Wednesday, January 04, 2012

Mengapa Perasaan Perempuan Selalunya Lemah

Assalamualaikum,

hmmm... Dah puas menangis. mungkin sebab itu aku berani mati mengupdate blog pagi2 buta mcm ni. sunyi & sepi selalu menemani ketika aku begini. aku senang sebenarnya dgn suasana ini bila hati di sapa sayu... arghhh... aku perlu rehat kan otak ni. agar ia kembali normal.. ( eh eh eh..aku x gila lagi) he. sedap sikit bunyinya kalau aku katakan agar ia kembali tenang... kann :)
satu panggilan (telefon) sudah cukup buat hati aku rawan. bukan marah hati cuba tersentuh...
....biarlah rahsia....

Duhai Hawa, mengapa kita terlalu lemah? Aku selalu terfikir mengapalah perasaan perempuan itu selalu lembut dan tersentuh. Bukan kita tak pernah dengar, sekeras-keras hati perempuan, akan lembut juga. Kerana itu rasanya Allah jadikan ibu seorang perempuan.
Seorang ibu itu dia lembut dalam garang, marah dalam sayang. Dua sifat antagonis ni sangat sebati dalam diri seorang insan bergelar Hawa. Kadangkala sensitifnya terlebih, adakalanya penyayang bukan main lagi.
Peliknya, untuk memahami perasaan naluri diriku sendiri, hatiku kadangkala seperti sebuah sampan di atas ombak yang kuat. Bergulir-gulir tanpa tujuan walaupun sudah dikayuh dengan kuat ke arah yang sudah ditetapkan.


Dalam umur yang memasuki dewasa ini, perasaan adalah satu-satunya harta berharga yang perlu dijaga. Dan alangkah  susah sebenarnya.

Oleh kerana itu kita lihat ramai orang solat dan menutup aurat namun tidak ramai yang dapat menjaga pergaulan. Sungguh, jalan menuju redha Allah penuh dengan duri dan jalan ke neraka penuh dengan keenakan duniawi.

Kaum Hawa, kuatkan jati dirimu dan lindungilah tamanmu dari dicemari oleh pandangan orang yang bukan menjadi hakmu.

Kaum Adam, peliharalah hatimu dari menjadi milik selain dari Rab-Mu. Semoga kita semua menang dalam menempuhi ujian di dunia ini. Ameen!

*selamat malam

Syamimiehaslee

2 comments:

Zul fattah said...

kalau Tuhan buat perasaan perempuan kuat.. kompem xde org yg dapat pujuk popuan..

Wan Nursyamimi said...

betul jugak kan. hehe.. :) nak buat mcmane. dah lumrah... huu......