Aduh.. rasa sakitnya tuh di sini .. hehe
aku berdepan dengan ujian yg berat ketika ini. jiwa menjadi sangat lemah dan rapuh. kesihatan badan yang tidak mengizinkan aku bergerak seperti sebelum ini. ya allah haii.. segalanya terganggu. adakalanya aku rasa seperti lumpuh. tetapi aku cuba gagahi jua kerana aku tidak mahu hidup menjadi sia-sia. sekurang-kurangnya apa yang terjadi di masa depan, adalah jawapan bagi usaha yg telah aku tawakalkan pd allah.
aku percaya setiap insan mempunyai persepsi masing-masing apalagi jika dikaitkan dengan kebahagian. sehingga ini aku cuba mencari erti itu. aku cuba memahami bahawa kebahagian bukan datang dari persekitaran seperti insan di sekeliling iaitu keluarga dan teman-teman, atau dikaitkan dengan harta benda serta pengharapan masyarakat.
ketika semua itu hilang, apakan ada kebahagian dihati kita lagi? nahhhhh itulah yg cuba aku belajar. iaitu menghidupan allah dalam hati. hilang apa sekalipun, ditimpa apa sekalipun, malahh sesakit apa sekalipun namun jika allah benar-benar di hati segalanya akan menjadi aman dan tenang. aku sedang belajar. aku sedang mencari dan sedang berusaha ke atas itu :)
aku ingat lagi hidup aku pernah merasa aman sekali, ketika itu aku menjadi takut jika allah tidak memperdulikan aku lgi kerana sejak aku kecil sehingga itu, ujian tidak pernah tidak singgah bahkan ada saja lembaran baru sebagai 'kerja'.
inilah hidup, hari demi hari kita akan berdepan dengan ujian. allah mengajar kita sesuatu dri ujian itu. setiap perkara yg turun pun adalah untuk melatih diri kita yg mulai lupa padaNYA atau mungkin dia menjawab doa kita dri ujian yg ditimpa.
doa dan harapan itulah kekuatan sebagai sebagai umat islam. dalam doa kita temui kekuatan pd allah dan harapan itu kita tahu bahawa ada zat yg menjaga kita. jika seorg ibu boleh berkorban banyak buat anaknya apalagi zat dengan sifat MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG itu?
aku tawakal dan redha apa pun yg berlaku. dari allah aku dtg kepadanya juga aku kembali. jika sakit ini penghapus segala dosa-dosa dan adanya redha allah, maka aku rela menelan sakit ini dari hidup lapang tanpa keperihatinan dari tuhan.
la haula walaqu wata'illabillah..
AND MAYBE YOU HATE SOMETHING THAT IS GOOD FOR YOU AND MAYBE YOU LOVE SOMETHING THAT IS BAD FOR YOU
No comments:
Post a Comment