ASSALAMUALAIKUM =)
buat ape tuuu.... hmmm... miss untuk pegi terawih tonite.. badan sangat letih...berehat2 sambil layan tv jelah...
ohya... erm.. masing-masing mesti ada citer feveret yang nak ditonton bulan-bulan puasa ni kan.. aku pun tak terkecuali lah tu.. he. memang bulan2 puasa ni ada aje cerita yang menarik perhatian. lebih2 lagi gayanya slow2 motion. emosional lebih. suke sangat lah tu...kannn.. :) ok, aku skrg dah jatuh cinta la dengan slot akasia tv3 nie. 'KASIH ALIA'.. ceritanya mmg best.. satu je tak best.. di tayangkan hampir2 nak maghrib. uihhhh.... x syok langsung. time tulah nak tolong mama kat dapur nak hidang itu ini utk bukak puasa. alih2 cerita ni pulak yang menjadi perhatian. huu. sabar jelah. nampaknya 2in1 lah jwbnya. tngan buat keje, mata beralih ke kaca tv :D boleh ker??? haha.. kalau tnya mimi memang bole aje.. hee... ok,mari baca sinopsis dia cikit :-
Akibat dendam, 2 orang kanak-kanak iaitu Kasih dan adiknya Qabil telah menjadi korban dalam sebuah tragedi hitam hingga memaksa mereka terjerumus di dalam sindiket menjual kanak-kanak. Mereka kemudian terpisah, namun takdir telah menemukan semula mereka selepas bertahun-tahun lamanya.Bagaimana pertemuan itu berlaku dan adakah Kasih dan Qabil mengetahui bahawa mereka mempunyai pertalian darah?Semua itu dapat disaksikan dalam drama bersiri terbaru Kasih Alia’ terbitan JS Pictures. Menggantikan drama bersiri Dewa Cinta di slot Akasia mulai 1 Ogos yang lalu, Kasih Alia telah mendapat sentuhan kreatif daripada pengarah Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo dan penulis skrip Sofia J Rhyland.Drama bersiri 26 episod ini membariskan pelakon seperti Rafidah Ibrahim (Kasih/Alia), Sheila Rusly(Yuhanis), Iqram Dinzly (Qabil), Sharnaaz Ahmad (Qausar), Irma Hasmie Ibrahim (Qistina), Haryati Hamzah (Qasrina), Erry Putra (Fendi), Adey Syafrien (Eric), Zarina Zainuddin (Zulaikha), Khairil Anwar (Shariff), Fikhree Bakar (Hadi), Catriona Ross (Maya), Razak Ahmad (Kamil), Ku Faridah Ku Shafie (Mak Timah) dan lain-lain.Kasih dan adiknya, Qabil membesar dalam limpahan kasih sayang daripada ibu bapa mereka, Shariff dan Zulaikha. Dunia mereka berubah dalam sekelip mata selepas kehilangn ibu tersayang dalam sebuah kemalangan maut. Kasih dan Qabil berpindah ke Kuala Lumpur dan terkejut apabila berjumpa dengan keluarga Shariff. Rupa-rupanya ibu mereka ialah isteri kedua dan kehadiran mereka tidak dapat diterima oleh isteri pertama Shariff, Yuhanis.Disebabkan kebencian Yuhanis terhadap Zulaikha yang dianggap sebagai penggoda dan perampas suami, Yuhanis bukan sahaja memberi layanan buruk malah tidak membenarkan anak-anaknya, Qistina, Qasrina dan Qausar untuk bergaul dengan Kasih dan Qabil. Hanya Qausar yang hampir sebaya bercakap dengan mereka. Kasih dan Qabil hanya menumpang kasih daripada pembantu rumah, Mak Timah kerana Shariff jarang berada di rumah dan Yuhanis pandai bermuka di hadapan suaminya.Yuhanis semakin benci dan meluat melihat kedua-dua anak Zulaikha dan telah mengambil langkah untuk meninggalkan adik beradik tersebut di bandar. Kasih dan Qabil yang bingung telah diculik oleh sindiket menjual kanak-kanak. Qabil telah dijual kepada sindiket yang membeli organ budak manakala Kasih pula dijual kepada sindiket pengemis. Sejak itu, Kasih tidak pernah mendengar khabar daripada adiknya dan menganggap Qabil telah terkorban dalam pasar gelap itu.Kasih telah dilanggar oleh sebuah kereta sewaktu mahu melarikan diri. Maya dan Kamil yang baru kematian anak perempuan telah menyelamatkan Kasih. Setelah mendengar cerita Kasih, mereka telah mengambil Kasih sebagai anak angkat dan menggunakan identiti anak perempuan mereka iaitu Alia.Bermulalah lembaran hidup baru Alia bersama keluarga barunya dan berpindah ke Timur Tengah apabila Kamil ditawarkan sebagai jurutera carigali minyak. Sementara itu, Shariff tidak pernah berputus asa untuk menjejaki Kasih dan Qabil.Selepas 15 tahun, Alia pulang ke Malaysia dan bekerja dengan Eric sebagai pereka hiasan dalaman. Eric tertarik dengan personaliti Alia tetapi Fazril telah memulakan langkah terlebih dahulu untuk memikat Alia.Hubungan Fazril dan Alia berjalan dengan baik sehingga Alia diberitahu bahawa keluarga Fazril berjaya menyelamatkan Fazril yang menghidap sakit jantung dengan membeli organ dari pasaran gelap lebih kurang tempoh yang sama semasa Qabil hilang. Mengenangkan nasib adiknya yang menjadi korban sindiket, Alia mula berasa benci dan menjauhkan diri daripada Fazril.Pertemuan Alia dengan Qausar telah memaksa Alia berdepan semula dengan kisah silam dan kenangan pahitnya. Dapatkah Alia memaafkan Shariff dan Yuhanis? Apakah kesudahan cinta antara Alia, Eric dan Fazril nanti?Jangan lupa terus saksikan, Kasih Alia di slot Akasia, setiap hari Isnin – Khamis jam 7.00 malam, hanya di TV3.
banyakcakap : Rasanya episod akhir kasih alia ini mesti sama macam drama cinta sebelum inikan? Kehkehkeh!
sharing is caring by (darkbadman story)
No comments:
Post a Comment