Tuesday, October 25, 2011

ANAK REMAJA TAK SEMUANYA DEGIL, BONGKAK , TAK MENGHORMATI ORG TUA & TAK BOLEH DI TEGUR!

Assalamualaikum =)

alhamdulillah kerana masih di beri peluang untuk jari ini meliuk lentok menekan papan kekunci .. aku tak tahu apa akan jadi kalau jari jemari ini tidak berfungsi.. kerana dah terbiasa gerak tarinya lincah ... :) apapun aku bersyukur.. and semua org pun harus bersyukur ya.. ...

back to topic ;) geram sebenarnya dengar topic ni! tapi nak lepaskan jua apa yang aku rasa.. sebab aku pun di katogerikan sebagai anak remaja. kan! nampak je matang tapi kadang-kadang bila usia masih muda benda tu semua mmg x boleh lari., sentiasa ada yang berkait rapat dan semua nak di samakan bila perangai buruk timbul... nak aku betolkan kat sini TAK SEMUA mcm tu .... 

mmg tak di nafikan rmai yang kurang ajar! sifat mereka yang mcm tu terbawa2 sampai kami yang baik budi bahasa pun terlanjur di samakan. i hate tht person yang boleh senang-senang ati je bercakap. mcm dia tak pernah tergolong dalam golongan remaja! lebih parah lagi kalau ada mulut2 yang bercakap dan kait kan mak bapak mcm tak reti ajar anak... mcm ko baik sangat.... 

sifat degil tu datang dalam diri masing-masing. sifat lumrah yang boleh berubah. dan bila iman ada di dada . bongkak pula bila dia perasan dia lawa/hensome. and maybe dia fikir semua dia ada dan senang dia buat sesuatu hal tak malu ..nak aku ingtkan korang! jangan nak belagak sgt. aku pun menyampah!. tak menghormati org tua bila dalam rumah sendiri dia tak reti hormat. mak bapak sndri tak boleh hormat lagikan org lain dia nak hormat. kan!.. tu lah pengaruh budaya luar. dan kami yang tak bersalah dan beradap pun di anggap kurang ajar. nak aku sumpah seranah yang menuduh aku bukan-bukan,.. tapi aku tahu tuhan ada. biarlah apapun ko nak cakap. asalkan aku tak mcm tu. haih. ada ke patut anak gadis ayu lagi bertudung. lemah lembut, sopan mcm aku ni dia kata mcm anak singa...!! hahahha... nak ketawa pulak... kikiki....ganas & kasar. weksss... ko mmg slalu buat aku sakit ati.. sabar jelahhhh ...kan .... cakap lagi aku anak singa skali aku 'ngap' ko baru ko tahu!!!

mari baca ini!

Teguran Itu Penting

Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain
Ayat diatas adalah antara kata-kata cerdik pandai mengenai orang yang menegur dan ditegur. Teguran boleh berlaku di mana-mana, berlaku di dalam pemerintahan kerajaan, di dalam syarikat-syarikat, di dalam persatuan-persatuan, di sekolah. Dalam rumahtangga juga berlaku, bapa menegur anak, isteri ditegur suami, dan lain-lain. Makna katanya teguran itu berlaku di mana-mana sahaja.

Membina dan Meroboh

 Teguran boleh dibahagi kepada dua secara asasnya, teguran yang membina dan yang statik dan jumud. Manusia keseluruhannya mengharapkan teguran yang membina bukan yang statik. Tetapi tidak kurang juga yang tidak lansgsung suka ditegur.
Sifat manusia yang diketahui ialah, hanya bersedia ditegur apabila dia yang membutuhkan teguran tersebut. Contohnya, Si A pergi ke Si B dan ingin meminta  teguran atau nasihat, ketika itu apa sahaja yang dikatakan oleh Si B akan di dengari dengan berlapang dada.
Lain pula sekiranya seseorang yang tidak membutuhkan teguran, tiba-tiba ditegur. Hanya setengah orang yang berjiwa besar sahaja yang boleh menerima teguran spontan tersebut, Manakala yang berjiwa kecil, akan terasa dan terus terseksa hati.

Orang yang Menegur
Manusia memang tidak pernah lari daripada melakukan kesalahan, yang berbeza hanya banyak dan sedikit. Tetapi biarlah orang yang cuba  menegur tersebut adalah orang yang minimum kesalahannya supaya teguran yang diberikan itu bersifat trully dan hidup. 
Jangan jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan lurus. Sesuatu yang agak pelik apabila penagih dadah tegar mengajar atau menegur orang lain pergi ke masjid, walhal mereka sendiri masih terkontang kanting ditepi longkang dalam kotak.
Sebab itu kalau kita suka menegur, kita mesti pastikan teguran itu di tuju ke arah kita terlebih dahulu, kemudian baru ke orang lain.

Orang yang Ditegur
Teguran itu kebiasaannya bersifat membina, kerana apa yang tidak kita sedar kadang-kadang orang lain sudah sedar terlebih dahulu, persepsi kita lain, persepsi orang, lain. Sebab itu apabila ditegur, jangan terlalu cepat melenting dan menolak teguran tersebut. Kalau begitu, anda adalah orang paling rugi, kerana anda berpeluang membina diri anda tetapi awal-awal lagi anda sudah merobohkannya.

Kata Hukama, "Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain. Seharusnya begini lah resam kehidupan kita".

Manusia memerlukan 'cermin' bagi bagi meneliti diri. Orang disekeliling adalah cermin bagi kita. Cuba bayangkan anda bercukur misai tanpa bercermin. Bukankah susah?. 

Yang Paling Penting
Setiap orang yang menegur pasti sedia juga ditegur. Ramai yang tidak mampu lakukan ini. Hanya suka menegur tetapi tidak pula suka ditegur. Sebab itu penting apabila menegur isyaratkan terlebih dahulu, teguran itu adalah terlebih dahulu untuk diri sendiri.
Ingat! Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri. Itu adatnya.


SABAR jelah kannn.... =)
ingt! remaja kat luar. jangan nak buat onar sgt! babak kan baru tau...  haih....

Syamimiehaslee

No comments: