Friday, May 08, 2015

ADAT LENGGANG PERUT | BABY SHOWER

Assalamualaikum....

pernah dengar adat 'lenggang perut' bagi ibu mengandung? Aku pada dasarnya tak lah tahu apa itu lenggang perut dan kenapa tradisi ini begitu sinonim dengan masyarakat jawa dan melayu di Malaysia.. pernah dgr tapi tak tahu untuk apa dan mengapa..  dan oleh kerana kakak ku akan melalui proses itu jadi  kini aku ambil tahu 'google' serba sedikit dan barulah aku tahu KENAPA ianya penting dan diamalkan secara turun temurun dari dahulu hingga kini. Tapi, mengikut kata mama , menurutnya amalan ini kadang-kadang berbeza mengikut tempat, negeri dan suku kaum di nusantara ini.

Lenggang perut merupakan satu ritual tradisi bagi setiap ibu yang mengandungkan anak sulung. Upacara ini juga adalah untuk mempastikan keselamatan anak pertama yang dikandungkan oleh si ibu. Masyarakat dahulu kala percaya janin yang berusia tujuh bulan sudah mempunyai roh dan ianya perlulah dijaga dengan baik dan diraikan. Anak pertama itu dikatakan membawa tuah kepada keluarga dan adik beradik yang lain yang akan dlahirkan.  aduhaiiii.... mcm mengarut pn ada jugak aku ghaseeee.. hehe. tapi mungkin inilah trasi nenek moyang kita.. cuma org skrg dah tak buat kot and sesetengah negeri je menitip beratkan hal-hal yg sebegini.. MACAM MAMA ku.. orang terengganu begitu lah agaknya penuh dengan adat tata susila.. tak ikut tak boleh. jadi pandai-pandailah ambik hati orang tua ya.. he..

banyak kaedah rupanya org lenggang perut ni atau lebih awesome skrg org duk sebut "baby shower" huh??? mat sallehhh sangattttttt :P hee..
kalau dulu-dulu Upacara lenggang perut biasanya dimulakan dengan mandian kepada si ibu dan mandian ini biasanya terdiri dari air bunga yang dinamakan sebagai “kembangg setaman” disertai dengan doa dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi kita. Kemudian si ibu akan dijiruskan oleh ibu mereka sendiri/ibu mertua/mak bidan (baca; isteri aku dimandikan oleh ibunya dalam erti kata ini disirami dengan air kembang setaman). Ini diikuti dengan orang-orang lain yang akan mengambil tempat untuk menjirus air ini ke atas si ibu dan diakhiri oleh suaminya. Selepas itu, kedua-dua pasangan tersebut akan disirami dengan air yang sama!

Kemudian, upacara diteruskan dengan proses mengantikan kain batik atau menyalinkan kain batik ke atas si ibu sejurus selepas disiram tadi. Sebanyak lima helai kain batik digunakan untuk proses ini dan setelah siap diganti perlulah disidai di ampaian dengan kadar segera bagi proses pengeringan. proses ini adalah simbolik bagi mempermudahkan urusan semasa bersalin kelak supaya segalanya berjalan dengan lancar.
Di akhir proses, si ibu akan dibaringkan dan perutnya akan diurut-urut bagi mengesan kedudukan bayi dan pada masa yang sama meperbetulkan kedudukan bayi jika ketika itu tidak ditempat yang sepatutnya. Pada ketika ini, si ibu akan dibaringkan di atas kain-kain batik dan perutnya akan dilenggangkan serta dihayun-hayunkan ke kiri dan ke kanan dan oleh sebab itu ritual ini dinamakan “lenggang perut”.Proses ini diiringai dengan doa serta selawat-selawat ke atas Nabi. Akhir sekali sejenis bubur akan diesarkan kepadajiran tetangga sebagai tanda berterima kasih dan bersyukur atas kurniaan rezeki yang diberikan olehNya

ya allah aku rase mcm tak patut pun ade..perlu ke tu semua??? tapi sedapkanlah hati itu tradisi.. rasanya tak buat pun tak pe kot memdailah dengan kenduri doa selamat yang perlu di lakukan sebab anak sulung mesti ade kenduri doa selamat... "fullstop"

satu ritual tradisional yang mungkin pada zaman sekarang tidak dilakukan lagi oleh kebanyakkan orang. Memang jika dilihat dari sudut sains dan teknologinya mungkin tidak memberi apa-apa signifikasi kepada bayi,ibu dan juga bapa yang terlibat dalam proses ini akan tetapi kita harus percaya ritual inilah yang diaplikasikan selama beratus-ratus tahun pada zaman dahulu oleh moyang-moyang kita. Apa pun selagi ianya tidak menyimpang dari agama islam serta tidak ada unsur-unsur khurafat,bidaah dan syirik…ianya boleh diamalkan. Mungkin satu hari nanti jika tidak diamalkan upacara adat resam seperti ini, cucu cicit kita mungkin hanya dapat melihat proses sebegini di video-video yang dirakamkan di Muzium Negara sahaja! hehe


comtoh macam kat atas... wow.. kuyupppp !!! :)

oklah.. tak sabar nak tnggu next week.. 16may2015. date yang di tetapkan untuk 'babyshower' kakak ku.. semalam dah genap 7 bulan.. semoga anak fruit terus membesar dengan sihat.. tak sabar nak tnggu lahir ke dunia.. membesar dan jadi anak yg soleh walaupun rintangan yg harus di tempuh oleh si umi.. we love you.

apapun yang mengikut adat dan trasi.. teruskanlah jika ianya baik untuk semua.. adat tetap adat. agama tetap agama.. tapi rasanya kita ikut agama lah..adat tu sebahagian prosesnya aje kan.. hehe.. (kalau mak2 nenek2 dengor ni mesti bising.. pentingnya bagi mereka adat2 ni...) sebagai ibu mengandung apa yang harus anda lakukan adalah berdoa .. amalkan untuk diri sendiri.... semoga bermanfaat untuk kita semua..






thanks for reading !jumpa lagi..

No comments: