Kau bukan bulan tapi aku hairan merasa kalbu ada Cahaya rindu...
akukah yang menjadi pungguk???
kau juga bukan bintang. mengapa nampak indah..
Ahhhh! kau selalu curi mataku
sehingga aku jadi sang pemuja..
jangan salahkan aku...
ada aura mengetuk jendelaku yang berebentuk hati
katanya 'KAU ADALAH PUTERA RINDUKU'
kadang-kadang kita terlupa kita pernah gembira bersam dia..
kadang-kadang kita terleka yang dia selalu buat kita tertawa
kadang-kadang kita tersenyum kerana dia buat kita bahagia..
adakalanya kita menangis kerana telatahnya membuat kita merinduinya..
orang itu adalah orang yang berkongsi
SUKA & DUKA bersama kita...
Senyumanmu bagai dingin pagi yang bisa melenakan..
mendamaikan hati yang bergelora.. aku ingin terus lena di buai mimpi indah.. mimpiku untuk memilikimu selamanya.. apalah dayaku.. aku hanya pencinta rahsia.. aku tidak rela di kejutkan dengan guruh yg memancar dari bibirmu.. bahawa aku hanya menjungjung angan-angan..
sungguh demikian aku pasti pelangi akan kunjung jua. bahkan sirnanya lebih indah , lebih pesona dan membahagiakan . maafkan aku andai tika itu kau tiada lagi di hatiku... :)
~kadangkala ALLAH sembunyikan matahari, dia datangkan petir & kilat. kita menangis tertanya-tanya kemana hilangnya sinar. Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi... ~
indahnya HIDUP...
*syamimie
No comments:
Post a Comment