Sunday, January 08, 2012

Assalamualaikum..


hati aku sangat runsing 2,3harini. memikirkan sesuatu yang sgt mustahil untuk memulihkan keadaan dengan secepat mungkin ... atau mengambil masa yg agak singkat untuk berdamai.. (dia hilang tak tahu kemana) entah di mana silapnya. aku jadi serba salah memikirkan kedua-duanya.. aku tak mengiakan pun jua tidak menidakkan.. berada ditengah-tengah aku rasa sgt tersepit... cubit peha kanan peha kiri akan terasa. lebih mendalam jika aku katakan di telan mati emak di luah mati ayah. rumit sungguh keadaan yg menimpa ketika ini...

Maaf, mungkin selama ini aku bukanlah ADIK yang baik..
Maaf juga, mungkin selama ini aku sering MELALAIKANMU..
Maaf lagi, mungkin selama ini aku membuatmu rasa SEDIH TERSISIH..
Maaf juga, mungkin selama ini ada bicaraku yang PEDIH..
Maaf sungguh, mungkin selama ini aku sering TIDAK MEMAHAMI..
Maaf aku hanya hamba yang biasa, kerana KELEMAHANKU itu seringku panjatkan doaku padamu di kesempatan yang ada..

Moga Allah selalu MENYAYANGIMU kerana siapa pun kamu, kamu itu adalah saudara perempuanku di dunia dan di akhirat..tidak ada apa-apa yang ku pinta dari mu, hanya KEMAAFAN yang tulus ikhlas..

Lidahku kelu..langkahku terpaku.. fikiranku bercelaru, hatiku sedu… masih lagi ku MENCARI-CARI hatiku dan IKHLAS lillahi Ta’ala untuk menjadi PELENGKAP buatnya.. tunjukkanlah jalannya ya Allah…

~✿ Mahu pun luka itu berdarah deras,
pasti darah itu akan terhenti jua...
Mahu pun luka itu meningalkan calar,
pasti calar itu akan pudar jua..
Mahu pun luka itu sakit ,
pasti ada insan lain akan sapu kan ubat bagi menghentikan kesakitan..
Pasti kita trauma dengan setiap kejadiaan
tapi yakin lah itu adalah pengajaran... ✿~

-jangan ada dusta di antara kita 'FF'.. 
(khas d'tujukan untuk seseorg yg x pnh bukak blog aku)

Syamimiehaslee

No comments: