Thursday, August 18, 2011

HATI CUMA RINDU

Salam 18 Ramadhan...

semoga masih kuat untuk menempuh hari2 mendatang...  alahamdulillah buat aku.. aku harapkan u olls jugak begitu :) jarang2 update. sebab semakin busy 2,3 harini... alaaa.......aku update ke tak update ke maybe takde kisah sgt bagi u olls kan. he. entah ada entah kan tidak si pembacanya. tak apalah .. pape jer laaa.... janji aku puas bila smpai kat ruangan ni dan jari segera meliuk lentok :) huhu... eh eh...berapa hari lagi erk?? dah tak sabar ke nak raya?? mcm aku mmg laa.. haha.. asyik tgk calendar membilang hari. huhu. x semangat mane pun nak raya tapi janji dapat makan best2 dah kira oklahhh tuh kan. hehe. nak sangat lah gemok katakan.. kepala otak asyik ingt mkn je... haih... 

ayoyo! menyimpang jauh la pulakk daripada topic kat atas tu.. mood raya semakin menghampiri.. memang xde cakap lain lah kan.. apa2 pun raya tetap raya. tapi apa pula kaitan nya bila Hati Cuma Rindu... mari kita ulang... Hati Cuma Rindu ?? :) hehe.. saja.. sebaris ayat tu aku suka. salah ke? atau ada yang pandang serong plak. cakap tak de BF tapi rindu kan main lagiiiiiii.. cewahh.. :) hmmm....mengata lah tu... aku rinduuu... laaaa... pada seseorg yang jauh di mata.... bukan sape2 pun pada aku.. tak tahu lah nak cakap mcmane... resah hati.. sepi jiwa.. kena tak dengan lagu yang aku on kan skrg ni.. (yuni shara-sepi) hehe.. kena sgt lah tu kan...



hanya di hati......
"aku insan sepi yang cuba mencoretkan lukisan indah hidupku.. 
namun aku akur aku bukan pelukis kerana ternyata
aku tak setanding yang lain
lalu terbiar lukisan itu di sudut usang
tanpa ada yang memerhati tanpa ada yang cuba memiliki
aku mohon pengertian ...
lukisanku juga penuh makna
selamilah, bukan sekadar tersenyum sinis, amatilah bukan sekadar menjeling
kerana pasti kau akan tahu betapa rindunya hati ini
mengharungi sepi2 di sepanjang liku tanpamu
itulah sebuah perjalanan hidupku ....."

aku bukan menyalahkanmu.. aku cuma rindu.. segalanya tentang dirimu, walau rindu ini menyakitkan entah kenapa aku masih bertahan. dan sepanjang waktu itu , aku berharap walau hanya sekali kau pernah mengingati aku, kerana aku tidak pernah sesekali melupakanmu walau sehari dalam hidupku.. Tuhan.... sygnya kita tak pernah bicara krna aku ingin sekali bertanya dan tahu jawapnnya.. cinta ini sesungguhnya satu keabadian namun mengapa ia harus tak kesampaian.......

banyakcakap: adoi. kenapa aku jiwang sgt harini? hahaha..... syhhh! saja nak rindu2.. dah lama x bermain mata. hati mula lah bergelora. jgn mara! =)


sharing is caring

No comments: