Sunday, April 10, 2011

SENYUMLAH UNTUK HARI INI....

"Di saat kita menangis kerana tidak mampu membeli sepasang kasut
ketahuilah, ada orang lain yang sedang menangis kerana tidak
dapat memakai sepasang kasut"


Assalamualaikum...

bukan perihal kasut menjadi punca dan tunggak utama aku nak ceritakan pada malam yang kelam ni.. sungguh malam ini sangat sayu... dingin yang mengcengkam mencecah hingga ke tulung sum2 ku :) entah kenapa sejuk semacam.. tak ada angin. tak ada ribut. hujan pun tak turun-turun... pelik tapi benar.. itulah yang aku rasa...

bagaimana nak mulakan cerita ni.. aku sendiri dalam kekeliruan. namun dalam keresahan yang menerpa aku cuba jua mencari maksudnya, maknanya... harus bagaimana lagi sedangkan yang ada di depan mata cukup memberi tafsiran bahawa diri ini mmg layak untuk memahami keadaan yang sebenar...

Andai perjuangan ini mudah pasti ramai menyertainya kan. anda perjuangan ini menjanjikan kesenangan pasti ramai yang tertarik padanya. tapi.. hakikatnya perjuangan bukan begitu mudah , turun naiknya, sakit pedihnya, umpama kemanisan yang tak terhingga. andai rebah bangkitlah semula. andai terluka ingatlah janjinya...

mungkin semalam aku terluka.. tapi hidup ini mmg berputar. mmg dunia ini ada roda yang tak mampu kita lihat & pandang dengan mata kasar. hari ini aku gembira. biarpun bukan seperti kalian yang gelak ketawa. tapi hari ini aku mampu tersenyum... dulu.. aku sering fikirkan. akulah insan yang rebah itu. insan yang sering gundah hatinya... :) aku selalu berandaiankan. ishkkk.. itulah penangan si fanatik pembaca novel yang sering aku bawak sampai sekarang. berangan...  hadoiii.... :P hehehe.. yang satu itu memang sukar untuk aku singkirkan... maaf! =)

cuma satu aku nak war2 kan..
andai ada ruang kita mampu berbahagia.. dakaplah ia... sanjungilah ia.. kerana ada lagi yang masih menanti untuk mengecapinya... 

melangkah itu mudah. namun mencari arah itu yang terkadang payah. mencari jalan itu mudah, namun memahami destinasi itu yang susah. menyusuri susur itu mudah namun menuju noktah itu pasti mendatangkan lelah. dalam semua ini.. menjaga istiqamah itu paling susah, payah & lelah. namun DIA amat faham bagi hambanya. dia tidak meminta manusia menjadi yang terbaik hanya perlu untuk melakukan terbaik. meletakkan sandaran dan keyainan penuh kepadanya. lantas nescaya dia akan menguruskan yang selebihnya agar yang terbaik itu menjadi milik manusia. moga perjalanan kita sentiasa dalam Lindungan Allah S.W.T =)

renung & fahamilah.. 
mari kita senyum ramai2 buat hari ini. moga kecerian akan terasa hingga ke pelusok dunia... :))

Syamimie


No comments: