Thursday, October 09, 2014

NUR ZAHRA AISYAH





Assalamualaikum..

berat sungguh hati untuk menaip kali ni. semoga hati terus tabah dan kuat.. salam takziah buat keluarga abang zam. Puteri sulung Nur Zahra Aisyah menghempuskan nafas yang terakhir di hospital besar kuala lumpur pada jam 10:10malam semalam (8/10/14). saya tak kuat ketika di beritahu tetang pemergian aisyah. sungguh terkesan di hati.. adk aisyah rasanya terlalu dekat dengan kami.  sesungguhnya dari allah kita dtg kepada allah kita kembali. baby aisyah yang berusia 38 hari pada mulanya dimasukkan ke IJN bagi menjalani rawatan jantung. sebulan di IJN , 5hari di rumah dan di masukkan semula ke GH kerana sesak nafas sangat menyayat hati kami.. memang dugaan itu datang dan pergi. kehadirannya di nanti2 perginya tidak di sangka sangka.. . hanya mampu doa. kuatkan iman tabahkan hati sesungguhnya semua yang bernyawa di dunia ini hnyalah pinjaman semata dari allah s.w.t..

"al fatihah.
 percayalah allah menguji kita dengan kehilangan aisyah bukan sekadar kehilangan tidak bermakna tetapi kehilangan itu terkadung hikmah tersendiri untuk kita lebih memahami erti kehidupan dunia dan akhirat. sebulan lebih yang penuh erti kenangan bersama aisyah adalah titik bukti untuk kita hidup di syurga allah nanti bersama aisyah anak tercinta.
AISYAH ANAK SYURGA
semoga menerima qada' dan qadar allah dengan hati terbuka berlapang dada dan redha dengan ketentuanNYA.  "

adik aisyah di kebumikan di kuala terengganu pada hari ini. semoga rohnya di cucuri rahmat. tenanglah di sana sayangku aisyah. 
mari kita panjatkan doa buat penghuni syurga 
NUR ZAHRA AISYAH..
Al-Fatihah~

kenangan baby aisyah di pangku oleh anuar zain ketika kehadirannya di IJN baru2 ni..

kenangan yang tak dapat di lupakan.. we love you.
1/09/14 - 8/10/14

No comments: