Tuesday, September 20, 2011

'NUR' YANG DATANG TANPA DI DUGA...

Assalamualaikum =)

2,3 harini hujan x benti membasahi bandaraya metropolitan (KL).. sejuknya hingga ke tulang sum2 dapat aku rasakan... apa khabar kalian? smoga dalam keadaan baik biarpun ada dugaan datang menimpa. langit tak selalunya cerah. yang selalu kita tahu, kalau ada suka pasti duka pasangannya kan.. bersabarlah dalam menempuhinya. pasti ada hikmahnya. sepotong ayat itulah yang selalu menguatkan diri untuk melangkah setapak ke setapak. :)

hati setenang-tenangnya... 
mungkin tak semua org tahu apa yang berlaku pd diri ini .. bagaimana nak aku luahkan.. alhamdulillah dan bersyukur yg termampu aku ucapkan.. tenang bila berkeadaan begini. (berhijab) .. mungkin di redhai ALLAH bila jalan yang aku pilih ke arah kebaikan.. terima kasih ya Allah di atas NUR yang kau berikan.. terima kasih keluarga, teman & ehem-ehem. he.. merekalah yang menguatkan hati naluri ini untuk menuju ke gerbang yang bukan mudah untuk aku lalui. lebih2 lagi bila pintu hati terbuka di saat aku baru ingin mengenali syurga dunia... 

2minggu sebelum aku berubah fikiran untuk mengubah penampilan diri atau lebih mesra aku kata satu penghijrahan.. pelbagai kisah aneh yg aku mimpikan. ada yg ngeri. ada yg indah. tak perlulah aku huraikan mmpi yang terjadi tnpa aku sedar itu. aku anggap itu satu mimpi & hanya mainan tidur semata. namun dalam mencari kata dlm mimpi itu, aku akur pada ketentuannya.. ada sinarnya tak mampu aku lindung walaupun dengan secebis kain nan indah. sinar itu sebenarnya dtg dari hati... tak aku ketahui dari mana ia dtg.. dan kapan pula ia hadir.. :) maksud yg sama tapi lain bicara.. 

TAHNIAH & ALHAMDULILLAH.mereka ucap... dan kata2 itulah buat aku nyaman di samping melayari hidup seharian. ada yg terkejut. ada yg tak. semua tu hnya pada pndangan. sejujurnya aku sendiri juga terkadangkala tersenyum sendri melihat diri di cermin. aneh & peliknya syamimie haslee ni :) secara tiba-tiba pulak tu aku bertukar menjadi wanita muslimah. cehhhh... hehe. ok. whteva.. janji i happy u pn happy ;) OK?

Bila penampilan d'ubah. maka jalan yg d'susuri jugak mengikut rentak.. kalau dulunya garangnya syamimie haslee bak kak ros (kakak upin ipin tu) bukan main lagi.  maka harini terjadi d'luar bicara aku tidaklah seganas dulu. haha. garangnya tidaklah seperti dulu.. haha. marah pun. bila perlu. tidak lah cepat melenting kerana aku lebih senang mendiamkan diri.  nakal tetap nakal tp bukan lah sehebat dulu. nakal2 manja & ayu ajelah yg aku kasi :D kehkehkeh... terasa diri seperti org lain tp sebenarnya AKU TETAP AKU. korang jgn tinggalkan aku ya.. aku nak berubah & tolong pimpim tangan aku kalau aku tersasar jauh. terima kasih buat teman yang seorg tu.. dia yang selalu bagi dorongan... nak sgt lah aku jadi solehah. konon lah kannnnn.. hahaha... dah lama x jumpa dia. haih mesti dia terkejut kalau jumpa aku yg dah 'alim' ni. kihkihkih. alim ???! oh tak sesuai. yg ayu manis lagi sopan laaa... ;) hehe..perasan ?? :P hahaha... TOLONG. jgn tunjuk muka poyo & menyampah kat sini.. haha..

ini yang termampu aku sajikan utk kalian =) ok x ok? jawab ikhlas. senyum tnda puas. angguk tnda stuju. tekan butang 'x' kat ats tu kalau tak suka ya. hehe..


"Sampai satu saat yang dijanjikan ALLAH kelak, semuanya akan berubah. aku percaya pada kata-katanya. "

banyakcakap: benarlah kata org. bila keikhlasan & keredhaan yang di cari pasti bahagia itu muncul bila-bila masa saja. tanpa di pinta. tanpa di tunggu.

Syamimiehaslee