Tuesday, September 24, 2013

PASAR CHOWKIT ITU MERIAH

Assalamualaikum...

Bismillah-hirahmanirahim
lamanya tak update. lupa dunia blogger itu satu kemestian.. :)
eh eh.. rindu macam lama tak jumpa kekasih hati lah. haha.. kuat penangan kan..

dah berapa lama tangguh nak citer pasal pegi chowkit. eh jakun gle rase mcm tak pernah masuk pasar. padahal masa kecik dulu slalu ikut mama pgi beli brg.. rase sangat mcm kegelian masuk chowkit pun nak tulis kat belog. (mesti kau kata macam tu) yang pasti ada di antara kita yang tak pernah masuk pasar. jangan nak menipu la.. kan kan.. :) jarang2 sangat jumpa anak dara nak masak dan beli barang kat chowkit :D dan aku pun rase beli sayur kat supermarket pun tak payah nak ssh2 kena lecah. lecah? maknanya air yg mcm dalam lubang tu. bau air ikan bagai. hehe... tu sebenarnya perkara biase bila kat pasar :)

apa yang seronok sgt masuk psar chowkit? ya ampun.......... murahhhnyaaa....buah sayur ikan... bukan murah je. macam2 ade.. aku pun tak sangka benda yang kadang2 tak terpikir and tahu pun ade kat chowkit. mcm2 ade lah senang citer.. kebetulan masuk chowkit aritu pasal nak cari sirih dan juga (bonglai). aku sendiri pun tak tahu apa nama tumbuhan tu. kalau anak dara boleh tahu benda tu memang bijak sangat la. tak pun dia memang unik gila.. kan kan.. tu org tua2 je tau. bentuk dia macam kunyit hidup. tapi bukan wane kuning. bonglai tu ade jugak kot org buat masak. entahlah.. pengetahuan mcm tu aku kureng ckit. aku cari ni untuk buat ubat. bukan untuk masak :)

ada satu tempat yangsangat menarik di chowkit ni sempat aku snap snap!. memang teruja sbb mcm2 ada kat tempat dia. katanya bila ade org bersalin nak cari rempah2 untuk kecutkan perot ke amenda la dia cakap pun ade. hehe.


apa yang korang nampak itulah dia.. ade ibu kunyit. sebesar2 kunyit pun ada. ni lagi satu temulawak.. aku pun x sangka ada jual. ingtkan product muka je nama temulawak. rupenya mmg hasilnya daripada tumbuhan tu... kagum...
 

itu dia sireh yang aku cari. fulamak. banyak dan segar la... sebenarnya sekarang aku tengah mulakan perubatan resdung. jadi tiap2 malam kena makan sireh.  ah macam org tua lama la pulak aku ni. tapi nak tak nak. terpaksa jugak la. pedasnya bukan main. nak baik punya pasal kena la berubat. muka pun dah tak nampak macam muka. jadi sangat rumit untuk di pikirkan lebih baik kita merawat. sejujurnya perlbagai cara dah aku ubat muka aku ni untuk kurangkan jerawat dan juga resdung. ada yang penah klua lendir2 tu semua. tapi hasilnya sama juga tak bekesan. jadi yg lebih kita cuba pula cara tradisional. i really hope sangat bekesan dan bertahan. dan baik.. haih itu yang penting lah... ssh nak cakap.  erm.. masuk arini da seminggu aku makan sireh. alhamdulillah. setakat hari ini.. lagi di tambah air penawar untuk hilangkan kegatalan mmg rase satu kesyukuran sbb jumpa ustaz ghani.. :)
cakap punya cakap... dah namanya berubat mesti ade pantang larang.. 3 bulan berpantang ayam. TAK BOLEH MAKAN AYAM! OMG.. thts my fav! :( sad..maknanya tahun depan bulan 1 baru aku boleh makan ayam..... itulah pekara yang tak dapat terima tapi haih... kena jugak.. nak cantik punya pasal.. hihi... nanti i olls tunjuk muka i olss kat u olss ya.................... ;) (ni bukan nak menunjuk. ni nak sharekan untuk semua.. kalau ade yg kena same mcm i olls tolong bagitahu.. sharing is caring rite )



ni aku tak ingt apa yang dia cakap aritu. tak tahu benda apa ni :) tapi mmg unik gle.. cuba tengok. biasanya kat kg je ada ni kan kan. aku tengok macam pokok kelapa yg jadi anak2 tu. haha.. yg belum besar la maksudnya tu.. :)


tengokla mama. macam2 dia beli tau. mula2 nak cari barang yang perlu je. habis dia beli limau la.. kunyit la halia...serai. aduh.... org perempuan yang suka masak memang macam tu agaknya :) tapi bila balik rumah semua tu memang berguna smua :) salute mama yang selalu prihatin dan pndai dalam menguruskan keluarga.. shes everything...


gila tengok buah... murah gila2 :) macam2 buah ade.. sebut je.. naga rimau semua keluar. haha... hebat CHOWKIT!

teruk nampaknya tu kan... :(

 berminyak. ruam2 kecik. smua ada... :(


pengubat hati nan lara. hehe.. insyaallah semuanya akan lebih baik selepas ini.. jangan lupa pergi chowkit kalau nak cari brg2 mcm tumbuh tumbuhan yang kat kg kg tu. semua ade kat sane.. di sanalah pengubat. jangan nak geli sgt lah. pui pui. hehe..

thanks for reading.

Monday, August 19, 2013

EID MUBARAK 2013

Assalamualaikum...

Rasanya belum terlambat untuk ucapkan selamat hari raya... di kesempatan yang jarang2 ada ni saya syamimi Hasli selaku teman cyber anda ingin memohon maaf jikalau kata2 saya di ruangan belog saya ni ade kata2 yang menggores perasaan disengajakan atau tidak. lebih elok jika kita boleh berjabat tangan.. katanya lebih elok sebab antara dicelah2 jari itu akan terhabus dosa kita sesama insan. mungkinlah....  (muahaha... semoga hadir dalam mimipi ya)

im looks like vain! sebenarnya rasa mcm tak percaya kita ni dah masuk 12 syawal rasanya... puasa sekejap raya sekejap. aduh hari berganti hari rasanya cepat sangat waktu berlalu... mohon kita perbanyakkan amalan kerana bimbang kita skrg berada di akhir zaman. (bukan cabul mulut tapi itu kenyataan) malah masih banyak kekurangannya daripada kelebihan.

RAYA datang lagi! bersyukurlah. ramadhan pergi dengan penuh hormat syawal datang dengan harapan membawa kebahagian. alhamdulillah raya tahun ni seperti tahun lalu kami balik teregganu. mane lagikan dah kgnya disitu hehe.. best sebenarnya terengganu wlupun zaman dah moden tapi tradisi kg tu masih lagi terasa. masih lagi melihat budak2 bermain mercun,tanglong, bunga api, dan jalan rmai2 mintak duit raya. tu semua proses dari sejak azali lagi... dan mungkin hanya di kg dapat aku lihat kejadian itu... mungkin tak semeriah dulu tapi raya datang kena raikan jugak.. setahun sekali katanya... apa kata kita lihat proses melaram pula!! oh ni topic paling best rasenya... raya kalau takde baju pagi tu memang tak sah.. nak nak lagi keluarga aku. memang semua gila melaram. dari kecik sampai la mak2 nenek2. bahahaha.... (teruk jugaklah diorg punya fashion sanggup habis duit) wahh gituu.. curlasss tak! haha *_^



tema kami warna peach!! jadi hendak tak hendak memang kena pakai sebab baju sponser by Amir mirza (abglong kita) alhamdulillah rezeki dia rezeki kami juga... menjadi seorg pereka fesyen baginya turut mengundang resah bagi kami kot2 tak siap baju org time raya. tgk baju kami ni sudah lah.. malam raya baru tampal batu sworoski! sabar jelah...... baju org bagi kita terima jelah.. baju ni satu sen pun aku tak klua duit. untungnyaaaaaaa..... semua ditanggung beres oleh abglong syg.. kalau tempah ade dlm 700rm kot sbb dia pkai french lace kat tangan tu... TERIMA KASIH daun keladi ade nak lagi... hahaha...


tak tahulah oke ke tak oke... memadailah jika ia selesa dan tak panas. sbb nak pegi raya bukan sekejap dan satu or dua tmpat.. ambik masa dan terengganu tak mengizinkan pakai tebal2.. panas okehh... untuk ini... gred A kita bagi sbb selasa dan nampak sangat ayu kita pkai baju ni. hahaha (perasan dan sila muntah)


besornya muka.. hehe... ni tudung ni by Ariani.. aduh sangat suka... cukup lah ade satu sbb dia mahal sangat... x nak ckp la harga ! nanti pecah tembelang.. mak kita tak tahu tau tau.. hehe..

sakan tak sakan tak tau lah raya tahun ni.... ni tgk!!





yang di atas semua sepupu sepapat belah mama... diorg semua happening... diorg semua best ! love!

sibling~



cukuplah setakat raya pertama. kalau nak ikutkan gambar mmg smpai raya ke 10 haha.. nanti org boring pulak.. action begambo je.. haha... tapi itulah.. my family is my everything.. perfect bersama mereka. saudara mara sekalian alam. i love you.. 

eh eh eh. rupanya ade permintaann..... jadi untuk tidak mengecewakan saya sertakan gambar raya kedua dan ketiga ya.... bukan main2 la ni kawan aku yg duk kat india tu dia yg suh cpt2 update belog nak tgk sgt kononnya.... kawan aku bukan india. dia nama tania (org melayu) belajar kat sana. haha. (my princess tgk aku annoucement nama kau.. bawak balik kain sari pls pls)


baju kurung ni beli yg siap je. beli kat great eastern mall jln ampang. d'rias boutique... material best tak payah gosok. cincai jelah kan aku ni pemalas skit bab2 gosok menggosok...



ni sepupu yg slalu meletop kebaboom.. semua dah berpunya harap maklum! haha..


last pict raya ke3..  ni bersama kawan2.. nak beli sutera beli ngan mereka.. muroh! muroh ! je.. harga bole runding. katanya.........hehe...

oklah.. semoga kita berbahagia walau dimana jua kita berada... insyallah panjang umor kita jumpa lagi mohd syawal bin aidilfitri tahun depan. hehe... sungguh bertuah kehidupan  di kelilingi org2 tersayang. semoga awk semua juga begitu...

Buat abah yang beraya di perantauan (russia) maaf zahir dan batin. rindu nak raya dengan abah. tapi gambar yang abah hantar sambut raya di sana  cukup buat hati kami gembira. abah pun turut bahagia di sana. terima kasih allah... 

SORRY this entry takde cakap pasal makan. perasan tak? haha... saje. makan pun kurus kering jugak.  malas nak ckp.. hahah (jahat kan)

jumpa open house nanti kawan kawan KL..

thanks for reading !
love.

Thursday, July 18, 2013

UJIAN DAN DUGAAN. RINTIHAN DAN HARAPAN

Assalamualaikum....

alhamdulillah.. masuk hari ni da 9 hari kita menjalani ibadah puasa. itulah pejam celik pejam celik memang tak terasa pun.. allah itu maha mengetahui segalanya... setiap hari yg di lalui adalah percaturan hidup yang kita sendiri tak dapat nak gambarkan bagaimana semalam kita laluinya.. ~ take it easy. allah maha mengetahui segala-galanya...

tertanya tanya sendiri rmai org post puisi dan seperti coretan seseorg kepada seseorg kat ig (instagram)..  memang kuno aku ni. apa2 mesti last2 baru tau... :) malas lah nak bertanya org. malu pun ade. jadi perkara yang senang dan menyenangkan aku akhirnya aku search kat cik google je! (penyelamat keadaan) yes! i told u... i did.. n i find something...
aku bukan bzbody nak ambik tahu hal org. cukup aku katakan sekadar pengisian dan perkongsian. perkongsian dari hati ke hati.. lebih tertarik untuk di kongsikan di sini kerana kata2nya yang ckup bermakna dan menarik perhatian.. 

Secebisan ini adalah dari hati kecil Dayana. Dayana,  1st wife Asyraf Muslim...

"Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand "
Sungguh ! Beratnya memegang kasih dan cinta pada seorg suami ! Berdoa agar jodoh dia mmg milik aku seorang smpai mati dan sungguh ..andai jodoh dia tetap ada bersama org lain , aku akan terima dgn terbuka dan terus kuat mcm yg mami lakukan !!

Percaya pada jodoh ! Percaya pada ketentuan ! Menangis air mata darah pon kalau takdir dah begitu..kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri !!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah...mudah menyebut kun fa ya kun...

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah...
Kerana satu dunia tahu

Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan..
 
agak sedih membaca nurkilan itu.. mungkin juga rintihan. mungkin juga nurkilan. dan mungkin juga puisi untuk meuahkan rasa hati.. berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. hanya itu mungkin yang terluah.. semoga semuanya akan baik2 saja selepas ini... BE STRONG DAYANA.. 
 
 
walk like nothing happen. nothing problem.. eh tapi dalam hati siapa yang tahu. berdoalah yang baik2.. semoga allah makbulkan di bulan yang mulia ini :) amin.... 
 
thanks for reading :)