Monday, January 24, 2011

FLASH BACK!! #SCOLIOSIS


kenangan yang sukar di lupakan..

PERMULAANNYA...
dari Sminggu ke seminggu tulang makin membengkok

6 tahun yang lalu... aku melalui satu 'pembedahan' tulang belang yang di panggil sciolosis... itulah realiti.. satu kejadian yang x pernah aku lupakan... aku mula jatuh sakit ketika usia 13 tahun (form1)..pulang dari skolah (SMK CONVENT BUKIT NANAS) aku muntah2 selepas makan 'bihun goreng' di sekolah.. sebab dan akibat itu hanya satu kebetulan... sejak dari itu sekejap baik sekejap demam.. lalu selepas itu mama membawa aku ke pediatrik,KL.. after 6 month aku di sahkan sakit leaukimia.. memang sedih tapi itu kehendaknya... aku lalui kehidupan ini seperti biasa... suka bila ada yang menghiburkan.. seusia itu aku gagahi.. makan ubat hasil kiriman doktor rasanya x sanggup... keadaan itu makin pulih namun di sebaliknya pula yang berlaku.. tulang blakang aku mula membengkok ke arah tulang rusuk kanan.. tidaklah sakit namun sentiasa mengadu lenguh... memang x dapat bayangkan..



keadaan tlg & besi .. sebelum dan selepas pembedahan...
mengikut x-tray...

 hanya pada siapa yang merasa aku tau ape yang aku rasa.. keadaan dah berubah.. semuanya rasa bagaikan tiada erti.. orang selincah aku kini tiada lagi penyeri hidup di taman keluarga... dari semingu ke seminggu badan aku mula bengkok nampak amat ketara... pakai baju pun namapak agak lain bentuk badan... menangis hanya di dalam hati...
aku mulakan rawatan berjumpa doktor sebulan demi sebulan sehingga aku di beritahu aku harus di bedah bagi membetulkan tulang yang bengkok.. resah menanti hari untuk di bedah... jumlah berupa wang yang harus dibelanjakan mmg memerlukan begitu banyak.. kuasa allah tiada siapa yang tahu.. semenjak dari aku jatuh sakit.. pekerjaan abah semakin baik.. projek sentiasa masuk.. lalu dengan hasil itu semua abah berjaya mengeluarkan sebanyak rm26 ribu.. ats bantuan semua aku berjaya untuk di bedah..

keadaan di alam realiti di dalam bilik pembedahan...
( jgn terkejut bila melihat.. ini semua hanya dugaan semata)

12hb sept. 2005..hati ku jadi rawan bila mama menguruskan segala2nya bagiku bermula memakai baju berwarna putih,topi bedah dan memakan ubat.. pilu hati saat aku terpaksa berpisah dgn mama dihujung pintu bilik operation... berdoa dan terus berdoa.. apatah lagi pembedahan paling besar aku lalui... hidup dan mati aku tempuhi biarlah untu kali ini...
sehari selepas itu aku sedarkan diri dan mula mengenali org sekeliling setelah 12jam melalui operation..
10hari aku di wad aku minta pulang dengan MR.FAZIR ( doktor yang bertanggungjawab merawat aku).. x sabar nak balik rumah punca utama... :) rindu semuanya..
masa begitu cepat berlalu..akhirnya aku pulih seperti sediakala.. itulah semuanya dugaan yang di pinjam dari ALLAH.. dialah segala2nya...

keadaan yang terjadi selepas itu...
di dalam keadaan yang baik dan kembali pulih
AKHIRNYA....

alahamdulillah kini aku bertambah sihat...
ingin cantik, bergaya menjadi inspirasi aku kini...... =)

* thanks pada semua yang datang melawat...
* my fwen. ixa n deena.. LOVE u...
* pengorbanan mama yang tiada tandingan
* pada doktor, nurse... everything u all do make me smile always.

6 comments:

Noradila Ali Hanafiah said...

nie..masa yang i datang hospital ngn kakk u kee....i tau u ade lukimia...tapi tak tau cite secara detail...


alhamdullilah..u selamat...pasti perit u nak lalui dugaan tuukan.....
takper..pasti u juga seorang yg tabah...(^__^)

Wan Nursyamimi said...

A'ah.. time ni la yg u dtg tu :)dah lama gilakan. hee..

tapi alhamdulillah skrg dah OK. perit mmg perit. tapi
selemah mane pn kita, wlu dugaan menghampiri pasti kita akan jadi kuat :)

Anonymous said...

saje jalan2 cari pasl mata ni alegik,tp jmpe blog cik mimi ni..cik mimi mmg tabah bjuang..bkn semua buleh buat(skadar pinjam ayat2 drama)..

mechveilz@yahoo.com

Wan Nursyamimi said...

Thank you :) bila Dugaan Datang kita mmg Akan jadi Kuat :)
Bdw.. Thanks for comment

✿Yeppo✿ said...

After bedah dia suruh pakai apa2? Or macam biasa je? And yang you bedah ni kat hospital kerajaan or swasta? Sorry banyak tanya but yeah I nak tau :)

Wan Nursyamimi said...

hai "yeppo"...
lepas operation alhamdulillah sy x pakai apa2.. selama 6 bulan kena berjaga2.. :) tapi ade juga sesetengah org kena pkai sumting... sy buat kat HKL.. hospital kerajaan.. :)