bismillah..
assalamualaikum buat tatapan sekalian alam...
ya allah lamanya saya menghilang didunia blog ni. maaf kiranya ada yang menanti untuk tatapan harian korang. thanks to cik esah. sbb dia sy rajin nak update blog harini.. dia yang mngingatkan tentang ketidak beradaan saya di laman blog ni. mungkin sbb masa tak mengizinkan..
pejam celik pejam celik dah hampir 5 bulan berpindah ke kemaman terengganu. memang langsung tak terasa. alhamdulillah. semua baik2 saja. apa lagi ya nak cakap... hmmmmm... hehe dah jakun rasanya kat sini tak tahu nak cakap apa. bicara apa.. hahaha... aduh!! cik esah nak tahu apa eh?? dia sibuk nak tahu bila sy nak kawin sebenarnya. sbb hujung bulan ni genap sy 25tahun.. sy pun tak sangka. akhirnya angka tu sampai juga. sbb apa? sbb.. sy pernah ckp kat diorg geng group hijaber yg nak kawin umo 25tahun.. kantoi di situ.. sy cakap kalau ada jodohhhhh.. masa ckp tu baru umo 21 xde bf hahaha... ya allah betapa sy x sedar sy pun dah makin matang sy tak pndai nak ckp benda2 mcm tu skrg ni. bagi sy ada jodoh tak kemana. calon tu ada in sya allah kalau tuhan izinkan.. sapa yang tak nak kahwin berjanji sehidup semati kan :D haha... sabar ya kalau dah tetapkan sy akan buat annoucement satu dunia kikikiki...
cik esah siap cakap sediakan satu tatapan yang indah buatnya untuk di baca. jadi saya bingkiskan ini ;) al maklumlah sy bukan mcm org lain.. kekasih hati sy jauh di mata...SY RINDU DIA jadi sy taip ni.. semoga cik esah tak muntah hijau haha...
Duhai bakal suamiku..
Tak pernah jemu aku menunggu kehadiranmu dalam hidupku,
Tak pernah putus ku berdoa,Moga Allah segera menemukan kita,Aku tahu dirimu juga sedang berdoa,
Aku tahu dirimu juga sedang berusaha mencariku,
Aku tahu dirimu juga sedang merinduiku..
Duhai bakal suamiku..
Aku harap,Selepas kita bertemu,Hatiku terpaut setia padamu,Begitu juga
denganmu terpaut setia padaku,Ku harap pertemuan kita
diredhai,Seterusnya dihalukan ke jalan cinta kerana Ilahi,Membina
mahligai cinta di dunia,Yang dapat kekal sampai ke syurga-Nya..
Ku harap hubungan kita direstui oleh ayah bonda,
Ku harap urusan jodoh kita dipermudahkan..
Apabila kau dan aku sudah disatukan,Ku harap kau menjadi suami soleh,
Suami yang dapat membimbingku ke jalan-Nya,
Suami yang penyayang dan setia,Suami yang sabar dengan kerenahku dan putera puteri kita,
Suami yang penuh tanggungjawab,Suami yang sempurna di mataku..
Duhai bakal suamiku..Aku ini kuat cemburu,Aku ini terlalu manja,Aku mahu
kau sentiasa disisiku,Aku mahu kau setia bersamaku,Aku mahu kau menjadi
milik mutlak aku dan anak-anak,Aku akan berusaha memberi yang terbaik
untukmu,Makan minummu,Pakaianmu dan lenamu,Kesihatanmu,Aku akan
menjagamu dengan sebaik-baiknya..~InsyaAllah~
Andai aku tidak memuaskan hatimu,Tegurlah dengan lemah lembut,Belailah aku dengan kasih sayang,
Hargailah aku sebagai seorang perempuan,Hargailah aku sebagai ibu kepada anak-anakmu..
Aku tetap terus menunggumu,Aku tetap terus merinduimu,
Segeralah hadir dalam hidupku
Permudahkanlah urusan jodohku Ya Allah..Hanya Kau yang mengetahui isi hatiku..
♥ SEMOGA BERMANFAAT ♥
Barakallaahu fiykum wa jazzakumullah khoir
♥Sebelum Engkau Halal Bagiku♥
♥SALAM SANTUN UKHUWAH♥
Semoga apa yang telah disampaikan ini ada manfaatnya,
Bila ada salah lisan tak bermakna mohon dimaafkan yang benar itu pasti
datangnya dari Allah S.W.T dan yang salah itu datangnya dari kelemahan
diri sy pula.
cik esah......... sweet tak aku hari ni? haha...
ok bye lappy aku dah siap!
jumpa lagi...
No comments:
Post a Comment