dah pukul 1pagi lebih!
semakin membulat pulak mata ni.. entah apa menarik minatnya sampai saat ini masih lagi segar seperti badan baru aje lepas mandi.. haih... penangan apakah itu...
ok.. citernya tidaklah terjerumus ttg sesuatu yg serius.. saja cakap2 kosong mlm2 buta... hah! tadi bru je dpt card berisi 'walimatu urus'... .dari seorg shbt lama... haih dh nak kahwin??? ok.. crita normal kalau d'ikutkannya.. semenjak dua menjak ni terdengar saja citer pasal kwn-kwn aku kahwin.. wah! laku bebenor u olls... alhamdulillah jodoh seru datang awal.... tak kisah kalau itu yang menghalalkan kalian. hope bahagia ya. yang pasti kahwin d'usia muda ni pahalanya berlimpat-lipat ganda...amin2..
Bagaimana pula org2 seperti aku ni? ingin d'golong sbahagian ape? nak pk soal jodoh rsenya terlalu awal. ... NO! NO! NO! x berminat... tapi... apa perlu adanya Cinta sblum itu? (eh.. mcm citer ada apa dengan Cinta lah pulakk... :D) yang tu samar dalam bayangan .. CINTA tu mmg senang nak sebut.. tapi nak memberi & menerima tu teramatlah payah.. kenapalah payah sgttt bagi aku sedangkan dek mata kasar ni senang bagi mereka seperti menukar baju ... cinta itu.. haih. lain org lain rasa. lain org lain perasaan. walhal rambut org skrg ni pun bukan semuanya hitamkan... :)
Kalau dah mula bercakap psl yg 'gitu-gitu'.. mulalah teringat ttg novel tuhh.. Aariz! Lelaki yang sgt memahami... ada ke wujud 'dia' yang seperti itu.........
senang citer esok2, bercinta selepas kahwin! barulah u tau i. i tau u kan.. :) x pyh pening-pening.. gaduh baik. gaduh baik... haih.... mcm aku... i dunt no wht i feel! huh. sounds like stupid? Rite!. tapi tu lah..insyaallah.. skali aku syg maybe smpai bila2 aku syg yg sorang tu jerr. but.but... ada org tu tak phm. Canne ni....
ok ada sharing ssuatu utk kalian ....
4 kesalahan yang sering dilakukan oleh lelaki kepada wanita
Seorang lelaki pasti akan tersentak sekiranya pelawaan mereka untuk menukarkan hubungan daripada seorang kawan kepada kekasih tidak diterima. Walau bagaimana baik perhubungan sebagai kawan sekalipun, ia tidak bermakna mudah untuk menjadikan mereka pasangan kekasih. Alasannya mudah, daripada kajian yang telah dilakukan kepada pasangan yang sudah berkahwin, majoriti menyatakan mereka tidak melihat paras rupa atau bagaimana baiknya seseorang lelaki melayan mereka. Mereka lebih kepada chemistry dan gerak hati mereka. Kesimpulannya, jangan berlakon untuk menjadi seorang lelaki yang baik kerana ia pasti tidak akan berhasil. Just be yourself!!
Merayu- Jangan sesekali merayu kepada wanita untuk menukar perasaan mereka terhadap anda dengan memberi seribu satu alasan walaupun ianya logik. Apabila seseorang wanita tidak menunjukkan minat, tetapi sebaliknya anda terus merayu, mengemis simpati dan terus mengejar masih tidak mampu untuk menukar fikiran mereka. Oleh itu, jangan sesekali merayu kepada mereka untuk menerima anda. Biarkan mereka memilih anda dengan kehendak mereka sendiri.
Kelulusan dan kebenaran- Dalam usaha seseorang lelaki untuk menambat hati seorang wanita, mereka akan cuba untuk menyenangkan hati wanita dengan meminta kelulusan dan kebenaran sebelum melakukan sesuatu. Pada dasarnya, wanita tidak suka kepada lelaki yang terlalu mendengar kata mereka. Cukup dengan sekadar hanya memberitahu apa yang anda ingin lakukan dan bukannya meminta kebenaran atau kelulusan. Ini juga tidak bermakna anda tidak memerlukan pendapat mereka, tetapi anda sebagai seorang lelaki seharusnya tidak terlalu bergantung kepada mereka. Ini adalah kerana andalah yang sepatutnya menjaga mereka dan bukannya mereka yang menjaga anda.
Membeli perasaan dengan kemewahan- Untuk wanita yang mementingkan materialistik, ianya pasti berhasil. Tetapi persoalannya, adakah wanita yang berbentuk materialistik yang anda pilih sebagai peneman hidup? Bagaimana jika tiba-tiba anda akan susah? Ianya terpulang untuk anda membuat pilihan. Kebanyakan lelaki cuba untuk membeli perasaan wanita dengan kemewahan. Ini sepatutnya tidak terjadi tetapi ia sepatutnya terjadi dengan cara semulajadi. Wanita yang sanggup berasa susah bersama anda adalah wanita yang paling layak untuk berasa kesenangan anda. Cuba pikat mereka dengan cara semulajadi dan bukannya kemewahan.
Meluahkan perasaan terlalu awal- Kebanyakan lelaki terlau gelojoh untuk meluahkan perasaan mereka. Ini didorong oleh perasaan takut sekiranya wanita yang mereka idamkan terlepas ke tangan orang lain. Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk mendekati seseorang wanita tanpa perlu meluahkan perasaan pada peringkat awal. Pilih masa yang sesuai untuk meluahkan perasaan anda. Ini adalah untuk mengelakkan perasaan tidak selesa seseorang wanita terhadap perhubungan anda nanti.
Goodnite :)
2 comments:
hye :) saya pinjam copy 1 entri u yang lama ye..
hai.. ok. no probs dear... :)sharing is caring....
Post a Comment