Tuesday, February 05, 2013

HOLIDAY BANDUNG, indonesia

Assalamualikum warga alam maya..

semakin hari dirasakan semakin bz diri ini. OMG. Sebenarnya aku tak suka dengan keadaan ini. rasa mcm aku slalu kehilangan something. also mcm ketinggal perihal dunia alam fantasi duniawi alam maya.. and all..... i hate it damn much. but nak buat mcmane kan. apa yang penting solat jgn tinggal adik2. supaya kita boleh berdoa selalu untuk kebaikan semua... amin amin :) k.mimi dah start mcm nak jadi ustazah mlm2 buta... huhu

oklah. back to my topic la.. da lama nak cari masa nak story pasal pergi bandung haritu.. actly tak planning n takde dlm list holiday ke bandung akan berlaku pada tahun ini. tetapi bila kita hanya merancang allah yang menentukan beginilah jadinya. disaat2 akhir kitaorg pergi bandung. memandangkan smuanya free.. jadi aku ikut saja. alhamdulillah... dah ada org belanja jom sajalah.. angkat kaki dengan laju mengemas bag pakaian yg hanya membawa baju sehelai :P sehelai?? yea! katanya tempat shopping. ngapain bawa baju segala. beli aja dong. murah kok! tengok! belum pape dah speaking indon! poyo tak? :P kata johon (rajalawak). poyo poyyo ! haha..

21hb january.. flight malam kami dri LCCT. mcm biase la.. 2,3,jam before tu nak kena g awal dh kat airport.. bt tu bt ni.. tula perkara paling bosan kalau naik flight.. pergi awal pastu melangut kat MCD!


tengokla.. xde keje kami kat airport.. tapi still tunjuk muka happy! nak holiday kan kan. mestila muka mood baik punya... hehe.. @mcd lcct...

tempoh 2jam lbh ckit sampai la kami di bumi asing.. yea. jauh di seberang. memang la x aku jangka. Hp semua off, mati tak berfugsi d'sbb tidak roaming! bgs sgt la tu kau mimi... terputus hubungan semuanya termasuklah org tsyg... haha.. selamat rindu! nasiblh si fifi yg tgh mabuk kepayang bercinta ni roaming siap2 hp dia.. kalau tak kes naya la tu kan. smuanya x buat. padan muka last minute punya keje smuanya. smpai ticket gila mahal kau pegi beli jugak.. ishk2...
takpe2. duit bole cari. kebahagian tu ssh untuk kita cari. hargai selagi ada ya.. :)
kami d'jemput oleh pak iwan. supir kami. supir? no no no.. pemandu kami... :) rasa mcm ishk x sedap la sebut supir. rasa mcm jadi org kaya sgt. hahaha...  ok, pemandu pelancong kami namanya pak iwan. aduh baik bangat itu org. hehe..


lapaaaaa gila.. tak tau nak habaq mcmane la time turun airport tu.. tup2 jumpa kedai mkn ni.. omaigad u olls. restaurant kat tmpat diorg ni pkl 10 dah takde pape.. close katanya~ telan jugak lah bersama hati yg x rela... serius tekak aku tak bole msk mkn ni.. korang bayangkan makan gulai ayam yang manis gila gila.... bak kata org tganu manis leting! mcmane la nak mkn.. keciwa. smpai2 dah putus selera... semakin kurus -.-

kami menginap di hotel POP!

  

at first kami booking hotel sukajadi. tapi dpt panggilan plk sukajadi hotel FULL! terpaksa la cri hotel lain n POP mnjadi pilihan sbb tu je yg ada. haha.. no choice.. hotel POP kalau malaysia harganya dlm RM70. kira mcm hotel bajet.. takpela. asal bole tidur.. kan.. dalam kepala otak mesti la nk hotel best memandangkan bjln jauh2 di negara org. he.. tapi time kami pergi ni serius full gilaaa... so so so... dengan rela hati selama 4mlm 3 hari kami di POP. thnks to POP kerana kami tidur dgn aman.. walaupun kamar mandi macam dah serupa planet aku tgk! hahaha..... sory lupa nak snap pict. haha.. tp mmg klaka gila. almari pn xde. hotel apela fifi oii yg ko ambik nih. haha.. 

Good morning bandung :) view yang sgt cantik..
bangun paginya dah seronok sgt nak pergi shopping! semangat gila pak iwan belum smpai kitaorg da siap2 turun... duit x bnyak tapi smua tmpat nak pergi. sabau je lah kan..  FACTORY OUTLET! tempat branded kata fifi.. msk kali ni dh 3 kali fifi dbandung jadi bab selok belok membeli dia PRO la daripada aku yg jauh ketinggalan teramat Kuno ni... aku pn x dapat bygkan lgi mcmane. stakat tgk kat tv yg haniszalika tunjuk tu adala. tapi ni nak tgk real mcmaneeee... :) 

 kami bfast di sini.. nama restaurantnya enggak aku ingat.. tapi makanannya bisa aku makan.. boleh lah dari kelaparan gitu... walaupun enggak enak tapi aku harus katakan enak .. eh gitu lah.... liat  sama mbak fifi dan ibu yanti.. berselera gitu..

:) ni dah nak start bergambar.... gmbr pertama aku d'bandung... nampak tak.. d'tangga ada pinggan. sweet kan... nmpak very simbolik.. malaysia tak jumpa lagi :)

tamak gila :) teh o'ais dia sgt best.. kalau indonesianya bilang ice tea manis. 
sila coba kalau anda ke bandung :)

oklah. ready untuk jalan-jalan... hampir 10 buah FACTORY outlet aku pergi kat bandung.. bole dikatakan setiap satu tempat tu kami keluar dengan membawa bag plastic. itu tandanya apa? pandai2 la pk kan. hehe... 


ini factory outlet GOSSIP! sehelai seluar telah aku beli di sini dengan brand ZARA! sbb apa aku beli sbb masa aku g KLCC aritu aku da bekenan tapi mahal sgt. smpai 299MYR! pui. x mampuu... finally i get it @bandung. yeayyy.. semestinya murah!! dan sgt surprise di butik ini adalah kerana terpampan muka DATO SERI MAT SAID. menteri besor tranung kita la... baca punya baca tanya punya tanya rupa2nya pelancaran butik itu di rasmi oleh meteri besar terengganu kita. wah hebat n sgt femes. bagus2 :)

setelah pusing sana sini sehingga terlupa untuk makan akhirnya kami behenti di restoran nasi padang best in da world:) hehe..

bertambah jugak la aku makan.. sbb ada rendang daging. aku makan tu je.. sbb lauk lain lngsung tekak aku tak bole trima.. nampak! banyak sgt kan... ok itu hanya mengaburi mata saja bahawa kami makan bnyak. actly not like that.. kat bandung ni kalau masuk kat nasi padang mereka akan hidangankan bnyak lauk cmtu. pastu kita pilih je. yang kita makan tu la yang dikira. kira bagus jugak la... malaysia tak ada ya. hehe... alhamdulillah syukur. perjalanan tanpa sekatan. kenyang kami di sini.

begitulah selanjutnya hari ke hari kami di bandung... bila di fikirkan kembali, jauh berbeza negara kita dan negaranya. betapa merinduinya bumi malaysia setelah berasa di bandung. aku bersyukur menjadi rakyat malaysia. sbb aku bukan nak ckp apa. terus terang aku katakan negara indon nmpk mcm kotor. penempatannya agak ssh. jualannya hanya di roda tiga. sunggh aku kagum dengan mereka mencari duit. insaf! mereka cukup kuat laluinya. kalau kita tgk. budak2 kecik ada di tepi jalan minta duit sekitar jam12mlm. sedih ok bila tgk. ada yang lepax2 ada yang langsung x terurus. ada bermacam2 ragam mereka.

 bfst hari kedua... makanan x sedap. semua makan x habis. membazir betol.... huih huih..

hari kedua pula sgt memendam perasaan sbb duit dah tak banyak. pergi pulak pasar baru. separuh gila aku... sabar la wahai hati. memujuk hati ini insyaallah kami akan ke bandung lagi. next next. booking ticket lalu. huhu.. aku pun tak tau kalau korang g pasar baru tu. fuhhh mesti akan jdi gila. hahaha.. mcm2 ada.. bagi aku, aku lgi seronok shoping kat pasar baru. sbb harga boleh runding. boleh tawar meawar. rasa sgt best. lagi lagi.. sebab harga memang merudum murahhhh.....

ini dia pasar baru. one day kami kat sini rasa mcm tak cukup. memang seronok.. murah murah... hehe..bawak duit berguni pun belum tentu cukup. bagi aku laaa.... hee

oklah hari terakhir aku di bandung aku di kejutkan dengan berita buruk dari kg....
"innalillahwainalillahhirojiun".. tak tau la nak cakap mcmana. takziah buat keluarga di terengganu. nenek sebelah abah pulang ke rahmatullah. sedih weh.. arwah tak sempat kami mintak maaf. tak sempat kami tgk buat kali terakhir. apapun al-fatihah ~ semoga roh nenek dicucuri rahmat dan di tempatkan bersama org beriman. apa yang semua tak jangka nenek kembali kerahmatullah pada hari kelahirannya. 24januari. pada hari maulidur rasul. pada hari khamis mlm jumaat.. sungguh roh nenek tersenyum di saat pemergiaannya.. amin

dan tempat terakhir kami di bandung adalah tangkubang perahu... :) suker suker suker.. sejuk.... tangkuban perahu adalah tempat dimana gunung berapa meletup dan masih aktif. kata pak iwan..






okay. ini memang tak di nafikan. BEST BEST BEST :) Pergi bandung, jgn lupa visit tangkubang perahu ya. itu saja untuk saat dan ketika ini.. huhu.

bye.. bye.. bye..
da lewat nok g kije....





3 comments:

Unknown said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



Unknown said...

Salam
jom gi bandung
Trans 459 menyediakan perkhidmatan pakej pelancongan di bandung,
beberapa pakej lawatan kami kemas agar sesuai dengan keperluan anda.

Sila tanya tanya free

Contact us.
websit. : www.trans459bandung.com
e-mail. : trans459bandung@gmail.com
whatsapp. : +6285322230787

primera trans said...

Jom...jom...
Cuti cuti Bandung with family
And get our amazing tour package for 4 Days 3 Night..
▪ 4 pax price about 940K/94sgd/284RM

▪ 5 Pax Price about 870K/87sgd/264 RM

▪ 6 Pax price about 820K/82Sgd/246 RM

▪7 Pax price about 785K/78.5Sgd/238 RM
πŸ‘ πŸ‘“πŸ‘žπŸ‘ŸπŸ‘’πŸ‘—πŸ‘œπŸ‘’πŸ’°

Note : Package included
▪ Daily transport included driver, fuel, tol, parking, driver meals
▪ New car with 7 seater, full Aircon
▪ Daily mineral water
▪ Breakfast daily from hotel
▪ Daily tour (as costumer request)
▪ Hotel 3 star with 2 person inside
▪ Airport pickup and drop
▪ Tax and service
Hotel choice 🏀🏣🏒
▪ Tebu hotel ( riau street )
▪ Fave braga (inside shoping mall)
▪ Kembang hotel (cihampelas jeans street, cihampelas walk shoping mall )
▪ Citra dream hotel (walking distance to pasar baru)
▪ Dbest hotel pasar baru (with pool)

More detail you can contact us
Primera Trans Bandung
Whatsapp : +6285 318 49 0001
Gmail : primeratrans@gmail.com
Path : Primera trans
Facebook : Primera Trans Bandung

Happy holiday allπŸŽΆπŸŽ΅πŸ“πŸ“πŸŽ‰