Sunday, November 16, 2014

BERSANGKA BAIK YA

"Ya allah jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berilah aku keyakinan bahawa takdirMU adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan & impikan. Kau damaikanlah hatiku untuk menerima takdirMU kerana aku yakin dan percaya perancanganMU adalah terbaik & terindah buat diriku. amin."


Ya ! Kerana kita ini manusia biasa…yang lemah…Dan sudah menjadi fitrah Kita sebagai seorang manusia biasa…tapi Cuba kita muhasabah diri ini…sampai bila Kita nak terus merungut? Sampai bila ? Ingatlah..sekecil-kecil perkara apa pun yang Kita tak suka atau sesuatu terjadi kepada Kita, itu kerana Allah sudah takdirkan ia sedemikian rupa…Allah rindukan rintihan hambaNya…Ada hikmah di balik setiap apa yang berlaku.
Allah sendiri berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286: ” Dan aku tidak memberatkannya melainkan apa yang terdaya olehnya”…
Ingat dan kunci rapat2 dalam hati bahawa Allah tidak pernah kejam…Dia hanya menguji kita dengan apa yang kita mampu lalui…Dia tidak akan menyusahkan hambaNya untuk sesuatu yg HambaNya tidak mampu…Subhanallah…Sayangnya Allah pada hambaNya…

hebat tak skaali skala samimi bertazkirah. haha.. berlawak berlawak juga tapi ini betul ya..Selalu kita bercerita psl gembira je dan kesedihan tak siapa mahu mendengar.. bukan minta simpati hanya sharing semata.. mane mungkin kan kita manusia tak pernah di uji.. yang penting  “Jangan merungut sesuatu yang hilang, syukuri apa yang ada”. hari ni dah ucap ALHAMDULILLAH ke belum? Haaaa.. boleh kau lupa? cuba ketok otak tu cikit. ehe.. kalau ketuk kepala hanya mampu menahan sakit baik ketok otak tu goncang lagi baik biar dia ade kesegaran cikit.. ingat tau dan kita sama2 mengingati antara satu sama lain..

Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
“Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.
Its ok to be sad. it means you're HUMAN.
"i write because nobody listen"

belanja satu celpie muka bangun tdo balik dari terengganu aritu. haha. 
k. good night love ~

thanks for reading !

No comments: