"kadang-kadang untuk bahagia, kita harus memulakan langkah dulu"
sungguh.. walaupun hati tak cukup kuat tapi boleh jadi keajaiban itu datang dengan sendirinya...
Dengar ya wahai hati
Aku tahu rasa sakit ini Sukar untuk diungkap dengan kata-kata.. Malah, rasa sakit itu jugak tidak boleh diungkap Dengan contengan di atas lembaran kertas sahaja Dan lebih teruk lagi apabila hati itu
Sudah diminta untuk berhenti berfungsi.... Parah.....
Duhai hati yang rawan, Aku tahu apa pun yang cuba ku lakukan Sekali kata-kata orang terkesan dihati .. Kau akan selama-lamanya berbekas Bukan tidak pernah aku cuba kikis Tetapi memang itu cara hidupmu. Mudah memaafkan perlakuan orang Tetapi sukar melupakan... Dengar ya wahai hati
Aku tahu Andai saja hati itu boleh di‘scan’ dengan mata kasar
Kau lah anggota yang sarat dengan duka Berbanding anggota-anggota yang lain Penuh dengan torehan, luka dan parut Namun ku tetap yakin Engkau terlalu kuat dan tabah..
Wahai hati Aku bersyukur kerana punya hati sepertimu Itu kerana kau tidak pernah berhenti berfungsi sekali pun Kau tetap terus bergerak walau hanya dengan bertatih.. Itulah engkau HATI
Setiap kali disakiti, ditikam, dicucuk, disagat, dan disayat Kau tetap terus berfungi untukku
"Hanya untuk aku"....
Hati…
Bagaimana caranya agar ku bisa merawatmui? Guna plaster kah? Guna Gunting kah? Atau Guna iodine kah? Jika guna plaster, luka besar boleh diplasterkah? Jahit guna benang, takut akan meninggalkan parut Jika guna iodine, nantinya kuning hati itu Tidak cantik seperti orang lain yang merah... Alhamdulillah hati… Allah ajarkan padaku Agar sentiasa redha selalu Allah beri perhatian padamu dengan diuji... Wahai hati… Percayalah, walau dirimu penuh luka Tapi cukup engkau tidak bersangka-sangka Pada Tuhan yang menciptakan mu Juga yang menciptkanku Sungguh benar hati…
Ujian itu wasilah untuk kita Agar sentiasa ingat pada yang Esa…
Anas berkata, Rasulullah bersabda:
“Bahawa
besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan
bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian
sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha, maka dia akan beroleh
keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci
menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan dari Allah.”
(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
(Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)
adakalanya hidup ini bagaikan mimpi.. namun tanpa mimpi tak mungkin kita melayari hidup seperti adanya kita hari ini.. bersyukurlah...
aku bukan pndai berpuisi. apatah lagi berkata2. aku cuma rasa apa yang aku rasa.. kebahagian itu ada namun siapalah yg bisa mendapatkan dengan begitu mudah... sorry.. mungkin kata2 malam ini sangat touchig~ touching sebenarnya lebih kepada diri sendiri.. sebenarnya nampak aje kental. tapi hati ini cukup senstif.. perepmpuan..... lumrahnya mmg begitu.. :)
be happy ~ good night....
thanks for reading~
5 comments:
Wow...pandainyer menyusun kata2...."Raja kepada diri kita adalah HATI" # interesting :-)
Wow...pandainyer menyusun kata2...."Raja kepada diri kita adalah HATI" # interesting :-)
Sweet#insta#alhijabi
Sweet#insta#alhijabi
#sweet#insta#hijabi#licious
Post a Comment