Assalamualaikum…
Uwaaaa..
rase nak melompat sebab dapat update! gatal tangan nak menaip..tahu! (Melampaukan.. hehe) Selamat hari raya di
ucapkan moga tak terlewat dan kiranya ada salah silap harap di ampuni.."ketika tangan tak mampu berjabat kaki tak dapat melangkah hanya hati yg mampu berbisik mohon maaf atas segala kesalahan.."
biaselah dalam bebicara mungkin terkasar bahasa mohon maaf lahir batin ya.. sedangkan
tuhan ampunkan umat inikan pula sesame manusia. Wah gittuww.. ceramah ckit..
yelah ade yg mintak maaf arini esok gaduh lagi. Jadi maafnya di mana? ikhlasnya
di mana? Semoga kita semua berbahagia
ketika di bulan syawal ini dan hari2 seterusnya in sha allah .
Raya kali ni
tak terasa.. boleh dikatakan raya tahun ni lah paling tak berseri.. eh eh serinya
ade pada insan baru kot.. oklah nak citer pasal raya pun tak best mana.. raya
biase2 je. Alhamdulillah sesempurna yg mungkin kita raikan…
berbalik kepada orang baru yg di maksudkan ialah terlahirnya insan yg memang di nanti-nanti..
anak buah yang pertama "Aisy Wildan".
7-7-15 (20ramadhan) lahirnya seorang bayi lelaki seberat 2.87kg (bersalin normal) di hospital naluri wangsamaju kuala lumpur. tarikh keramat yang memberi seribu rahmat.. alhamdulillah.. harini genap 20hari lahir ke dunia.. terima kasih tuhan atas kurnianmu melalui kakak ku.. cucu pertama, anak buah yg pertama. segala-galanya pertama.. aduhhh... bertuahnya badan.. penyeri di dalam keluarga.. seronoknya bak ang tak tau nak cakap camne.. dulu pernah teruja ngan anak buah lain (anak2 sepupu) tapi penangan nya tak sama.. darah dagingg ouch... yg ni lain rasanya..
Aisy = Mewah, kaya raya
Wildan= kanak kanak penghuni jannah.
aisy wildan. nama tu aku yang bagi. akhirnya di persetujui oleh semua pihak. (keluarga). memang aku jenis peka bab2 nama. anak org nak buat macam anak aku. susah kan camtu. kikikiki.. hope depa semua maafkan aku. haha.. excited ok! tapi alhamdulillah nama ok kan??? cuma nak letak muhammad mok pok dia tak suka pulak. aku cam pelik org skrg ni. bukan afdalnya letak ke??????????? haih.. bab ni ssh nak citer lah.. biarlah anak dia.. hmmmm.... katanya panjang sgt! nak tulis nama kat buku skolah esok2.. apa kolot sgt! pakai cop jela esok2.. zaman canggih. sebenarnya tu tak jadi masalah. yg maslaahnya hidup suka nak meniru org.. org tak letak jadi 'ngko' pn tak letak.. ok mimi ingat kat kepala otak kau. anak org bukan anak kau ! :) eheee..
hope aisy wildan aku membesar menjadi anak yg soleh... Aamin..
aku sertakan sekeping gambar wajah kesayangan hamba...untuk tatapan warga cyber yg membuka ruangan ini. semoga anda sama2 doakan untuknya semoga jadi anak yg soleh ok.. terima kasih.
ucapan untuk anak sedara lelaki pertama yang hadir dalam keluarga. semoga blog ini masih wujud ketika aisy membesar menjadi seorang hero.
"aisy.. maksu sayang aisy..
walaupun aisy tak pernah tahu dan tak mengerti apa2. suatu hari nanti aisy pasti tahu apa itu sayang, kasih... hargai apa itu sayang. maksu doakan aisy jadi anak yang soleh. semoga berjaya di dunia dan akhirat. sayangilah nenek aisy 'nek ma' kerana dia sayang aisy melebihi dari segalanya..sejak lahir nek ma lah yg jaga aisy. berjaga di malam hari walaupun kesihatannya tak mengizinkan. demi aisy. shes strong! dengan ummi jaga perasannya.. jangan pernah derhaka. sakitnya dia melahirkan aisy hanya tuhan yang tahu... kalau video itu masih ada suatu hari nanti. aisy boleh tengok. daddy ade record tau. sakit tau...hampir nyawanya terhenti... tapi ummi kuat. hope aisy terus memberi kekuatan kepada ummi. jangan pernah menuding jari pada daddy.. dia juga bersusah payah untuk aisy. mencari sesuatu secukupnya untuk keperluan aisy.. pengorbanan mereka jgn pernah aisy lupa.. "
alamakkkk! continue laterrr... gtg
untuk setiap kata yang tak tejaga, hati dengan prasangka janji yg tak terpenuhi kesalahan yg sengaja. hilaf yang tak di sangka.. maafkan manusia yg tak sempurna ini...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
"thanks for reading"
No comments:
Post a Comment