assalamualaikum =)
happy weekend buat semua. alhamdulillah cuaca hari ni baik-baik saja. tidaklah seperti semalam gayanya seperti dapat mala petaka bila hujan lebat, skali dengan ribut petir. amat menakutkan.. pokok, canopy yang terpasang di garaj..tak usah nak cakap.. semuanya lintang pukang gara-gara angin yang sangat kuat. itulah.. kejadian tuhan yang baru aje sedikit d' tunjukkan pada ku. :) bersyukurlah dalam keadaan apapun...
Saturday or Sabtu..... memang tak ada apa nak buat selain tunggu call dari kawan-kawan untuk keluar. malangnya call pun tak de ape pun tak der. sudah-sudah bersantai ajalah di rumah.. hehe.. its ok. mereka dah awal2 bagitahu. i dating lahh mimi :) .. dah pertengahan petang ckit tu pndai-pndailah pula ajak mama ke gerai pisang goreng di tepi jalan danau kota tu.. pekena laksa penang.. perghhhh... memang best =) huu.. jgn meleleh air liur kat sini ya. :) tolong pegi meleleh tempat lain! haha... seterusnya destinasi kedua kami adalah pergi beli brg serba sedikit untuk memasak malam ini .. masak ape? entahlahh.. kata mama.. buat ajelah ape yg mim nak makan.. (aku lagiiii !! ) korang tak tahu sebenarnya dalam kemalasan aku pun sebagai pempuan aku tetap rajin ke dapur.. masak :D tau!! ko ada?? hehe... ala... bila di suruh aja.. kalau tak ..... harammmmm!! hahahaha......
eh eh.. menyimpang ke arah lain dah ni. sebenarnya aku ada story lain yang nak share. sorry kalau korang rase aku tak cukup bagus & besar untuk membicarakan perihal ini.. ( aku tahulah bdn aku tak besar besar. haha) tapi aku tak teragak-agak nak share jugak. :) tak kisahkan? bila sesuatu yang menarik kita kongsikan bersama.... aku terbaca & ada juga perkongsian ini aku terima email dari seseorang ... sebelum ini & sebetulnya aku memang banyak membaca.. 'membaca dari segi ape?' 'bahan bacaan apakah??' hmmm.. aku tak kisah... semua pun aku layan. janji bermanfaat kan. dan bahan bacaan aku juga termasuklah ilmu berkaitan alam rumah tangga. ohhh!! haha.. :) nampak macam gatai sgt ke ek baca buku berkonsepkan itu?? haha.. tak lah.. sebenarnya kita perlu tahu ! sebab dalam rumah kita pun terkadangkala terjadi sesuatu perkara yang di luar dugaan.. insyaallah emosi tu mampu kita tangani walaupun badai datang menjengah hadir... huhu. cewah cewah! macam pakar motiwasi plk kan... hahahaha... :)
perkongsian ~
" sesungguhnya alam ini terasa indah kerana ALLAH menciptakannya berpasang-pasangan. Ada siang ada pula malam. ada tempat yang subur, ada pula yang tandus. ada gunung-ganag yang tinggi, tetapi ada juga lembah dan lurah yang dalam. ada lelaki dan ada pula perempuan.
ALLAH menciptakan pasangan untuk manusia agar mereka dapat seiring sejalan, berbahgia suka dan duka serta tetap bersama dalam melayari kehidupan yang penuh dengan onak, duri, dugaan, tentangan dan cabaran demi mencapai matlamat mendapatkan keluarga sakinah mardatillah.
selain ketenangan dalam pernikahan, ALLAH juga menciptakan mawaddah dan rahmah di hati suami dan isteri. mawaddah ialah rasa cinta berdasakan syahwat kemanusiaan, iaitu keinginan untuk melakukan hubungan suami isteri yang akan melahirkan dan mengembangkan keturunan manusia.
mawaddah ini ada hadnya seiring dengan umur manusia itu sendiri. apabila usia semakin meningkat , maka mawaddah ini akan berkurangan. Lalu, pada saat inilah ALLAH akan menimbulkan rahmah atau kasih sayang yang suci murni di hati pasangan berkenaan..
menurut Prof. Dr. Hamka, rahmah lebih tinggi kedudukan daripada mawadah kerana kasih mesra antara suami isteri yang bukan lagi berasaskan leinginan syahwat, sebaliknya rasa kasih sayang murni yang tumbuh dari jiwa yang paling dalam sehingga suami isteri merasakan kebahagian yang tidak bertepi dan ketenangan yang tidak berbatas. pada tahap ini, mereka ingin mengisi hari-hari akhir dengan beribadah dan mendekatkan diri kepada ALLAH sedekat-dekatnya secara bersama-sama.
ALLAH akan menurunkan rahmah dalam satu keluarga apabila keluarga berkenaan dibina atas niat mencari keredaan ALLAH. oleh itu, dalam proses membina sesebuah rumah tangga, Rasulullah s.a.w memberikan bimbingan kepada umat islam agar memilih pasangan kerana empat prisip , iaitu kecantikan , keturunan, kekayaan dan agamanya. akan tetapi tetapi Rasulullah s.a.w memberatkan agar agama menjadi keutamaan...
Ada kalanya orang memilih pasangan kerana kecantikan dan kekayaan sehingga mereka lupa bahawa kecantikan dan harta bersifat sementara. begitu juga dengan keturunan dan nasab tidak selamanya menjamin kebahagian. oleh sebab itulah , rasulullah s.a.w menyuruh memilih pasangan kerana agama sebab kekurangan dalam rupa , harta dan nasab atau keturunan akan disempurnakan oleh agama.
wanita yang beragama akan timbul di wajahnya kecantikan yang lahir dari jiwanya dan menyinari segenap tubuhnya, bukan kecantikan palsu yang diselaputi solekan. wanita yang beragama juga akan melahirkan sifat gana'ah, iaitu berasa cukup dengan yang mereka miliki dan tidak terlalu memaksa diri untuk mencapai sesuatu. sifat inilah yang dikatakan oleh ahli tasawuf dengan kekayaan yang sebenarnya.
agama pula membezakan seorang manusia dengan manusia yang lain, bukan kerana keturunan dan kedudukan seperti firman ALLAH yang bermaksud:
"sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi ALLAH ialah orang yang paling takwa.
Oleh itu, keluarga yang dibina atas dasar agama ini akan memiliki matlamat yang jelas. bagi mereka , hidup di dunia ini hanyalah satu jalan menuju kehidupan akhirat yang abadi sehingga apa pun yang mereka lakukan dalam keluarga itu tidak keluar daripada tujuan asal untuk mencipta keluarga sakinah yang diredai ALLAH dan berjuang untuk menegakkan agama ALLAH dalam semua aspek kehidupan mereka"
banyakcakap: alamakk!!! ya allah aku tak sedar dah masuk waktu maghrib. masyaallah.. ishk2. okayh. cau dulu!! dhaa...
sharing is caring
No comments:
Post a Comment