Friday, January 14, 2011

-----> HAKIKAT SEMALAM, HARI INI & ESOK...


 tinta buat semua yang berkongsi rasa...

salam semua....
Semalam adalah kenangan .. 
hari ini adalah kenyataan. 
esok adalah impian. 

setiap insan inginkan kepastian, kenangan untuk di simpan, kenyataan untuk di hadapi...
impian untuk di angankan. kadang-kadang kenangan hendaklah 
di lupakan untuk menghadapi kebenaran kenyataan supaya impian yang di angankan menjadi kepastian. kenangan pahit jadikan peringatan, kenangan yang mudah jangan di pandang remeh.. 
kenyataan yang sukar jangan di ketepi kan. impian menggunung memakan diri. tiada impian ibarat tiada sasaran. tidak kira semalam. 
Hari ini & esok. semuanya berkaitan umpama sebuah roda yang berputar .. 

Hari ini boleh menjadi semalam. 
Esok sudah tentu menjadi semalam.. 
Namun semalam tidak akan menjadi hari ini & esok 
kerana lumrah alam, masa tidak boleh di ulangi kembali untuk memberi peringatan kepada insan memperbaiki diri. di setiap langkah perjalanan menghargai detik & ketika agar tidak menjadi sesalan. manusia sering alpa hakikat semalam, hari ini & esok kerana keangkuhan menguasai diri & fikiran...

: wahai masa depan...
"engkau masih dalam keghaiban! maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada.. kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu: esok hari adalah sesuatu yang belum di ciptakan dan tidak ada sesuatu pun darinya yang dapat disebutkan"

adaptasi daripd buku best seller 'don't be sad'...
: janganlah engkau berputus asa.. kerana putus asa itu bukanlah alasan seorang seorg muslim. ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin & impian hari ini adalah kenyataan hari esok...

~renungan untuk semua....
 Syamimie
 

No comments: