Sunday, July 26, 2015

RAYA BERSAMA Aisy Wildan



Assalamualaikum…

Uwaaaa.. rase nak melompat sebab dapat update! gatal tangan nak menaip..tahu! (Melampaukan.. hehe) Selamat hari raya di ucapkan moga tak terlewat dan kiranya ada salah silap harap di ampuni.."ketika tangan tak mampu berjabat kaki tak dapat melangkah hanya hati yg mampu berbisik mohon maaf atas segala kesalahan.." biaselah dalam bebicara mungkin terkasar bahasa mohon maaf lahir batin ya.. sedangkan tuhan ampunkan umat inikan pula sesame manusia. Wah gittuww.. ceramah ckit.. yelah ade yg mintak maaf arini esok gaduh lagi. Jadi maafnya di mana? ikhlasnya di mana?  Semoga kita semua berbahagia ketika di bulan syawal ini dan hari2 seterusnya in sha allah .

Raya kali ni tak terasa.. boleh dikatakan raya tahun ni lah paling tak berseri.. eh eh serinya ade pada insan baru kot.. oklah nak citer pasal raya pun tak best mana.. raya biase2 je. Alhamdulillah sesempurna yg mungkin kita raikan…



 berbalik kepada orang baru yg di maksudkan ialah terlahirnya insan yg memang di nanti-nanti.. 
anak buah yang pertama "Aisy Wildan".
7-7-15 (20ramadhan) lahirnya seorang bayi lelaki seberat 2.87kg (bersalin normal) di hospital naluri wangsamaju kuala lumpur. tarikh keramat yang memberi seribu rahmat.. alhamdulillah.. harini genap 20hari lahir ke dunia.. terima kasih tuhan atas kurnianmu melalui kakak ku.. cucu pertama, anak buah yg pertama. segala-galanya pertama.. aduhhh... bertuahnya badan.. penyeri di dalam keluarga.. seronoknya bak ang tak tau nak cakap camne.. dulu pernah teruja ngan anak buah lain (anak2 sepupu) tapi penangan nya tak sama.. darah dagingg ouch... yg ni lain rasanya.. 

Aisy = Mewah, kaya raya
Wildan= kanak kanak penghuni jannah.

aisy wildan. nama tu aku yang bagi. akhirnya di persetujui oleh semua pihak. (keluarga). memang aku jenis peka bab2 nama. anak org nak buat macam anak aku. susah kan camtu. kikikiki.. hope depa semua  maafkan aku. haha.. excited ok! tapi alhamdulillah nama ok kan??? cuma nak letak muhammad mok pok dia tak suka pulak. aku cam pelik org skrg ni. bukan afdalnya letak ke??????????? haih.. bab ni ssh nak citer lah.. biarlah anak dia.. hmmmm.... katanya panjang sgt! nak tulis nama kat buku skolah esok2.. apa kolot sgt! pakai cop jela esok2.. zaman canggih. sebenarnya tu tak jadi masalah. yg maslaahnya hidup suka nak meniru org.. org tak letak jadi 'ngko' pn tak letak.. ok mimi ingat kat kepala otak kau. anak org bukan anak kau ! :) eheee..
hope aisy wildan aku membesar menjadi anak yg soleh... Aamin..

aku sertakan sekeping gambar wajah kesayangan hamba...untuk tatapan warga cyber yg membuka ruangan ini. semoga anda sama2 doakan untuknya semoga jadi anak yg soleh ok.. terima kasih.


ucapan untuk anak sedara lelaki pertama yang hadir dalam keluarga. semoga blog ini masih wujud ketika aisy membesar menjadi seorang hero.

"aisy.. maksu sayang aisy..
walaupun aisy tak pernah tahu dan tak mengerti apa2. suatu hari nanti aisy pasti tahu apa itu sayang, kasih... hargai apa itu sayang. maksu doakan aisy jadi anak yang soleh. semoga berjaya di dunia dan akhirat. sayangilah nenek aisy 'nek ma' kerana dia sayang aisy melebihi dari segalanya..sejak lahir nek ma lah yg jaga aisy. berjaga di malam hari walaupun kesihatannya tak mengizinkan. demi aisy. shes strong! dengan ummi jaga perasannya.. jangan pernah derhaka.  sakitnya dia melahirkan aisy hanya tuhan yang tahu... kalau video itu masih ada suatu hari nanti. aisy boleh tengok. daddy ade record tau. sakit tau...hampir nyawanya terhenti... tapi ummi kuat. hope aisy terus memberi kekuatan kepada ummi.  jangan pernah menuding jari pada daddy.. dia juga bersusah payah untuk aisy. mencari sesuatu secukupnya untuk keperluan aisy.. pengorbanan mereka jgn pernah aisy lupa.. "

alamakkkk! continue laterrr... gtg

untuk setiap kata yang tak tejaga, hati dengan prasangka janji yg tak terpenuhi kesalahan yg sengaja. hilaf yang tak di sangka.. maafkan manusia yg tak sempurna ini... 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

"thanks for reading"

Saturday, July 04, 2015

SALAM RAMADHAN 2015

Assalamualaikum..

salam 17 ramadhan. salam nuzur al-Quran.
ya allah sungguh tak terasa.. tak terbeban dengan ramadhan kali ni. perjalanannya membawa seribu erti biarpun banyak pahit dan halangan. semoga apa yang terjadi membuatkan kita semakin kuat. semakin matang untuk menepuh hari2 mendatang. alhamdulillah dan syukur.. Semoga semua amalan kita hari ini di terima allah SWT . inshaallah.

ketika hati ingin mula merasa nikmat badai dugaan pula datang. tapi syukur tak terlewat untuk hati ini menabur benih pada insan selayaknya. jujur.. berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. semoga hati terus tabah. entah apa yang aku nak ceritakan ni. hehe

'hasbunallah wani'mal wakil, nikmal maula wanikman nasir' - saat hati membatu, lidah kelu, akal buntu , ketika itulah kita sedar allah sebaik-baik penolong kita kan?

marah kita, rungut kita, keluh kita, rintih kita, sakit kita, takut kita, semuanya akan jadi kata-kata yang tertahan. (hanya dalam jiwa). andai di salurkan pada lorong iman. yang indahnya bila tertahan dengan sangat limpah satu masa nanti bocornya bukan pada manusia tapi pada allah. bila dengan dia kita akan ada lebih banyak ruang untuk bercerita itu ini. jujur. telus. dan bebas. Dan bukankah seseorang kan terasa makin dekat serta saling mengenal bila sering bercerita, bertegur, dan bersapa.... akan sampai satu masa nanti kita tak ada siapa-siapa dan tiada apa-apa . waktu itu yang 'punya' hanya ALLAH. jasad kita malah terpisah yang tinggal cuma roh yg bersendiri. lalu bila di bumi lagi jarak kita dan dia begitu jauh apa mungkin suatu masa nanti 'engkau akan terasa begitu dekat padaku? rohku? jiwaku?"

allah cukuplah... ajarkan aku mendidik hati untuk sering mengenalmu sampai jatuh mencintaimu...

 Ada perkara lagi dalam dunia ini tak boleh kita paksa tanpa rela tanpa suka tanpa ikhlas tapi banyak juga perkara lain dalam dunia ni yg prlu kita paksa walau tanpa rela tanpa suka tanpa ikhlas.
untuk tahu... maka belajarlah tentang tuhan , tentang manusia, tentang hidup secara keseluruhannya.
menjadi manusia berakal dan berfikir dalam sedar dan dalam rahmat kasih tuhan. semoga mampu jatuh cinta pada perkara yang sepatutnyta....

 tahun ni tak balik raya.. ya allah macamane nak dengar takbir raya ni. mesti luluh hati jiwa dan raga.. aduhh sakitnya tuh di siniiiii.... semoga semuanya baik2 sahaja dengan kehadiran 'orang baru'..

sampai jumpa lagi 
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN... 

Thanks for reading!