Monday, December 02, 2013

BIG DAY SHUHADA & AFFIZAN (COUSIN)

Assalamualaikum..

tak adil rasanya tak membuka satu lembaran di dalam blog  ni dengan penyatuan dua hati shuhada dan affizan (lovely cousin)..
pantas masa berlalu hampir masuk sebulan pernikahan mereka dan sebulan juga aku tidak mengabdikan pada belogs ini. sungguh masa yang tak menginzinkan membataskan ruang rindu ini. wah gittuuw ungkapannya. hehe...

9november 13 yang lalu di masjid sultan ismail chendering kuala terengganu bersaksikan sanak saudara yang hadir terlafazlah akad affizan dan shuhada. senang citer kita panggil mereka (pok P dan kak Da) org tngganu biasenya ungkapan singkat2 aje.. meriah sungguh meriah. walaupun majlisnya tak se gah dan sehebat di bandar tp peristiwa itu mengundang kerinduan dan terkesan di hati semua yang hadir....haih rindu bila lagi ade majlis macam tu tak tau lah. tunggu kakak aku kawin pulak laaa.. BILA???

Buat merpati dua sejoli SELAMAT PENGANTIN BARU aku ucapkan. semoga berbahagialah hingga ke syurga. doa sentiasa mengiringi kalian.. one word to say cepat2 dapat baby girl. hehe


 









memang meriah sangat2.. tak dapat nak upload all picture. tapi nanati nak tgk bnyak gmbr lagi go to my fb ya... https://www.facebook.com/syamimi.hasli

tgk org kawin rase kita pun nak kawin. apatah lagi tgk mereka bahagia. tapi jalan yang di lalui kita semua berbeza. aku pun belum  bertemu jodoh dan yang pasti ramai lagi yang belum menemuinya..

Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri.


Jangan labelkan diri aku yang tersisih . tapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk demikian dengan manusia, tapi perlu bercinta dengan ALLAH (terlebih dahulu) .

Yang salah yang betul
Jodoh tak perlu dicari ALLAH menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu Sayidatina Khadijah meminang Rasullullah
Perempuan tiada pilihan, hanya laki yang berhak Perempuan berhak untuk memilih
Bila terlanjur, teruskan sebab xkan jumpa yang baik Pintu taubat sentiasa terbuka
Banyak beza susah kekal banyak beza saling melengkapi
perlu cinta sebelum kahwin ramai bercinta gagal, sedangkan islam galakkan bercinta selepas kahwin
pasangan perlu kerap sms dan berjumpa pasangan perlu jaga batasan
percaya janji kata manis sedangkan ia bukanlah segalanya. cinta dtg dengan tanggungjawab

sama2 kita kongsi...
thanks for reading :)

No comments: