Thursday, January 02, 2014

Hello 2014

Assalamualaikum..

SELAMAT TAHUN BARU !!

semoga azam yg lepas terlaksana. andaipun tidak terlaksana pada tahun lalu semoga tahun ini berjaya dengan semangat yang lebih lagi.. Alhamdulillah kerana kita masih lagi di bumi bertuah. macam2 berlaku pada dunia sebelum bertemu tahun 2014 ni. ade suka ada duka.. mcm2 lah.. kalau nak cerita memang tak habis cerita. apapun ceritanya kita bersyukur ya :) semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya... 2014..... memang tahun berganti tahun kami menantimu....

terima kasih 2013 untuk segala-galanya. pengalaman, harapan, impian.. alhamdulillah dugaan dan ujian itu aku mampu tangani. memang sesekali tidak akan aku lupakan. kerana disitu tercipta kenangan.. bukan semua yg mampu ingat 365 hari tu. ada masa otak blur.. hehe.. cuma sgt beruah menjadi seorg penggemar meng'snap' photo. jadi kenangan tu ade boleh lah #throwback.. thanks to my sweet pinky S3 yg selalu menjadi teman =) 

Life aku takde apa yg menarik. biase2 saja. takde istimewa smpai nak bermegah2 dalam sesuatu hal. aku memang slalu camni. simple. apa yg boleh bawa aku ke daerah itu aku pergi. kalau tak boleh aku diamkan saja. yang pasti biarlah apa yang kita lakukan dengan rasa hati yg lapang. jangan sakit hati memanjang muka pun muncung.. aku bukan jenis camtu jadi mudah je bagi sesiapa yg mendekati untuk tujuan yang baik... yes! im so friendly and easy going.. 'kau baik dengan aku aku baik dengan kau.' begitulah sebaliknya..... bagi aku setiap apa yang berlaku dlm kehidupan ni memberi impak yg mendalam.. itulah yang mematangkan kita sebenarnya... baik buruk kita kena trima. lumrahnya memang begitu...

last of date 311213 aku takde plan pape pun.. aku keluar dengan sista je pegi jln2... jln tak jalan dah nak pkl 11 mlm. skaligus menyaksikan fireworks yang paling lawa dekat KLCC.. first time hokeyy :)


macam tu jelah 2013. semua dah bercampur menjadi satu dan terlahirlah 2014. semoga terus tabah dengan pelbagai kemungkinan.. mcm biasalah hidup harus di teruskan walau apa jua ceritanya.... 

thanks for reading !

Monday, December 23, 2013

BAHAYANYA WANITA

Assalamualaikum.

masih ingat pada perempuan yang malas update blog ni? ke dah lupa? takpelah dah lupa pun no hal tapi kita nak share jugak dengan korang satu perkara best ni..

22dec13 / 8:30pm bergegas kami masuk panggung sari istana budaya... siapa yang tak tau kewujudan BAHAYANYA WANITA adalah berlangsung bermula 20-31dec 2013. selain novel, teater adalah hobi aku. siapa yang tak ajak terasa benor hati ni. haha.. tapi tgk pada ceritanya jugak lah. tapi yang satu ni sah2 kalau tak pergi tengok rugi..

Betulah kata org wanita ni bahaya.. bahaya dari segi apa itu sesiapa yang bersamanya saja yang akan  tahu.  yang pasti tindak tanduk orang lelaki memang mempengaruhi naluri wanita. jangan cuba2 mempermainkan maruah wanita kerana di situ letaknya harga diri. LELAKI..... mudahnya jatuh cinta. mudahnya bermain dengan api. mudahnya bermain kata2..

nora danish, erra fazira, umie aida dan zizan razak adalah watak utama dalam menjayakan BAHAYANYA WANITA.. Sesuai dengan tajuk yang di berikan 10star for erma fatima sbb pndai pilih pelakon and jalan cerita yang sangat menarik. apa idoknya maybe sebab pelokon best jadi jalan ceritanya pun menarik.. ah gitu lah senang citer..

first time tengok mereka secara dekat. memanglah teramat cantik... tak payah cakap lebih lah sapa yang teringin sgt nak tgk just go.. mmg best dan langsung tak rugi...




ini adalah pakaian yang paling simple dan last minute.. :)




harga ticket adalah seperti berikut kalau siapa yang tak tau... boleh call skali tanya masih ade kosong or tak ya :) selamat menonton.... im happy...

thanks for reading..

Monday, December 02, 2013

BIG DAY SHUHADA & AFFIZAN (COUSIN)

Assalamualaikum..

tak adil rasanya tak membuka satu lembaran di dalam blog  ni dengan penyatuan dua hati shuhada dan affizan (lovely cousin)..
pantas masa berlalu hampir masuk sebulan pernikahan mereka dan sebulan juga aku tidak mengabdikan pada belogs ini. sungguh masa yang tak menginzinkan membataskan ruang rindu ini. wah gittuuw ungkapannya. hehe...

9november 13 yang lalu di masjid sultan ismail chendering kuala terengganu bersaksikan sanak saudara yang hadir terlafazlah akad affizan dan shuhada. senang citer kita panggil mereka (pok P dan kak Da) org tngganu biasenya ungkapan singkat2 aje.. meriah sungguh meriah. walaupun majlisnya tak se gah dan sehebat di bandar tp peristiwa itu mengundang kerinduan dan terkesan di hati semua yang hadir....haih rindu bila lagi ade majlis macam tu tak tau lah. tunggu kakak aku kawin pulak laaa.. BILA???

Buat merpati dua sejoli SELAMAT PENGANTIN BARU aku ucapkan. semoga berbahagialah hingga ke syurga. doa sentiasa mengiringi kalian.. one word to say cepat2 dapat baby girl. hehe


 









memang meriah sangat2.. tak dapat nak upload all picture. tapi nanati nak tgk bnyak gmbr lagi go to my fb ya... https://www.facebook.com/syamimi.hasli

tgk org kawin rase kita pun nak kawin. apatah lagi tgk mereka bahagia. tapi jalan yang di lalui kita semua berbeza. aku pun belum  bertemu jodoh dan yang pasti ramai lagi yang belum menemuinya..

Jodoh takkan datang bergolek. Ada orang yang mahu berkahwin dan amat perlu cinta, sukar menemui cinta sejati. Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani . Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri.


Jangan labelkan diri aku yang tersisih . tapi katakan aku yang terpilih. Terpilih untuk demikian dengan manusia, tapi perlu bercinta dengan ALLAH (terlebih dahulu) .

Yang salah yang betul
Jodoh tak perlu dicari ALLAH menyuruh manusia berusaha
Perempuan hanya perlu menunggu Sayidatina Khadijah meminang Rasullullah
Perempuan tiada pilihan, hanya laki yang berhak Perempuan berhak untuk memilih
Bila terlanjur, teruskan sebab xkan jumpa yang baik Pintu taubat sentiasa terbuka
Banyak beza susah kekal banyak beza saling melengkapi
perlu cinta sebelum kahwin ramai bercinta gagal, sedangkan islam galakkan bercinta selepas kahwin
pasangan perlu kerap sms dan berjumpa pasangan perlu jaga batasan
percaya janji kata manis sedangkan ia bukanlah segalanya. cinta dtg dengan tanggungjawab

sama2 kita kongsi...
thanks for reading :)