Monday, January 17, 2011

DALAM HATI ADA CINTA

salam ceria untuk semua...

jangan terperanjat kali ini masih lagi dalam mood aku bercerita soal cinta! patutla kan ramai di antaranya selalu mengatakan aku seorg yang jiwang..hahaha.. not really actly! just like... about LOVE STORY! tak ada salahkan.. hehe.. tak ada bf x semestinya buta cinta.. untuk mencari yg terbaik kita harus jadi yang terbaik terlebih dahulu...
Ok! jangan boring ya bila aku berbicara.. ini semua tips untuk kita.^ _ *

SUKA VS SAYANG

 
RAMAI YANG SERING TERPERANGKAP DENGAN DUA PERASAAN INI. DARI DASARNYA MUNGKIN NAMPAK SAMA TETAPI SEBENARNYA JANGAN TERSILAP, IA SAMA SEKALI TIDAK SAMA! SUKA BUKAN BERERTI SI DIA CINTA DAN SUKA JUGA BUKAN BERERTI SI DIA SAYANG. DALAM PERHUBUNGAN , SUKA BERERTI SI DIA SELESA BERKAWAN DENGAN KAMU. SELESA DGN PENAMPILAN KAMU, SELESA BERBUAL DGN KAMU & SELESA CARA KAMU MELAYAN KELUARGANYA. CINTA JUGA BEGITU TETAPI BEZANYA APABILA DALAM HATI PENUH RASA CINTA, APA SAHAJA YANG KAMU LAKUKAN SENTIASA BUAT SI DIA RASA SENANG & BAHAGIA. MALAH KEKURANGAN YANG ADAPUN DIRASAKAN SATU KELEBIHAN. JADI, HATI-HATILAH !! JGN TERTIPU DGN LAYANAN BAIK SI DIA KERANA MUNGKIN DIA HANYA SUKAKAN KAMU TTPI TDK PERNAH MENCINTAIMU. NAK TAHU APA PERBEZAAN LEBIH LANJUT DUA PERASAAN INI???ok....

          -baca pakai hati...~       

SUKA
  1. si dia melayan kamu sama seperti teman-temannya yg lain hinggakan tiada langsung keistimewaan utk kamu. aktiviti kamu berdua lebih banyak kpd berseronok & bergembira shja krna itu tujuan sbnar si dia berkawan dgn kamu utk mnghiburkan hatinya..
  2. si dia tidak pernah rasa bersalah apabila menyakiti hati kamu..
  3. si dia mengelak & tidak suka berbicara ttg masa dpn apatah lagi soal hubungan kerana ternyata si dia masih belum yakin dgn kamu.
  4. si dia bawa kamu kemana-mana termasuklah ketika berkumpul bersama teman-temannya tetapi ada waktu-waktunya atau dgn org-org tertentu si dia malu utk membawa kamu malah klu boleh tdk mahu menampakkan kamu & dia rapat bersama.
  5. apabila kamu sakit ataupun bermasalah si dia mendengar ttpi sekadar mndgr tanpa ada sebarang tindakan ataupun bantuan.
  6. si dia sukar utk menerima kekurangan yang ada pada diri kamu sehinggakan kamu takut untuk menjadi diri sendiri apabila bersama si dia, sebaliknya kamu cuba jadi seperti yg si dia mahukan.
  7. apabila si dia dalam kesusahan , kamulah tempatnya meminta pertolongan. semasa inilah si dia akan melayan kamu sebaik-baiknya & waktu ini jugalah kamu akan rasa si dia sangat sayangkan kamu. walaupun pada hakikatnya tidak. si dia sukakan kamu kerana boleh jadi kawan yang baik ^ _ ^  
SAYANG 
  1. si dia begitu mengambil berat tentang diri kamu terutama apabila kamu sakit & bermaslah . bukan itu sahaja si dia membantu kamu tanpa mengharapkan sebarang balasan & kerana itulah ada ketikanya kamu sendiri tidak tahu yang si dialah yg membantu kamu.
  2. sekiranya ada teman-teman atau sesiapa shja yg cuba memburukkan kamu, si dia pantas mempertahankan kamu.
  3. si dia tidak suka sekiranya kamu berpakaian seksi ataupun sengaja menunjukkan bentuk tubuh badan kamu pada org lain. bukan kerana cemburu tetapi kerana si dia tidak mahu kamu jadikan bahan diketawakan ataupun dipersendakan.
  4. si dia sentiasa akan berterus terang dgn kamu termasuklah soal perasaannya.
  5. si dia tidak akan sesekali menyakiti perasaan kamu malah setiap kali si dia meninggikan suara ataupun memarahi kamu setiap kali itu juga si dia akan menyalahkan diri sendiri.
  6. si dia tidak malu untuk untuk memperkenalkan kamu sebagai insan istimewanya pada sesiapa shja malah klu perlu meletakkan dirinya serendah-rendah pun si dia sanggup utk memberitahubetapa  si dia mencintai kamu..
  7. setiap kali keluar bersama si dia akan pastikan hari tersebut buat kamu berdua tidak sia-sia.
  8. selalu bercerita tentang masa depan & mengangan-angankan sebuah kehidupan bahagia.

Sekilas cinta !!
: "when you realize u want to spend the rest of ur life with a person,
u want the rest of ur life to start as soon as possible" 
-petikan dialog dlm filem when Harry meets Sally .


sumber yang di catatkan di atas sedikit sebanyak 'copy paste' from majalah remaja..
memang itulah realiti. kita tak tahu bila org suka & sayang kita. apa salahnya kita ambil sedikit sebanyak semoga menjadi pilihan yang terbaik di masa akan datang.. 
jangan pula terlalu percaya dgn kata-kata di atas. tak semua prinsip seseorang tu sama. terkadang yang suka itu akan jatuh sayang... 


Syamimie

No comments: