assalamualaikum..
Kadangkala kesedihan mampu membuat kita kembali kepadaNya, dan kadangkala juga kesedihan membawa kita jauh darinNya. Semuanya berlaku kerana izin Allah Ya Rabbul Izzati. Maka kemanakah tempat terbaik untuk kita mencurahkan kesedihan agar ia tidak menjadi perkara yang sia-sia?
Acap kali, manusia itu bersedih kerana perkara duniawi semata-mata. Apabila kita gagal dalam peperikasaan kita akan bersedih. Ketika putus cinta dengan sang kekasih kita akan bersedih. Hatta apabila kita kehilangan sesuatu yang kita sayangi, kita juga pasti akan bersedih. Persoalannya, wajarkah untuk kita bersedih semata-mata perkara dunia yang kelihatan besar di mata kita, sebenarnya terlalu kecil disisi Allah Azzawajalla.
Saat hati sedang di landa ribut taufan yang tak mahu berhenti. Saat diri mahu bertukar menjadi raksasa dan mengamuk dengan semua yang ada. Saat fikiran berserabut seperti benang kait yang bersimpulan tiada tanda penghujung. Saat dunia kelihatan seperti hitam kelam tanpa warna yang menyerikannya.
Apabila hati bersulamkan suramnya awan gelap di awangan, Allah datangkan cahaya rembulan dari kejauhan untuk bantuan berjalan supaya tidak jatuh terhempas dek kegelapan. Datangnya dalam bentuk tulisan. Yang diilhamkan oleh Tuhan kepada mahluknya yang berlainan.
Matahari ;
Sesungguhnya Nabi telah bersabda;
"Manusia
yang paling berat ujiannya adalah para nabi, kemudian yang terbaik
sesudah mereka, kemudian yang terbaik sesudah mereka. Seseorang diuji
sesuai kadar agamanya. Jika agamanya kuat, ujiannya berat. Jika agamanya
lemah, dia diuji sekadar agamanya. Ujian terus mendera hamba sampai
membiarkannya berjalan di muka bumi tanpa menyandang sedikit pun dosa."
Pelangi ;
"Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya."
(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
Rembulan ;(Hadis Riwayat Thabrani dari Abu Umamah)
Allah mengujimu kerana Allah menyayangimu, maka senyumlah!
"Apabila
Allah mencintai seorang hamba, maka Dia akan mengujinya. Jika hamba itu
bersabar dan redha maka Dia akan memilihnya menjadi kekasihNya"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Mana mungkin senyuman tidak datang bertandang. Mana mungkin hati tidak tenang. Mana mungkin akal fikiran tidak lapang. Mana mungkin dunia tidak menjadi sang terbang bebas lagak helang. Mana mungkin.
"Kami tak tahu ini rahmat atau musibah. Tapi kami berprasangka baik pada Allah."
-Salim A Fillah
-Salim A Fillah
Oleh itu kita harus kembali kepada hakikat hidup yang sebenar,
jadikanlah kesedihan itu sebagai ruang untuk kita meraih pahala
daripadaNya dan bukannya kita lemparkan dan luahkan segala kesedihan
kita semata-mata kerana dunia, kerana dunia ini terlalu kecil untuk
ditangisi
sharing is caring ... (i.luv.islam)
Terima kasih... kerana mengilhamkan sesuatu yang bermanfaat untuk diriku....
SyamimiHasli
No comments:
Post a Comment