: Kesatlah airmatamu wanita..
( mungkin ya, akulah wanita itu...)
Assalamualaikum pembuka bicara....
'jangan sedih... jangan duka.. senyumlah.. kerana senyuman anda pengubat buat saya'
semoga anda yang sudi membaca blog ni berada dlm keadaan yang membahagiakan. anda bahagia, insya-allah saya akan turut bahagia. TERIMA KASIH kerana tak jemu2 sudi membuka dan masih setia membaca nurkilan yang sedih buat kesekian kalinya. bukan pinta saya untuk menceritakannya. namun hati yang tak tenang telah terpanggil utk membuka lembaran buat kali ini. entah mengapa perasaan itu hadir lagi... berkongsi dgn blog sedikit terubat dengan kesedihan yang menimpa. tidak tahu apa puncanya. namun kehidupan ini seringkali menguji.
ALHAMDULILLAH!.. bukan suka kerana mendapat kesedihan ini namun dalam tak sedar sebenarnya ujian dan dugaan ini adalah membuka mata saya selangkah mendekati ALLAH.. mengapa?? kerana.. tanpa ujian mana mungkin kita akan masuk syurga walaupun saya bukanlah manusia yang sempurna.
"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah. (insyaallah suatu hari nanti)
'Titis-titis air hujan bersatu dengan manik airmata yang kian lebat. ( kebetulan hujan sgt lebat sebentar tadi) Tak tahu mengapa dan apa yang membuatkan dirinya menangis. Yang pasti, saban hari dirinya meratapi. Walhal, dia tahu apa yang terjadi tak mungkin dapat diulangi. Mungkin dahulu dia sudah terlalu bosan membelek novel-novelnya. Sama ada suka ataupun duka pada akhirnya. Tapi, bila terkena batang hidung sendiri, betapa hancurnya perasaan. Bayu memberhembus membawa sama memori semalam.'
tak tahu bagaimana ingin aku mulakan cerita., yang pasti hati ini sedang berduka... (jgn salah tafsir lagi) bukan kerana kekasih. ( hati ini belum di miliki... )
satu je perlu aku tahu.. kenapa mesti & perlu adanya dia dalam hidupku?? sedangkan kami adalah 2 manusia yang berbeza ! satu hal yang harus kau tahu. aku tak mungkin jadi dia. & dia tak mungkin jadi aku..
' Don't ask if Im ok! just always know that my smiles arent't for real.. i have been broken too many time! ' im not very sure with my feeling rite now.. & i really hope its back to normal after this..
BENCI?? aku tak mungkin memusuhinya. aku bukan manusia yang kau sering maksudkan itu. seboleh & sehabis daya aku menyakin kan dirimu...sungguh aku sgt terguris bila kau jua menangis kerana aku. apa salah ku sehingga kau berpihak pada dia? jahat ke aku di matamu setelah sekian lama kita berdayun bersama meredah lautan gelora ombak yang mendatang. terkilan dgn perubahan yang melanda dlm hati kita. mungkin tanpa aku sedar apa yang kau katakan itu benar. aku sebanarnya salah.. salah dalam segala hal yang aku kira itulah yang terbaik buat kita. ahhhhhh!... fikiranku bercelaru.... aku tak mampu untuk berkata apa2 lagi.. cukuplah hanya di sini... aku sekadar meluah melepas rasa.
Mungkin aku mudah tersentuh dan menitiskan air mata di mana-mana.
Wanita insan lemah. Namun aku teruskan hidup dan jadikan kisah itu terpendam dengan dalam dan sebagai pengajaran.
: sharing is caring by : some notes i'll share from www.tentangccinta.com.tq. we hve a same heart..
Syamimie
No comments:
Post a Comment