Friday, March 13, 2015

BAKAL SUAMI.. ?

hai assalamualaikum...
:) semoga hidup kita sentiasa di bawah lindunganNYA.

bagaimana ingin memulakan bicara.. sejajar dengan perumpamaan 'women are complicated'. i know....hehe

Bila bercakap tentang cinta, saya selalu berundur satu langkah ke belakang. mimi yang 'up to date' (lebih extreme suatu ketika dahulu) sangat kolot bila berbicara tentang CINTA.

saya akui, pandangan saya sebagai seorang remaja yang hidup di era ini tentang cinta memang jauh ketinggalan. saya masih kukuh dan kuat memegang prinsip 'bercinta selepas kahwin'. (yake? ehe... maksud di sini bercinta sebelum kawin x perlu over..sy perlukan status halal untuk bercinta. sorry bakal suami..sbb tu sy x lebih2.. sy takut cinta kita separuh jalan .. aduhhh sakitnya tuh di siniiiii)

saya suka sosial juga bersama kawan perempuan. ada masa saya sosial dengan event hijabi shja :D dari dahulu sehingga sekarang cuma mungkin sekarang saya lebih berjaga-jaga dalam batas pergaulan. tetapi soal hati, saya asingkan.

tidak pantas untuk saya katakan saya tiada keinginan untuk dicintai dan mencintai. saya juga berani jamin, tiada orang yang tiada perasaan 'ingin bercinta' begitu kerana lumrah kita manusia, dicipta bernafsu dan berperasaan. kita bukan malaikat. tetapi biarlah perasaan itu disalurkan dengan betul..

saya petik kata-kata ini, 
"While chemistry and attraction are no doubt important, character precedes them both. A famous quote follows, “Chemistry ignites the fire, but character keeps it burning.” The idea of falling “in love” should never be the sole reason for marrying someone; it is very easy to confuse infatuation and lust for love."

apabila kita berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu tentang sikap atau karakter dirinya. sebab itulah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita bertaaruf. sebelum itu, kita juga perlu buat check-list tentang karakter yang bagaimana kita mahukan (ingat, kita berkahwin dengan manusia, bukan malaikat). jika ciri-ciri itu ada pada dirinya, zasss.. "yes i do" jelah.

tetapi awas, sebelum membuat apa-apa keputusan besar dalam hidup kita, istikarahlah kepada Allah terlebih dahulu. pohon kepadaNya supaya keputusan yang bakal diambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun bisikan syaitan. jika benar 'dia' untuk kita, jangan berhenti untuk memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. inshaAllah, dia maha Mendengar.

saya juga sangat percaya yang keserasian sangat mudah dicapai apabila kita di bawah redha  Allah. proses mengenali juga lebih mudah, cepat dan telus selepas diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang betul. proses mengenali (orang muda-mudi cakap 'mencari keserasian') sebelum berkahwin lebih menjurus kepada bisikan syaitan.

jika baru bercinta dihasutnya supaya 'lebih mengenali', nak suruh buat maksiat lettew. jika sudah buat keputusan untuk berkahwin, dihasutnya supaya timbul salah faham, nak halang kita 'saling mengenali' secara halal lettew. syaitan sangat benci melihat anak adam berumah tangga kerana periuk nasi utama mereka akan 'basi'.

timbul pula soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan chemistry, dua perkara yang berbeza.

bagi saya suami adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul saw. tidak utuh saya bazirkan cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang bakal sehidup semati, besusah bersenang dengan saya adalah suami saya? yang lebih berat, wajarkah saya memberi sedikit cinta saya kepada lelaki lain sedangkan yang akan menanggung dosa saya nanti adalah suami saya?

jadi slogan untuk hari ini,

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki sesuka hati kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami."
apa yang penting hari ini lakukan istkharah.. ya.. mungkin kita ketemu istikharah cinta kita yang satu itu. REDHA dengan ketentuannya.. insyaallah kalau ada jodoh tak kemana.. cinta datang tanpa bersyarat. anugerah tuhan yang tidak ternilai..
gittuwwww :D



“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..doa yg baik2 insyaallah yg dtg juga baik2..
Aamin..

entry ni saja-saja dan suka-suka. jangan touching sgt. hehe
thanks for reading!

No comments: