Assalamualaikum...
Rasanya belum terlambat untuk ucapkan selamat hari raya... di kesempatan yang jarang2 ada ni saya syamimi Hasli selaku teman cyber anda ingin memohon maaf jikalau kata2 saya di ruangan belog saya ni ade kata2 yang menggores perasaan disengajakan atau tidak. lebih elok jika kita boleh berjabat tangan.. katanya lebih elok sebab antara dicelah2 jari itu akan terhabus dosa kita sesama insan. mungkinlah.... (muahaha... semoga hadir dalam mimipi ya)
im looks like vain! sebenarnya rasa mcm tak percaya kita ni dah masuk 12 syawal rasanya... puasa sekejap raya sekejap. aduh hari berganti hari rasanya cepat sangat waktu berlalu... mohon kita perbanyakkan amalan kerana bimbang kita skrg berada di akhir zaman. (bukan cabul mulut tapi itu kenyataan) malah masih banyak kekurangannya daripada kelebihan.
RAYA datang lagi! bersyukurlah. ramadhan pergi dengan penuh hormat syawal datang dengan harapan membawa kebahagian. alhamdulillah raya tahun ni seperti tahun lalu kami balik teregganu. mane lagikan dah kgnya disitu hehe.. best sebenarnya terengganu wlupun zaman dah moden tapi tradisi kg tu masih lagi terasa. masih lagi melihat budak2 bermain mercun,tanglong, bunga api, dan jalan rmai2 mintak duit raya. tu semua proses dari sejak azali lagi... dan mungkin hanya di kg dapat aku lihat kejadian itu... mungkin tak semeriah dulu tapi raya datang kena raikan jugak.. setahun sekali katanya... apa kata kita lihat proses melaram pula!! oh ni topic paling best rasenya... raya kalau takde baju pagi tu memang tak sah.. nak nak lagi keluarga aku. memang semua gila melaram. dari kecik sampai la mak2 nenek2. bahahaha.... (teruk jugaklah diorg punya fashion sanggup habis duit) wahh gituu.. curlasss tak! haha *_^
tema kami warna peach!! jadi hendak tak hendak memang kena pakai sebab baju sponser by Amir mirza (abglong kita) alhamdulillah rezeki dia rezeki kami juga... menjadi seorg pereka fesyen baginya turut mengundang resah bagi kami kot2 tak siap baju org time raya. tgk baju kami ni sudah lah.. malam raya baru tampal batu sworoski! sabar jelah...... baju org bagi kita terima jelah.. baju ni satu sen pun aku tak klua duit. untungnyaaaaaaa..... semua ditanggung beres oleh abglong syg.. kalau tempah ade dlm 700rm kot sbb dia pkai french lace kat tangan tu... TERIMA KASIH daun keladi ade nak lagi... hahaha...
tak tahulah oke ke tak oke... memadailah jika ia selesa dan tak panas. sbb nak pegi raya bukan sekejap dan satu or dua tmpat.. ambik masa dan terengganu tak mengizinkan pakai tebal2.. panas okehh... untuk ini... gred A kita bagi sbb selasa dan nampak sangat ayu kita pkai baju ni. hahaha (perasan dan sila muntah)
besornya muka.. hehe... ni tudung ni by Ariani.. aduh sangat suka... cukup lah ade satu sbb dia mahal sangat... x nak ckp la harga ! nanti pecah tembelang.. mak kita tak tahu tau tau.. hehe..
sakan tak sakan tak tau lah raya tahun ni.... ni tgk!!
yang di atas semua sepupu sepapat belah mama... diorg semua happening... diorg semua best ! love!
sibling~
cukuplah setakat raya pertama. kalau nak ikutkan gambar mmg smpai raya ke 10 haha.. nanti org boring pulak.. action begambo je.. haha... tapi itulah.. my family is my everything.. perfect bersama mereka. saudara mara sekalian alam. i love you..
eh eh eh. rupanya ade permintaann..... jadi untuk tidak mengecewakan saya sertakan gambar raya kedua dan ketiga ya.... bukan main2 la ni kawan aku yg duk kat india tu dia yg suh cpt2 update belog nak tgk sgt kononnya.... kawan aku bukan india. dia nama tania (org melayu) belajar kat sana. haha. (my princess tgk aku annoucement nama kau.. bawak balik kain sari pls pls)
baju kurung ni beli yg siap je. beli kat great eastern mall jln ampang. d'rias boutique... material best tak payah gosok. cincai jelah kan aku ni pemalas skit bab2 gosok menggosok...
ni sepupu yg slalu meletop kebaboom.. semua dah berpunya harap maklum! haha..
last pict raya ke3.. ni bersama kawan2.. nak beli sutera beli ngan mereka.. muroh! muroh ! je.. harga bole runding. katanya.........hehe...
oklah.. semoga kita berbahagia walau dimana jua kita berada... insyallah panjang umor kita jumpa lagi mohd syawal bin aidilfitri tahun depan. hehe... sungguh bertuah kehidupan di kelilingi org2 tersayang. semoga awk semua juga begitu...
Buat abah yang beraya di perantauan (russia) maaf zahir dan batin. rindu nak raya dengan abah. tapi gambar yang abah hantar sambut raya di sana cukup buat hati kami gembira. abah pun turut bahagia di sana. terima kasih allah...
SORRY this entry takde cakap pasal makan. perasan tak? haha... saje. makan pun kurus kering jugak. malas nak ckp.. hahah (jahat kan)
jumpa open house nanti kawan kawan KL..
thanks for reading !
love.