hai assalamualaikum..
lamanyaaa tak hupdate... :D nak mula menaip pun ghase tergagap-gagap ni... aduhaiiii... ohya selamat hari raya aidiladha :) kan lebih baik jika kita lebih berkorban ke jalan allah. semoga bermanfaat untuk kita semua ya. in sha allah..
sebulan ni banyak betul perkara yang boleh menyentuh hati... ya allah semoga terus tabah dan kuat. pertamanya al fatihah buat nenek saudara (tokma). nenek yang sangat rapat.. semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan org2 yang beriman. aamin. pada hari yang sama juga 10/09/15 mama pula serta merta di masukkan ke ward kritikal. sakitnya pula makin menjadi2 .. ni tak tau lah sbb terkejut nenek meninggal ke apa. tapi ya allah hanya allah yang tahu duduk perkara yang sebenarnya mcmane nak cerita. tapi keadaan tu sangat mengganggu emosi. di duga dan di uji. di uji dan putus harapan. namun allah ada. sesungguhnya doa itulah paling mujarab dan pemangkin semangat. terima kasih kepada yang mendoakan juga. alhamdulillah mama kembali pulih. yang pergi tetap pergi doa sentiasa mengiringi.. tabah lah. ujian itu datang dan pergi. terima kasih kerana allah menguji. hati ini memang takkan kuat tanpa ujianmu. semoga menjadi semangat untuk hari mendatang..
lagi cerita yang mengganggu emosi :) sedihnyaaaaaa.... beberapa hari lagi kami akan berangkat pulang a.k.a pindah ke tempat yg 13 tahun kami tinggalkan dulu. bye KL. banyak kenangannya. namun apakan daya. mungkin bahagia dan hati baru ada di sana. nak kata gembira taklah gembira. nak kata sedih tak jugak sedih. tapi lebih mudah kita cakap... mengganggu emosi. hehe.. di luah mati emak. di telan mati bapak. semoga segala urusan di mudahkan oleh allah SWT..
terima kasih yang mendoakan dan menghulurkan bantuan ... hanya allah lah yang membalas segala jasa baik kalian.. smpai di sini dulu. nnti masuk rumah baru hupdateeeeee lagi hehe..
*letih mengemas adoi..
thanks for reading