tentang kehidupan
Tentang memperbaharui akad dan janji dengan Sang Pencipta
Dan selalu saja, setiap kata-kata itu meluruhkan apa yang ada di dalam jiwa..

Tentang lesu dan pudarnya warna di jalan dakwah ini adalah kerana keimanan yang masih compang-camping
Keyakinan yang sebenarnya juga masih malap
Sedang diri mengetahui bahawa kejayaan islam adalah satu kenyataan yang pasti..

Allah pasti akan menguji
Kita mahu tarbiyah? Nahh.. Allah akan hadirkan ujian sejauh apa kita akan tegar bersama halangannya
Kita mahu orang yang mahu bersama-sama? Nahh.. Allah akan hadirkan ujian sehingga akhirnya yang tinggal hanya mereka yang benar-benar mahu
Dan fasa kehidupan yang berubah.. Itu juga pasti akan di uji Allah. Sejauh apa kita berpegang kepada janji yang pernah dilafazkan dahulu..

Ramai..
Cintanya pada dakwah hanya seputar kehidupan di universiti
Ramai juga, seluruh hatinya hanya pada ketika dia masih seorang diri 
Tak kurang juga, perjalanan terhenti pada saat Allah menghadirkan kesibukan luar biasa kepada dunia saat bekerja atau punya keluarga..
Semua itu pasti akan diuji, siapa antara kita yang paling ahsanu a'mala!

Dan yang menulis ini juga jauh dari kepastian tentang apa yang akan terjadi pada masa hadapan
Yang ada cuma keazaman untuk terus berbuat
Dan memperbaharui akad yang telah lama dahulu dilafazkan kepada tuhan sekalian alam..

Formulanya hanya satu
Biar sekering apa
Dan di mana saja dikau berada
Teruslah bermujahadah dengan apa yang telah diyakini ini
Sehingga akhirnya biar Allah sahaja yang memberikan rasa dan mengakhiri kehidupan ini dengan taqdirnya yang terbaik.

 "Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?" (QS Al-Ankabut:2-3).

Terima kasih ya Allah untuk hari ini! :')

mintalah ketenangan dariNya.. pohonlah kekuatan hanya padaNya.. serahkanlah sedalanya di dalam ketentuannya.. Inshaallah semuanya baik2 saja :)

 my fav song. layannnn.....