Tuesday, December 30, 2014

NEGARA KITA DI UJI LAGI

Assalamualaikum..

resah hati dengan berita di muka dunia ini. semoga semuanya sihat hendaknya. bersyukur kita hari ni kerana masih lagi dalam lindunganNYA.. ya allah hanya tuhan yang tahu. bencana menimpa pada negara kita. sungguh kesedihan mereka turut aku terasa. percayalah pada suratannya, ketentuannya.. kita hanya merancang dengan akal tapi allah bertindak dengan kesahihannya. bila kita di uji, pelbagai pula sifat manusia yang kita dapat tgk. betul ke tak? (suka hati korang la nak jawab apa)

 TEKAN PLAY (TENGAH) UNTUK MENGHAYATI NURKILAN INI.. 

sedikit nurkilan agar kita bisa mengerti tentang hidup...

Bala bencana yang dahsyat kepada seorang hamba..
Bukan ditimpa bencana alam
Seperti air bah, angin kencang,
gunung berapi meletup,
gempa bumi menggoncang

Tidak juga sakit yang teruk seperti barah yang garang
Bukan juga ditohmah dan difitnah
Juga bukan kerana susah tidak ada apa
yang hendak dimakan dan diminum
Sekalipun ditangkap, dijel dan dipenjara
Bahkan dibunuh, itu bukan bala yang dahsyat
Tapi bala yang dahsyat itu ialah ditarik iman..
Seperti selama ini syariat seseorang itu kemas,
selepas itu cuai balik asal
Keyakinan yang kental kembali longgar
Sembahyang jemaah yang menjadi tradisi dicuai
Ibadah yang selama ini istiqamah
Sudah menjadi malas, culas,
bahkan membuatnya terseksa
Hukum-hakam yang selama ini dipelihara
dan dijaga dengan baiknya
Selepas itu sudah tidak diambil kira lagi
Anak isteri yang selama ini dididik
sudah tidak dipedulikan
Pantang-larang Tuhannya kembali dilanggarnya
Takut kepada Tuhan tercabut dari hatinya
Halal haram sudah tidak diambil kira
Demi keuntungan dunia
yang belum tentu mendapat untung
Pintu hatinya ditutup rapat-rapat
Kebenaran sudah tidak boleh diterima lagi
Jika diberitahu atau dinasihat sakit hatinya
Bahkan adakalanya bangga pula membuat kejahatan
di hadapan kawan-kawan lamanya
Fikirannya dunia, mazmumah hatinya subur semula
Itulah dia bala bencana yang paling dahsyat
Selepas mendapatkan kebenaran dilepaskan semula
Setelah mendapat iman dibuang pula
Kita berlindung dengan Tuhan
daripada bala tercabut iman..
AFT

 ingatlah sesungguhnya imam itu tidak boleh diwarisi kerana segalanya bermula dengan hati. sucikan hati.. betulkan niat. sungguh. bencana ini menginggatkan aku jua pada apa yang telah aku lakukan. kita manusia biasa. bila di uji kita perlu kembali kepadanya. ya! kita bergantung kepadaNYA. ucaplah syukur di mana jua berada. jagalah hati kita bersama allah.

Disember 2014..
kami menangisi setiap gambar yang kami tatapi.. air yang membawa kemusnahan meruntun hati kami.. namun kami tahu... ada ganjaran di sebalik air kemusnahan itu..

Kini saudara kami QZ8501 menghilangkan diri.. membuat kami ternanti. membuat kami meratapi kembali MH370 dan MH17..

Betapa kau sayangkan kami. kau hantarkan petandamu.. kau hantarkan petunjukMU.. Kau hantarkan ujianMU. supaya kami mengingati MU. Supaya kami tidak mulupakanMU..

MH370.. kami menantimu
MH17.. kami harap kamu tenang di sana..
QZ8501.. berilah petunjukMU..
Buat mangsa banjir tabahlah hati kalian

buat semua pengajaranMU terima kasih 2014
bersamalah kita ambil iktibar atas semua yang berlaku..

PRAY FOR MALAYSIA


SyamimiHasli

Wednesday, December 17, 2014

REVIEW : MANISNYA CINTA DI CAPPADOCCIA




Hai assalamualaikum..

mana nak tahu ada cerita best kat wayang.. tiba2 tgk dato ct post kat instagram citer manisnya cinta ni.. omaigad !!!! dah lama actly tunggu citer ni.. bukan apa berkali2 aku baca novel memang tak puas . yes manisnya cinta di cappadocia adalah dipetik dari sebuah novel.. karya anis ayuni... thanks to bernard chauly sampai akhirnya di jadikan cerita yang sangat best.. seriously memang best.. cinta, keluarga, airmata, kehidupan.. semua campurlah. sila tgk.. malas nak kasi sinopsis.. 

fazura & lisa.. u look so gorgeous! nak pengsan i olss tgk u ols... lawa2nya baju u pakai.. aih...bak kata mak i lah org cntik pkai apapun cantik.. :) ya memang cantik pun. cerita ni kena tgk org berlakon jugak. ada yang kena ada yang tak kena.. but yang ni semua kena. best lah. Malas nak citer lah tapi sibuk nak update lah hehe... bye jumpa lagi. rushing lah!



SAYA BAGI 10 BINTANG UNTUK MANISNYA CINTA DI CAPPADOCCIA.. :)

Saturday, December 13, 2014

BIG DAY BFF (NAFISAH)

Assalamualaikum....

 Untuk mencari suami/isteri itu mudah tetapi susah mencari TEMAN HIDUP. Teman yang menemani kita sepanjang hidup walau apa pun keadaannya. Tidak rela berjauhan, tidak sanggup melihat kesedihan dan sentiasa membahagiakan kerana 'teman hidup' tidak mengenal rasa tawar selain semakin hari semakin mencinta. I ❤️ you sayang

hai bff ku. selamat bergelar isteri kepada seorang lelaki budiman. budiman kerana dia memilih mu dengan mengahwini mu. menghalalkan atas dasar kewajipan sebagai seorang lelaki kepada perempuan. kewajipan untuk membimbingmu dan dirimu sentiasa akan selalu di sampingnya. SELAMAT PENGANTIN BARU Pn. Nafisah. sedap betol sebut.. ehehhh... alhamdulillah tanggal 29november teman baik ku selamat bergelar seorang isteri.. sumpah mimi tumpang gembira.. insyaallah doa sentiasa mengiringimu.. mimi akan selalu doakan agar dirimu berbahagia. bahagia hingga ke syurga.. janji tau hidup baik2.. :) 


cantik btol kawan saya yang sorang ni...... i love you sahabat...

hey saya tak dapat gift untuk kenang kenangan pn my dear fwen -.- haha
yelahh time tu bz kan.. its ok.. eheee ;)

"saling mencintailah hanya kerana allah.. saling menyayangilah hanya kerana allah .. saling membahagiakanlah hanya kerana allah.. kerana hanya allah... kerana hanya allah lah yang dapat menumbuhkan rasa cinta kasih sayang & kebahagian itu"


nafisah.. doakan saya juga.. haha. doakan saya dapat jodoh yang baik2 juga.... ehekk.... 
ai ai happy wekend olls...

Thursday, November 27, 2014

JADI LAH APA YANG KAU MAHU JADI !



aku suka jadi perempuan. tapi aku sedih perempuan semakin murah. yang cantik mendapat lesen untuk berbuat apa saja & berkata apa saja. bodoh bodoh begitu kerana mereka cantik.

ramai yang berebut mahu jadi cantik, tidak ramai pula yang berebut mahu jadi cerdik.

hasilnya?

wujudlah selambak si-comel-jelita-otak-sifar.

#langitvanilla

TERSEDAR DARI TAMPARAN REALITI


Copied from IIUM Online - Madam. Fauziah Mohd Noor.
copied from FL Blog

Assalamualaikum

 
Dua semester lepas, seorang pelajar saya (perempuan), pernah mengirimkan sms kepada saya, "Madam, terima kasih di atas segala2nya. Betapa saya ingin memeluk madam seperti memeluk ibu saya, tapi saya malu." Saya membalas sms dia, " Tak pe..insyaAllah, masih ada peluang utk kita berjumpa semester depan. Dan kalau jumpa nanti, peluklah saya kalau awak nak."




Semalam
Dia datang datang ke ofis saya, dengan wajah suram dan inai masih dijari.Belum sempat berbual panjang, dia memeluk saya dengan erat dan disulam dengan tangisan. basah bahu saya dengan airmatanya. Saya bertanya, "Kenapa? awak sepatutnya gembira sebab baru saja bernikah dengan pilihan hati awak." Dalam sedu dia menjawab, "Madam, saya nak bercerai, saya dah tak boleh nak teruskan hidup dengan dia. Dia sangat berbeza dgn dia yang saya kenal sewaktu bercinta dulu"

Astaghfirullah...hancur luluh hati saya waktu itu bagai kaca terhempas ke batu. Tak perlulahsaya sebut kenapa dan mengapa dia hendak bercerai ketika inai masih di jari. Saya cuma ingin menasihati pelajar2 saya, dan rakan2 FB saya yang masih muda, ingatlah pernikahan bukannya trial and error. Pernikahan bukannya ujian amali atau ujian praktikal. Janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bertunang, maka kamu rasa kamu juga perlu bertunang. janganlah hanya kerana kawan2 kamu telah bernikah, maka kamu rasa kamu juga perlu bernikah. Pernikahan adalah sesuatu yang sangat suci dan ianya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran. Kesabaran bukan bertahan utk seminggu dua atau sebulan atau setahun. tapi kesabaran itu perlu utk membuktikan kamu beriman kepada Allah dan RasulNYA.

Kepada pelajar2 yg telah bernikah di usia muda dan masih belajar, saya merayu kepada kamu semua hari ini...tolong jangan terlalu dipaparkan kemesraan kamu di facebook. jangan terlalu menunjukkan kesronokan bernikah di facebook. saya mohon dengan setulus hati saya. tolong kurangkan posting2 romantik kamu di FB. Saya tidak mahu lebih ramai pelajar yang merasakan seronoknya bernikah.Tapi mereka lupa bahawa di sebalik keseronokan pernikahan itu dipenuhi dengan tanggungjawab yg amat berat.

Dan bukan semua orang bernasib baik mendapat pasangan hidup yang baik. Jadi, cukup2lah kamu berposting tenatng bulan madu kamu, hentikan dialog2 romantik kamu di FB, ucapan sayang dan cinta itu simpan utk tatapan kamu dan pasangan kamu saja.TOLONGLAH....saya merayu daripada kamu. Dan kepada pelajar2 yg masih berfikir tentang bakal suami atau isteri, berjumpalah dengan mereka yg lebih arif tentang hidup. Mintalah pendapat mereka tentang mencari pasangan hidup. Ingatlah anak2ku, adik2ku..pernikahan bukan satu percubaan, tapi satu tanggungjawab yang amat berat. Saya tidak sanggup melihat kamu menangis...tidak sanggup sebab saya sangat sayangkan kamu. jaga diri kamu baik2.

Pstttt : Such an eye opener kann =') Tersedar I dari tamparan realiti, terus share kat blog ha. Walaweyyyy, mood verangan automatically off. 


THANKS FOR READING
goodnight love !

Friday, November 21, 2014

INI TENTANG BINTANG


Assalamualaikum wahai malam. malam hari ini aku ingin mendamaikan jiwa. sedikit puitis untuk di kongsikan. semoga jiwa kita baik2 saja selepas ini...

Dia sangat merinduiku
Ketika aku muncul menghiasi langit
Dia tersenyum merenungku
Di antara beribu bintang
Aku menjadi temannya
Dia berkata..
Ya ALLAH izinkan bintang yang satu itu menjadi temanku
Yang sentiasa menghiburkan dengan kerlipan
Yang sentiasa menerangi cahaya kegembiraan
Pada suatu ketika
Aku tidak muncul menemani malamnya
Aku berselindung di balik awan nan hitam
Sedang Allah memberi sang hujan untuk menyirami bumi
Aku melihat di celah-celah awan hitam
Dia sedih , melihat hujan dan awan hitam
Dia mencari-cari ku di semua sudut langit
Aku melihat dia sunyi…
Suram dalam sepi
Seolah-olah tidak senang dengan sang hujan
Dia berkata
Ya ALLAH munculkan bintang yang satu itu
Jika dia bersembunyi di balik awan hitam
Alihkanlah agar mudah ku memandang
Jika hujan penyebab cahaya bintang padam
Hentikan hujan agar dapat terus ku melihat sinar cahayanya
Jika aku bisa berkata-kata
Aku ingin berkata kepadanya
Wahai temanku
Aku juga merindumu
Tapi malam ini bukan milik ku
Allah yang mengaturnya
Kadang kala…
Allah tidak memberikan bintang menemani mu
Tapi Dia mengantikan dengan yang lain
Lebih baik dari bintang iaitu hujan
Yang bisa memberikan kesejukan di jiwamu
Juga Membasahi kemarahan dan egoanya mu,
Cubalah menjadi temannya.
Jika suatu saat aku tidak muncul lagi…
Jangan pernah engkau menyalahkan takdir ini
Percayalah semuanya sudah di atur oleh Ilahi
Segala apa yang diberikan pada mu ALLAH Lebih mengetahui.
Dan itu jualah yang terbaik buat diri

Ya allah sungguh aku rindu.



thanks for reading.
good night love. eh.. ade satu lagu yang boleh lepaskan rindu korang.. eceh.. 
layannnnnn............



Sunday, November 16, 2014

BERSANGKA BAIK YA

"Ya allah jika suatu saat aku kehilangan harapan dan tujuanku, berilah aku keyakinan bahawa takdirMU adalah lebih baik daripada apa yang aku inginkan & impikan. Kau damaikanlah hatiku untuk menerima takdirMU kerana aku yakin dan percaya perancanganMU adalah terbaik & terindah buat diriku. amin."


Ya ! Kerana kita ini manusia biasa…yang lemah…Dan sudah menjadi fitrah Kita sebagai seorang manusia biasa…tapi Cuba kita muhasabah diri ini…sampai bila Kita nak terus merungut? Sampai bila ? Ingatlah..sekecil-kecil perkara apa pun yang Kita tak suka atau sesuatu terjadi kepada Kita, itu kerana Allah sudah takdirkan ia sedemikian rupa…Allah rindukan rintihan hambaNya…Ada hikmah di balik setiap apa yang berlaku.
Allah sendiri berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 286: ” Dan aku tidak memberatkannya melainkan apa yang terdaya olehnya”…
Ingat dan kunci rapat2 dalam hati bahawa Allah tidak pernah kejam…Dia hanya menguji kita dengan apa yang kita mampu lalui…Dia tidak akan menyusahkan hambaNya untuk sesuatu yg HambaNya tidak mampu…Subhanallah…Sayangnya Allah pada hambaNya…

hebat tak skaali skala samimi bertazkirah. haha.. berlawak berlawak juga tapi ini betul ya..Selalu kita bercerita psl gembira je dan kesedihan tak siapa mahu mendengar.. bukan minta simpati hanya sharing semata.. mane mungkin kan kita manusia tak pernah di uji.. yang penting  “Jangan merungut sesuatu yang hilang, syukuri apa yang ada”. hari ni dah ucap ALHAMDULILLAH ke belum? Haaaa.. boleh kau lupa? cuba ketok otak tu cikit. ehe.. kalau ketuk kepala hanya mampu menahan sakit baik ketok otak tu goncang lagi baik biar dia ade kesegaran cikit.. ingat tau dan kita sama2 mengingati antara satu sama lain..

Berdoalah kerana dengan doa, Allah akan mendengar segala keluhan kita kerana tuhan tahu apabila kita melakukan dosa kita akan kembali mengadapNya. Perbaikilah diri dengan kesalahan serta kesilapan yang kita lakukan. Perelokkan nawaitu kita untuk kembali bertaubat dan bersujud padaNya.
Sucikan hati dan rawatlah jiwa dengan ayat-ayat Allah iaitu al-Quran yang merupakan surat cinta yang diutuskan kepada hamba-hambanya.
Cinta Allah akan kekal dihati, kewujudanNya dapat dirasai, hadirNya bagaikan merentap sanubari.
“Ya Allah, aku bersedia menerima segala ujian dan dugaan-MU”.
Its ok to be sad. it means you're HUMAN.
"i write because nobody listen"

belanja satu celpie muka bangun tdo balik dari terengganu aritu. haha. 
k. good night love ~

thanks for reading !

Friday, November 14, 2014

DI PERSADA SANTAI AIR TERJUN ULU YAM

Hello. assalamualaikum sekalian alam..

Oleh kerana mata ini masih tajam dan masih bertahan jadi sy dengan rela hati serta kerajinan terserlah maka dengan itu sy membuka entry baru.

eh khabarin dulu keadaan bondaku. alhamdulillah dah kembali pulih. sungguh aku bersyukur walaupun tidak secara keseluruhan. mungkin berkat doa dan air peria. hikhik.. (mungkin)

storynya weekend lepas we plan pergi mandi air terjun kat ulu yam.. tujuannya hanya lah satu, membawa ibu kami untuk mandi manda dan hapy hapy.. berminggu berkurung di rumah hiburkanlah hatinya buat seketika.. jadi permintaannya ke air terjun.. terima kasih mama kerana mencadangkan. bertahun kami semua tak jejak kaki ke air terjun.. first time hokey FIRST TIME baru ku tahu ulu yam ni best juga :) satu perkataan yang terlintas bila sampai adalah "seronoknya" !

 pergi punya pergi rupanya bukan kami aje tapi abg long angkut semua geng2 dia.. thanks geng kerana menceriakan hari kami.. Lagi ramai lagi seronok. riuh sekampung kata kau :)


 ni dia geng soldier soldier nya :) cuba tengok siapa yang terlebih seronok kat situ :P 

ni bagus sangat lah ni.. portnya pakai surat kabor. mujur ade.. sorang pun tak teringat dengan tikar... jadiii.. untuk itu tempat duduk kami sangat exclusive dengan cerita sensasi di dalam paper ! hehe..


mama.. dia happy dengan anak dan menantu !



 Pasangan ini pun ada dan tak ketinggalan.. harus ada... arghh kau berdua jangan poyo sgt.jelesss akuuu mcm ni.. bdw takde korang tak best ! thanks for join this quality time..

thanks teman semua kerana menceriakan hari semoga dapat beseronok di lain waktu pula.. insyaallah dan semoga ukhwah di antara kalian berkekalan hingga ke akhirnya.. bagus lah korang no women be a man with no cry.. haha.. sorang pun tak bawak awekss..*tiba2 baru aku perasan... whateva !


me? yeahh.. im happy if all people around me happy. 
"dont cry because its over . smile because it happened"


kau rase seronok tak?? seronokkan.. gila kalau kau tak suka.. hehe.. ni lah masa yg aku ada untuk bersama mereka belum tau akan datang ada hari ini kerana kita hnya merancang allah yng menentukan. bdw bole lah pergi ulu yam kalau teringin mandi manda. bagus juga.. sebenarnya air terjun atau air tanah ni bgs untuk kita. kita bersuci dengannya maka mohon segala penyakit itu keluar kalau ada yg tak tenteram kat bdn tu.. kerana kata org bila kita mandi air terjun badan kita segar. bebas.. sbb ape? sbb kita ni kan di jadikan dari tanah eloklah kita kembali pada asalnya.. pada dasarnya kadang2 kesegaran itu tak pernah kita rasai bila mandi seperti di rumah. cuba lah pergi skali skla... kami berjanji akan datang lagi ulu yam.. insyaallah... kalau ada luang..

oklah smpai di sini dulu.. mata layu sudah. semoga hujung minggu anda bermakna jua. spend time with ur family bcause family is everything.. for me! hope for you too..
good nite good morning..

thanks for reading !

Saturday, November 08, 2014

DIABETES

Hi. Assalamualaikum..

mendung je harini. bagus juga weekend macam ni duduk rumah.. happy wekeend ya ya...
actly dah hampir seminggu my mom sakit. sakitnya turut kami juga terasa.. penangan ibu sakit anak susah hati juga woo.. :) lagi2 aku lah anak perempuan yang satu tinggal di rumah. segala tanggungjawab buat masa ini di pikul oleh aku.. alhamdulillah allah datangkan ujian yang maha hebat. dalam seminggu ni mama di sahkan menghidap 'kencing manis'.. tinggi pulak tu first kena bacaan smpai 20 ! kalau normal tak silap 5 aje kan kan...

at first time aku baru tau sakit ni memang tak larat. lemah longlai... aku tgk pun rasa nak nangis. then... 2 hari lepas dapat result dari full medical check up mama.. ade jangkitan kuman dalam darah. buah pinggang problem and kolesterol melambung naik.. oleh kerana kedegilan mama untuk tidak masuk ke ward jadi hari2 yang di lalui hanya di rumah.. baguslah berehat ! ya memang betol2 rehat.. no excuse ! org tua kalau sakit memang manja lebih dari budak2 tau.. ni bukan mengadu tapi realitinya memang begitu. anak2 kena paham dan sabar.. hokey.... itulah namanya dugaan buat kita...

ok berbalik pd cerita.. ubat allergic dan segala hal tentang hospital tak boleh. jadi semua yang di lakukan hanyalah cara tradisional dan rawatan sampingan dengan memakan supliment dari pharmacy..gula pun dah pkai 'EQUAL' tak pakai gula biase dah. lepastu minum kopi yang ade stevia je.. lain2 stop! semoga allah datangkan kesembuhan kepada ibuku..itula doa hari2.. mak sakit kita pun susah tau.. makan tak kenyang tidur tak lena mandi tak basah..kau ingat org bercinta aje ke dapat kemaruk tu. ni kemaruk susah hati tau hehe..

ya apa terjadi selepas itu.. ?? lepas dapat tau kena 'diabetes' aku search geogle lah.. satu hal yang memudahkan tanpa bertanya atau tak tau mane arah nak rawat selain ospital... first aku search aku ada jumpa satu blog adik ni. aku lupa namanya smpai skrg aku tak dpt nak bca balik. adoiii..  jadi aku nak sgt berterima kasih pdnya. dia ada cerita psl kencing manis and makan apa untuk kurangkan gula dalam bdn tu...

korang kenal buah PERIA KATAK? ok first time aku tau and dapat kenal.. itulah tak sakit tak tau... hee.. nanti aku tunjukkan.. harus kenal pasal khasiatnya amat besar untuk mengubati penyakit org kaya ni..sakit apa? kencing manis lahhh :P maaflah wahai sekalian org kaya aku hanya bergurau. dan maaf juga sekalian penghidap kencing manis aku hanya berseloroh.hehe apapun mesti kena kenal buah ini. sbb dia penawar bagi penghidap kencing manis... yes ! finally jumpa. actly banyak lgi benda2 yang boleh merawat atau kurangkan atau turunkan kencing manis dlm bdn tu.. tapi aku memilih ini (peria katak dan apple) untuk memudahkan hdp ku. hehe..

mula2 aku cuba satu bijik buah peria dan setengah apple.. korang blend lah sedap cikit. dan hapas dia tu korang tapis lah supaya sedap minum. lagi kau letak dalam peti sejuk. lagi sedap minumnya.. itulah benda hari2 aku buat utk mama aku. alhamdulillah yang longlai tak lgi longlai.. tunggu minggu depan aku nak bawak pergi check skali lagi. hope turun atau lebih baik langsung takde kencing manis. hehe. harap2 lah..


ANDA KENAL BUAH PERIA KATAK? Kalau anda tak kenal, meh saya tunjuk. Anda mesti kenal buah ini sebab khasiatnya sangat besar untuk mengubati penyakit. Penyakit apa? Penyakit orang kaya. Apa dia tu? Kencing manis. Maaflah wahai sekalian orang kaya. Saya hanya bergurau sahaja. Maaflah juga wahai sekalian pengidap penyakit kencing manis. Saya hanya berseloroh sahaja. Apa-apa pun, anda mesti kenal buah ini. Buah ini adalah buah penawar untuk kencing manis. Make money by Copying: http://bit.ly/copy_win

Make money by Copying: http://bit.ly/copy_win
ANDA KENAL BUAH PERIA KATAK? Kalau anda tak kenal, meh saya tunjuk. Anda mesti kenal buah ini sebab khasiatnya sangat besar untuk mengubati penyakit. Penyakit apa? Penyakit orang kaya. Apa dia tu? Kencing manis. Maaflah wahai sekalian orang kaya. Saya hanya bergurau sahaja. Maaflah juga wahai sekalian pengidap penyakit kencing manis. Saya hanya berseloroh sahaja. Apa-apa pun, anda mesti kenal buah ini. Buah ini adalah buah penawar untuk kencing manis. Make money by Copying: http://bit.ly/copy_win

Make money by Copying: http://bit.ly/copy_win
inilah peria katak dan apple hijau

ANDA KENAL BUAH PERIA KATAK? Kalau anda tak kenal, meh saya tunjuk. Anda mesti kenal buah ini sebab khasiatnya sangat besar untuk mengubati penyakit. Penyakit apa? Penyakit orang kaya. Apa dia tu? Kencing manis. Maaflah wahai sekalian orang kaya. Saya hanya bergurau sahaja. Maaflah juga wahai sekalian pengidap penyakit kencing manis. Saya hanya berseloroh sahaja. Apa-apa pun, anda mesti kenal buah ini. Buah ini adalah buah penawar untuk kencing manis. Make money by Copying: http://bit.ly/copy_win

Make money by Copying: http://bit.ly/copy_win
first time jugaklah aku belajar segala2nya tentang kencing manis. dulu.. mmg langsung aku tak ambik tahu! yelah takde kepentingan sehinggalah ianya terjadi kepada ibuku sendiri.. sakit sebenarnya mereka yang menghidap ni.. aku mohon jagalah beliau sebaiknya..... control apa yang perlu.. kaedah yang pertama aku cuba untuk ibuku adalah PERIA KATAK WITH APPLE tu lah ! mudah aje rupanya.. lps ni kalau tak ok kita gune kaedah lain pula. untuk seminggu ni mmg minum tu aje.. hasilnya alhamdulillah.. korang cubalah tak percaya.. mane tau menjadi :)

Thursday, October 16, 2014

DASAR KESEDARAN

Salam buat adinda dan kakanda.. 




mari berkongsi rasa..
kami tidak banyak gambar masa kecil yang boleh dijadikan kenangan kerana ketika itu kami tidak punya apa2 yang ada sekarang. tetapi allah memberi pinjaman dan kenikmatan, dia mengangkat darjat kehidupan kerana  allah menjanjikan pada hamba yang meminta akan dimakbulkan doanya asalkan berusaha.

kami bukan dari keluarga senang, atas dasar kesedaran itu kami bekerja keras dan ingat bahawa sesiapa yang pernah dalam dunia kami amat memerlukan pertolongan.

semua milik allah. segala puji padaNya. aku bersyukur atas semua ini. sebagaimana yang sering diucap manusia. 'hasbunallah wanikmal wakil"

Thursday, October 09, 2014

NUR ZAHRA AISYAH





Assalamualaikum..

berat sungguh hati untuk menaip kali ni. semoga hati terus tabah dan kuat.. salam takziah buat keluarga abang zam. Puteri sulung Nur Zahra Aisyah menghempuskan nafas yang terakhir di hospital besar kuala lumpur pada jam 10:10malam semalam (8/10/14). saya tak kuat ketika di beritahu tetang pemergian aisyah. sungguh terkesan di hati.. adk aisyah rasanya terlalu dekat dengan kami.  sesungguhnya dari allah kita dtg kepada allah kita kembali. baby aisyah yang berusia 38 hari pada mulanya dimasukkan ke IJN bagi menjalani rawatan jantung. sebulan di IJN , 5hari di rumah dan di masukkan semula ke GH kerana sesak nafas sangat menyayat hati kami.. memang dugaan itu datang dan pergi. kehadirannya di nanti2 perginya tidak di sangka sangka.. . hanya mampu doa. kuatkan iman tabahkan hati sesungguhnya semua yang bernyawa di dunia ini hnyalah pinjaman semata dari allah s.w.t..

"al fatihah.
 percayalah allah menguji kita dengan kehilangan aisyah bukan sekadar kehilangan tidak bermakna tetapi kehilangan itu terkadung hikmah tersendiri untuk kita lebih memahami erti kehidupan dunia dan akhirat. sebulan lebih yang penuh erti kenangan bersama aisyah adalah titik bukti untuk kita hidup di syurga allah nanti bersama aisyah anak tercinta.
AISYAH ANAK SYURGA
semoga menerima qada' dan qadar allah dengan hati terbuka berlapang dada dan redha dengan ketentuanNYA.  "

adik aisyah di kebumikan di kuala terengganu pada hari ini. semoga rohnya di cucuri rahmat. tenanglah di sana sayangku aisyah. 
mari kita panjatkan doa buat penghuni syurga 
NUR ZAHRA AISYAH..
Al-Fatihah~

kenangan baby aisyah di pangku oleh anuar zain ketika kehadirannya di IJN baru2 ni..

kenangan yang tak dapat di lupakan.. we love you.
1/09/14 - 8/10/14

Wednesday, October 08, 2014

just statements

i've remembered one statements from my best friend "some people born with class, some chase the 'class' but still not class".

adakalanya kita bukan mahu berkawan dengan org yang pintar, kelas tinggi, wajah cantik dan super perfect. tetapi kita mahu mencari orang yang setia, jujur dan rajin untuk sama-sama mengharungi hidup ini.

Tidak pernah lekang dari kekurangan tetapi itulah kekuatan kita apabila saling melengkapi dan menerima seadanya.

saya faham , apabila istilah 'air di cincang takkan putus' dan bukannya 'tangguh bil air akan di potong'.

Owhya..! HAVE YOU EVER SEEN YOUR HATTERS DO BETTER THAN YOU? hehe

ok whateva...

Sunday, October 05, 2014

RAYA HAJI 2014


Assalamualaikum.. selamat hari raya aidiladha semua. semoga kita semua mendapat keberkatan dalam apa jua yang dilakukan.. pengorbanan luas maksudnya.. kadang-kadang terpaksa banyak berkorban untuk kehidupan yang lebih baik. kadang kadang kita nampak pengorbanan itu menyakitkan dan tak bermakna tetapi percayalah itu adalah yang terbaik sebenarnya.. ikhlaskan diri dengan apa yang berlaku nescaya anda akan bahagia.. insyaallah...

alhamdulillah semuanya baik2 saja... raya kat kl ni tak lah teruk mana. ada jugak nasi dagang . ada jugak nasi minyak. thanks mama.. thanks kazen n autie for coming.. ada tamu jugak ghupenya. haha... pkai lawa2 juga pergi masjid juga.. :) itu kehidupan.. tak payah nak overshadow... :)




ok then. selamat hari raya.. maaf ye salah silap.. entah kan jumpa entah kan tidak tahun depannya raya haji ni. semoga yang pulang membawa title haji mendapat haji yang mabrur.

Saturday, September 27, 2014

JANGAN TANYA ORG


hai assalamualaikum.. saya tengah bosan jadi saya rajin update ! haritu ada kawan bertanya. dia dapat boyfriend baru. mungkin la. sebab sebelum ni dia tak tanya. dia tanya hensem x? aku ckp tnya lah hati. dia kata pula ok je. kalau kata kau dah begitu i think pun ok :) sebenarnya mulut aku nak tnya dia ada iman tak? tapi aku lupakan...  sebenarnya bagi pendapat aku begini -

 "Bila kita sudah berkenan pada seseorg jangan tanya pendapat org lain tentang paras wajahnya. Dia hensem atau tidak, dia cantik atau tidak. jangan cuba cuba tanya sebab nanti kamu akan kecewa, sebab mata org lain mungkin takkan sama. dengan mata kita yang nampak wajah orang yang kita suka. Dengan wajah yang luar biasa indahnya. Allah jadikan mata kita ini bila tengok jodoh kita maka kita saja yang akan nampak betapa istimewanya dia. Orang lain  takkan nampak sebab bukan pasangan mereka. Macam kita nak makan nasi di sebuah restoran kata kan, mesti banyak pilihan lauk citarasa kita mesti takkan sama dengan kawan kita atau orang lain, maybe kita suka makan tempoyak, tapi orang lain suka budu... "

: macam aku ni tempoyak pun tak makan budu pun tak makan. jadi daripada takde pilihan saya makan nasi kosong. haha.. macam tu lah. di pendekkan cerita di mana imam ku sekarang?? tulang rusuk yang ade padaku ni milik siapa sesungguhnya :) oklah ingt tau tnya hatiiii... bukan tanya org :)

happy weekend !


thanks for reading

Thursday, September 25, 2014

WARISAN KG CINA KUALA TERENGGANU

assalamualaikum...

tak lengkap bila tak bercerita. biarlah benda dah lepas, kenangan tetap kenangan.. balik wedding kakak aku haritu aku tak lepaskan peluang pergi tmpat yang paling best skrg ni kat terengganu. memang dapat sambutan lebih2 lagi time pergi haritu hari cuti jadi memang rmai lah yang bernama manusia. tak pernah2 pulak jadi satu kemestian  bila balik kg nak pergi situ. now datang ajelah kalau sape nak prgi..

Kg Cina, Kuala Terengganu.
dulu tempatnya biasa aja. tp dari dulu lagi aku berkenan and menarik perhatian dengan senibina bangunannya. macam duk kat melaka rasanya... baba nyonya still ada dalam diri mereka. cina tetap cina. tapi yang lebih menarik kali ni. kg cina dah berubah wajah. alaaa.. mcm dekat penang jugak lah. ada lukisan yang manarik tu. entah lah aku tak pernah smpai. yang aku tahu kat terengganu dah mcm negeri lain jugak lah. xdelah mcm dulu org tumpu kat pasar payang je. now org muda bole dtg snap2 gambar.. menarik sangat... menarik tau takkkkk... hehe jap2 nak kasi gambor...

di sebalik bangunan2 lama tu korang akan jumpa payung yang warna warni ni.... ya allah haritu tak sempat pergi flora putrajaya now da ada kat terengganu... tak payah tungguh la kat mane2 nak buat flora ke fauna.. kita dah datang sini. kira lepas hajat nak tgk. thanks terengganu.. siapa yg reka ni. hebat sungguh idea... 


jenuh la aku bergambor. kan ke syamimi ni giler selfie.. kalau sape yang suka tangkap gambar nanti korang bole datang sini ok... memang cntik..
 


world heritage lane. chinatown. mesti jumpa signboard ni baru betol tu kg cina. he..


u noe what ...
dulu aku teringin nak pergi korea sbb ade keylock ni.. nmpak sgt simbol cintanya disitu. mmg aku suka benda main2 macam ni.. rasa mcm hidup ni normal gila hahaha.... klu tak suka mmg kau tak normal lahhh... very sweet okehh.. one day i kena dtg lagi bawak someone n kita lock2 ok.. utk skrg ni aku tukang tengok aje kakak aku  buat.. jeles ckit laaaa... haha. nvm. (tak penting sgt) yang penting dah ambik gmbr... benda ni korang bole cari kat lorong belakang chinatown. paling tepi rasanya......

ada lagi yang lebih menarik...





kau tau tak aku 2 kali pergi....esoknya tu aku pergi lagi  yang gmbr bawah bertukar baju..  ni aku bawak bff aku pulak.... hehehe...

cantik aih pintu kedai ni. pintu kedai pun jadiiii....





ok hef fun and happy holiday ok.. inshaallah bulan 12 aku nak pergi penang pulak.. nak pgi tmpt yg diorg buat cmni jugakk.. tapi kat sana rasanya lagi full org. sbb dengar citer siap kena beratur nak ambik gambor. really?????? org malaysia mmg suka benda yang fantastic hehe.. 

Disini lahirnya Cinta Malaysiaku.

thanks for reading. jangan lupa singgah kalau smpai kuala terengganu. 
negerinya cantik. budayanya menarik insha allah orgnya pun baik2 dan juga cntik2 hehe..

thanks for reading

ISTIKHARAH

INI PUISI

Aku lukiskan dalam diam
Bahawa hatiku perlukan sebuah penghargaan
Yang dijaga dan menjaga
Mata dan hati bernama hamba
Istikharahku kian jelas berbicara
Bahawa inilah keharusan
Mencari yang lebih kekal dan hampir
Sedekat-dekat telingaku
Takkan pernah jatuhkan aku
Takkan pernah lemaskan aku
Bahkan memeluk diriku penuh rindu
Melepaskan bisikan yang berharap
Biar sunyi selamanya sunyi
Hati ku takkan dimiliki
Kerna jiwaku yang mengingini
Melepaskan bisikan yang berderap
Suci tanpa hubung
Sirna bersama cinta Agung
Allahurabbi
Allahurabbul Izzati
Pemilik hatiku
Istikharahku menetapkan segala
Bahawa kanku lepaskan segala
Lalu tawakkal penyambung cerita
Menitislah air mata
Kujatuhkan penuh bahagia
Kuusap penuh rela
Pada cintaku terpelihara
Hadirnya dengan izin Maha Kuasa

 kadang kadang ia datang dengan rupa yg tak berwajah tapi cukup jelas dan hidup di hatiku..
(belanja satu selfie :)


biarlah aku berbicara dalam puisi. moga ada yang mengerti. pengertian itu wujud tapi tak semua yang faham. mohon biarlah segalanya berlaku dengan izin allah. 

Thanks for reading.

Thursday, September 11, 2014

KAKAK KITA DAH KAWIN

Assalamualaikum...


Lama x on. rase macam separuh mati ku merindu. anyway alhamdulillah semua yang di harapkan sudah selesai. habis sudah tenaga yang di hulurkan. beban yang di pikul juga alhamdulillah berkesudahan. apa yang di harapkan hari ini semoga bahagia hingga ke akhir hayat.

bercakap sudah bersengketa sudah berlucu2 juga sudah. kata pembuka dah boleh agak apa yang nak di ceritakan. SELAMAT PENGANTIN BARU TO MY BELOVED SISTER untuk kesian  kalinya. dalam masa sebulan dua  ni mmg gelaran pengantin baru tetap manis pada pasangan dua sejoli ini. memang suweeettt pun. yang tu tak usah di cakapkan lagi.. hoho kau mermang happy aku ni ha  yang sedih teman bilik ku dah dibawa pergiiii.... sob sob.. :)

alhamdulillah tarikh keramat 30 August 2014 yang lalu telah menyatukan puteri sulung mama ke jingjang pelamin. tiada kata lain yang di ucapkan melainkan alhamdulillah. sungguh selepas je majlis tamat kami lah org pertama yang merdeka... (first time hokey merdeka kat terengganu). betollah kata org tak kena tak tahu dah kena tuhan jelah yang tahu.. buat majlis ni bukan suatu perkara yang mudah. nak nak lagi ia melibatkan 2 belah pihak.. mmg haru biru jugaklah.. first wedding in our family mmg dugaan tu macam2 tapi lepas tu akan baik2 saja.. percayalah... 

2 majlis dalam satu masa? yes......
nxt time ill makesure akan buat dua majlis.. why?? u olss bayangkan akad nikah pukul 9am lepas tu terus kenduri besar siap bersanding pukul 11;30am .. macam org gila x? maunya tak... aku lah manusia yang separuh mati.. haha.. tapi aku suka bizi2 pun kakak aku yang kawin bukan org lain. masa tu terlalu singkat. mmg sesak nafas hokey.. nxt time akd nikah jumaat. bigday hari sabtu.. sonag kijo kito.. haha... tapi seriously mmg kelam kabut :( tapi kan kan.. majlis tetap di teruskan dengan gumbiranya..... 

Abah dan mama.... mereka lah yang paling bersusah payah... gembira sangat tengok mereka bersatu. biasanya sorang kat KL sorang kat RUSSIA.. susah hokey nak tgk depa happy.. terima kasih allah sekaligus menghappykan diriku. wink wink... 

million thanks to all family.. senang buat keje kat kg ni. walaupun buat kat ala2 hotel  tapi mereka tetap membantu apa yang patut.. 


sorry entry ni akan banyak gambar. hope enjoy... 

 
mari perkenal kan dulu dulang girls.... dari kiri angah (fiza) , mira, suha, akulah, izzati, tiqah, noni & madiha. thanks korang. u olss memang awesome......... comey mek ganung blake seme..

we start now. majlis akd nikah di adakan di masjid tengku tengah zaharah (masjid terapung) kuala terengganu.

memang cantik kakak saya...


 amrul nizam... r u ready??? mesti ready kan.. sbb skali lafaz je.... kalau buat 5 6 kali lafaz memang tidur bawah katil la jawabnya. haha.... ok alhamdulillah.. semua berakhir dengan sempurna pada akad nikah ni..

orang terengganu lawan orang perak.. anak nanti jadi macamane ya??? mesti comel kan? :P

fie..  hope dapat jadi istri yang solehah.. amrul kena faham tau fifi macamne.. dia memang kepala batu tapi sometimes dia mmg solehah sgt.. bimbing dia okey.. insyaallah doa kami mengiringi kalian... hidup baik2 :) 



abg amrul. jaga kakfie okay.. jaga baik2...  allah dah anugerahkan dia pada u tau... ni anugerah.. mohon terlebih terkurang dapat di selesaikan.... mama ada 2 anak perempuan je.. dua2 dia sayang. lepas fifi angkut barang keluar rumah ma menangis x sudah tau. haha.... jaga dia yg penting jgn lupakn mama kami..... dia dah bersusah payah untuk anak2 mohon bls jasa dengan mengingati itu pun dah cukup baik... i noe abg amrul seorang lelaki yang baik :) mama trust you dia cakap.. heee... bertuah kalau dapat kamcing ngan mama satu dozen nama u dia akan cerita kat org. haha.... 

 
my lovely family.. bersatu di sini. ni la di katakan di sini lahirnya cinta.. auw...... gitu...

 family sebelah lelaki dari perak...

my small family.... ofcoz terengganu mariii :)

MAJLIS RESEPSI BERMULA...
majlis resepsi diadakan di Terengganu equestrian resort (TER)

 pelamin dari butik irdina kuala terengganu.. memang cantik... 

and to my friends iylia syamimi and noni. love you.. sanggup lepas subuh terus kita pergi buat candy booth pula.. kalau takde korang aku mmg mati wey. matiii...  semua tu untuk kau fifi !!! kau tak cakap thanks pun kat aku tapi aku tak kisah aku ikhlas :) berharap lps ni majlis aku pula kau yang bersusah payah. bole???? hikhik.....comel tak?? buat sendiri je.... sape nak tempah nanti boleh call kita.. charge tak mahal.. untuk kita2 jer...

naik kete kuda hokey.. kau hado?? haha.. okla kau naik la kete kuda.. esok2 aku tak nak lain aku nak naik mini cooper. ah aku tak kira........ haha... tu impian dia. KERETA KUDA :) finally u dah naik. sila senyum pn fifi.. 





 skali skaler gila glamour.. haha
with my lovely cousin..

 thanks makcik n Bff sebab datang.... i love you... nvr forget ur turn... cant wait...

 thanks zaim.. kau jadi host. memang sesuai.... 

 yang ni semua wajah kesayangan hamba... i love you.... 


berakhir sudah majlis yang di nantikan semua org. semoga kita juga berbahagia... terima kasih semua yang datang. 

banyakcakap say: we hope with all our heart that your marriage is more beautiful than your wedding has been today.

thanks for reading