hai assalamualaikum...
:) semoga hidup kita sentiasa di bawah lindunganNYA.
bagaimana ingin memulakan bicara.. sejajar dengan perumpamaan 'women are complicated'. i know....hehe
Bila bercakap tentang
cinta, saya selalu berundur satu langkah ke belakang. mimi yang 'up to
date' (lebih extreme suatu ketika dahulu) sangat kolot bila berbicara
tentang CINTA.
saya akui,
pandangan saya sebagai seorang remaja yang hidup di era ini tentang
cinta memang jauh ketinggalan. saya masih kukuh dan kuat memegang
prinsip 'bercinta selepas kahwin'. (yake? ehe... maksud di sini bercinta sebelum kawin x perlu over..sy perlukan status halal untuk bercinta. sorry bakal suami..sbb tu sy x lebih2.. sy takut cinta kita separuh jalan .. aduhhh sakitnya tuh di siniiiii)
saya suka sosial juga bersama kawan perempuan. ada masa saya sosial dengan event hijabi shja :D dari dahulu sehingga sekarang cuma mungkin sekarang
saya lebih berjaga-jaga dalam batas pergaulan. tetapi soal hati, saya
asingkan.
tidak pantas
untuk saya katakan saya tiada keinginan untuk dicintai dan mencintai.
saya juga berani jamin, tiada orang yang tiada perasaan 'ingin bercinta'
begitu kerana lumrah kita manusia, dicipta bernafsu dan berperasaan.
kita bukan malaikat. tetapi biarlah perasaan itu disalurkan dengan betul..
saya petik kata-kata ini,
"While
chemistry and attraction are no doubt important, character precedes
them both. A famous quote follows, “Chemistry ignites the fire, but
character keeps it burning.” The idea of falling “in love” should never
be the sole reason for marrying someone; it is very easy to confuse
infatuation and lust for love."
apabila kita
berkenan atau dirisik oleh seseorang, kita perlu tahu tentang sikap atau
karakter dirinya. sebab itulah Rasulullah saw sendiri menyuruh kita
bertaaruf. sebelum itu, kita juga perlu buat check-list tentang karakter
yang bagaimana kita mahukan (ingat, kita berkahwin dengan manusia,
bukan malaikat). jika ciri-ciri itu ada pada dirinya, zasss.. "yes i do"
jelah.
tetapi awas,
sebelum membuat apa-apa keputusan besar dalam hidup kita, istikarahlah
kepada Allah terlebih dahulu. pohon kepadaNya supaya keputusan yang
bakal diambil adalah petunjuk dariNya, bukan atas hawa nafsu mahupun
bisikan syaitan. jika benar 'dia' untuk kita, jangan berhenti untuk
memohon supaya Allah permudahkan jalan itu. inshaAllah, dia maha
Mendengar.
saya juga sangat
percaya yang keserasian sangat mudah dicapai apabila kita di bawah
redha Allah. proses mengenali juga lebih mudah, cepat dan telus selepas
diijab qabulkan kerana kita berdua sudah berada di landasan yang betul.
proses mengenali (orang muda-mudi cakap 'mencari keserasian') sebelum
berkahwin lebih menjurus kepada bisikan syaitan.
jika baru bercinta dihasutnya supaya 'lebih mengenali', nak suruh buat maksiat lettew.
jika sudah buat keputusan untuk berkahwin, dihasutnya supaya timbul
salah faham, nak halang kita 'saling mengenali' secara halal lettew. syaitan sangat benci melihat anak adam berumah tangga kerana periuk nasi utama mereka akan 'basi'.
timbul pula
soalan "kalau tak mengenali, macam mana nak tahu serasi ke tak?". tanya
pula pada diri sendiri, "nak kahwin kerana apa? suka-suka? nafsu? sebab
orang lain kahwin jadi saya pun kena kahwin? atau kerana Allah?". jika
jawapannya adalah kerana Allah, inshaAllah rasa tanggungjawab dalam diri
itu akan menserasikan kita. sekali lagi perlu diingat, character dan
chemistry, dua perkara yang berbeza.
bagi saya suami
adalah segala-galanya selepas Allah dan Rasul saw. tidak utuh saya
bazirkan cinta kepada lelaki lain kalau akhirnya nanti yang bakal
sehidup semati,
besusah bersenang dengan saya adalah suami saya? yang lebih berat,
wajarkah saya memberi sedikit cinta saya kepada lelaki lain sedangkan
yang akan menanggung dosa saya nanti adalah suami saya?
jadi slogan untuk hari ini,
"kami tidak akan
ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki sesuka hati kerana.. kami
simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami."
apa yang penting hari ini lakukan istkharah.. ya.. mungkin kita ketemu istikharah cinta kita yang satu itu. REDHA dengan ketentuannya.. insyaallah kalau ada jodoh tak kemana.. cinta datang tanpa bersyarat. anugerah tuhan yang tidak ternilai..
gittuwwww :D
“Dinikahi
wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya,
kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya.
Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Bakal Suamiku.. Telah tercatat namamu untukku di Loh
Mahfuz. Juga telah tercatat namaku untukmu sejak azali lagi. Hanya Allah
yang tahu, tak siapa di antara kita yang tahu..doa yg baik2 insyaallah yg dtg juga baik2..
Aamin..
entry ni saja-saja dan suka-suka. jangan touching sgt. hehe
thanks for reading!