Thursday, November 03, 2011

SIFAT MARAH YANG MELUAP-LUAP

Assalamualaikum =)

before this mmg aku kebuntuan untuk menulis tajuk untuk memulakan bicara. lain pula jadinya hari ini bila tanpa ragu-ragu dengan mudah aku menaipnya. alhamdulillah bila aku sekarang berada dlm keadaan waras. sebab apa aku kata brgitu , kerana beberapa jam yang lalu aku rasa mcm nak mkn org jerk! haha. panasnya hati. mood dan nafas turun naik turun naik. hanya tuhan yang tahu. ini kerana ada seekor jantan yang buat aku hangin! kerana dia aku dah berkasar bahasa dgn abg aku! shit dammm!! sakit ati aku. bila abg aku naik angin and ckp aku binatang! hahaha.. apa dah jadi? aku pulak yang kena.. kannn... naik gila aku. tu lah baru btol-btol mngamuk. kalau rasa nak tngok aku mngamuk sila lah buat aku marah! :P hehe..

ok! senang citer, aku sgt senstif bila ia melibat kan soal maruah. tak kira ia maruah kluarga dan aku sendiri.. aku mmg tak bole tahan. sakit hati aku. ini dah masuk keberapa kali aku dengar desas desus org. tp aku tak boleh tahan lagi bila telinga ni rse mcm nak menanah je. !! sesuka hati je mengata org. manusia tu bukan org lain pun. org yang pernah suatu ketika dulu menjadi sahabat baik abg aku sendiri. sumpah! aku tak boleh tahan bila ada org burukkan abg aku sndri. kalau dia buat aku mmg tak kisah. tp bila di depan mata aku dia tunjukkan penuh kbaikan mmg aku naik hangin. aku mmg tahu dia mcmane. ni org luar yang langsung takde kena mengena dengan kami boleh seenaknya memaki hamun dan menuduh yang bukan-bukan. memang sakit hati aku. bila abang pula tak nak ambik kisah! 'biarlah apa pun org nak kata' katanya.... see... skt hati aku. aku bukan org yg x beriman. x boleh sabar. tp masing-masing ada maruah diri. !! senang-senang org bole memperlakukan kita mcm tu. ini baru cerita, nanti entah apa lagi.. mmg skrg ni aku tgh belajar bersabar. dan tahan nafsu marah. mmg tak ssh pun.. tapi sesekali aku mmg geram! nak je aku bagi penumbuk. (wah! macam berani je kan) hehe. tapi kalau sesuatu berlaku semua tu tak mustahil ;) kannn... ya allah! sabar.sabar :)

oklah tak nak cerita lagi. lagi boleh buat aku meletop nih. hehe. sabar ya mimi. bak kata org. sabar separuh dari iman. kann. ermm...:) senyum-senyum.. kasi mood baik punya =D

=LAKUKAN INI JIKA ANDA DLM KEADAAN MARAH. SAYA PUN LAKUKANNYA-ALHAMDULILLAH :)
BERWUDUK HILANGKAN RASA MARAH
PERNAHKAH anda marah kerana disakiti atau berasa hati? Namun, bagi mengawal keadaan anda tidak perlu menonjolkan emosi tersebut. Menegur tidak salah tetapi anda perlu belajar mengawal perasaan marah. Sifat marah yang tidak terkawal boleh mengakibatkan kerosakan.
Marah memang sifat semula jadi manusia, berpunca daripada keadaan tidak adil, disindir, dihina, dituduh bukan-bukan, diperalat, difitnah dan diancam kehilangan sesuatu yang berharga.
Jika kita berhadapan dengan orang sedang marah, cubalah hadapi dengan langkah berikut:
* Beri peluang orang sedang marah itu bercakap atau meluahkan terlebih dahulu punca kemarahannya.
* Ketika berhadapan dengan individu sedang marah, jangan menyampuk dan merendahkannya.
* Kaji punca kemarahannya dan cuba atasi. Sekiranya berpunca daripada kesilapan kita, mintalah maaf daripadanya.
* Cubalah bertanya beberapa soalan bagi membantu menyelesaikan masalahnya. Terima kemarahannya dengan tenang.
Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
* Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
* Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud).
* Minum air.
* Mendiamkan diri ketika marah.
* Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
* Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
* Berfikiran positif.
* Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang.
* Bawa bertenang seperti menarik nafas.
* Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.
=DONE!! hehe.. lega tak? :)

oh.. lagi 3 hari dah nak rya.. yeahhhh! alaa.. korang mcm x semangat. mentang-mentang la aidiladha. :p wekss.. haha. aku tak kisah pun rye pape. janji aku nak balik kg. terengganu!! yeahhh.. tungguu... esok aku balik....huhu.. hehe.. ada sesiapa kat sini qorban??? tak kisah la korban pape. lembu ke, perasaan ke.. or whteva lah. janji korban kan. hehe.. :) jgn korban sesuatu yang tak masuk akal sudah la. OK!!


PESANAN IKHLAS DARI WAN NURSYAMIMI... 
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA :) 

Syamimiehaslee

4 comments:

Anonymous said...

:) bagus la mimi skng bole belajar bersabar.. walaupon zali tak berape kenal gan mimi.. tp care mimi tulis tu zali tau mimi mcm mne orgnyer sebelom nih.. tp bak kate org.. lagi kan pantai berubah..ini kan manusie.. mimi skng berubah.. berubah kpd kebaikan :) teruskan.. teruskan berubah.. setiap hari kite mesti berubah. hari ini lebih baik dari smlm, esok lebih baik dari hari nih.. dan hari2 selepasnya pasti lebih baik dari hari2 sebelomnya..

Joi said...

hello! elok la xkuat marah, lame muda :D

Wan Nursyamimi said...

joi : hehe... tu lah.. sabar2.... huhu

Wan Nursyamimi said...

thnks zali :) tu lah manusia boleh berubah... hehe... insyaallah lps ni akan baik2 saja..