Monday, March 31, 2014

HAPPY BIRTHDAY "23" TO ME

Assalamualaikum..

Sy menanti jam 12am untuk update :) mmg saya gila walaupun mata saya dah mengantok. sy tetap nak abadikan kenangan di post yg ber'date' 31st march.


HAPPY BIRTHDAY TO U CIK SYAMIMI 

TERIMA KASIH ALLAH. harini sy nak menangis. sy tak tahu apa tujuan dan kenapa. kenapa hati sy memberi lebih dari apa yg sy mahu. tak apalah. sy kena kuat kot. sbb dah 23 tahun. hidup ini penuh dengan kejutan :)

alhamdulillah kerana masih di beri peluang untuk hidup dan mencecah usia 23 tahun. mungkin muda bagi semua. tp agak matang untuk saya. saya mengenal erti kehidupan. saya bersyukur kerana ade yang membesarkan saya dan menjadikan sy seperti sekarang. insyaallah sy nak jadi anak yg solehah utk abah dan mama.. nak jadi kawan terbaik untuk semua. thanks mama kerana melahirkan saya. 31 mac 1991. masa tu bulan puasa :) mmg sejuk hati sy mendengar dengan kelahiran sy sendiri ke dunia ni. bulan mulia yang penuh keberkatan.. dan hidup saya ni tetap saya bersyukur walau apa jua ceritanya. sy bertuah kerana ade yang menyayangi saya. terima kasih semua. semua yang wish walaupun belum tiba waktu. korang memang best :)

saya celebrate awal.  jumaat malam aritu. thanks saudara saudari. kenang daku dalam doa mu ya :)



Thank you so much my lovely fAMILY/fRIENDS who made my day. I love you all very much for the wonderful feelings you gave me on my special day and made it the most memorable birthday of my life. God bless you. :)


thanks abah. abah kat russia jauh tp ingt besday mimi. haih abah. mimi baru 23 tahun lah :) i love you abah.


thanks mama.. ingtkan da tdo lena. rupanya sempat lgi nk wish tgh mlm buta ni.. i love you ma. 


thanks kak ngah blanjer cake :) my only one sister. i love you.


thanks abg long. i love you.

selain kawan2. merekalah dunia ku. keluarga ku dunia dan akhirat.

ok. bole tdo ! harini hari sy sayang semua org. mood kena baik walaupun hati gundah gulana. i want to be a princess.. yes !tq allah. tq semua. tq kpada kehidupan ku hari ini. semoga hari2 mendatang di lewati dengan kebahagian. itu doaku. amin..

thanks for reading !

Saturday, March 08, 2014

NOVEL "AWAK SUKA SAYA TAK? by MELUR JELITA"

Assalamualaikum dan selamat pagi..

indah sungguh pagi ni.. pagi yang dingin. mungkin hujan menyinggah tadi. lepas solat subuh terus je segar badan ni  mata plk terbukak seluas2nya walaupun niat dihati nak sambung tdo. weekend kan.biaselah nak tdo lama. :) namun niat yang satu itu aku batalkan dengan kesungguhan untuk mengupdate satu entry pada pagi ni. sungguh aku teruja !


aku baru habiskan satu novel berjudul 'AWAK SUKA SAYA TAK?' .. comel je tajuk dia kan. kali pertama aku membaca novel hasil nurkilan dari MELUR JELITA . tak tahu nak mula dari mana. tapi harus aku kongsikan sesuatu yang baik untuk hidup kita. terkesan di hati dan fikiran aku dengan novelnya. terima kasih kak melur dengan nurkilanmu, im very touching ! beratus2 novel yang aku ade semuanya berlainan cerita. semuanya dari pengalaman masing2. tapi yng satu ini lebih istimewanya dengan kehadiran seorg lelaki yg ckup tabah menghadapi seorg wanita. 'mula lah nak mengagumi cerita ilusi'. haih aku pasti di luar juga ade seperti ini..  itu kata kawan aku. tapi aku tak kisah pun ape org nak cakap.. dah aku suka baca nak buat mcmane. baca pula bukan pada sesuatu yang tidak baik. aku membaca dan membawa ke hati. mungkin ade yang akan mengubah hati aku. menjadi lebih baik ke. menjadi seorg yang kuat dan cekal ke kan. who's know? yes! dengan cerita ASST aku belajar dengan perasaan aku sendiri. Cerita kita mungkin tak seindah novel tapi mana tahu tuhan itu mendengar memberi dan merasa hati kita dan kita beruntung kalau di beri peluang untuk ke arah itu. yelah masing2 punya pendapat dan cara. aku begini kau begitu. kita bersyukur je kalau ia mendatangkan kebaikkan ya.. 

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha


ayat ini dalam ingatanku..

'Cinta bukan berpegangan tangan, bercumbuan.. itu nafsu... cinta bukan sentiasa berjumpa sampai larut malam membawa ke pagi itu juga nafsu... terlalu banyak nak di jelaskan mengenai cinta. berbilion manusia di dunia maka berbilion la rasa cinta dan takrif masing2. Bagi saya senang saja semua cinta ada maknanya tersendiri dan ekslusif untuk setiap orang. ia tak sama antara satu sama lain. tidak mengapa allah ciptakan kita berbeza, sedangkan cap jari pun bebeza... asalkan cinta tidak melanggar batas syariat , maka bercintalah. saya tidak mahu cemarkan kesucian cinta saya. saya mahu cinta dengan beradap, bermaruah & terpelihara. kalau cintakan seseorang pasti akan menjaga maruah dan kesucian dirinya.awak takkan menyentuh apa yang merosakkannya.. kemudian dia tinggalkan. cinta itu bukan nafsu'

ade ke lelaki yang boleh cakap mcm ni kat perempaun? ade ke kat dunia yang aku pijak ni. mungkin aku takkan cakap ada selagi aku belum jumpa....ok set on ur mind mimi nak lelaki mcm dia. tak dapat mcm dia mesti ade jugak salah satu ciri2nya tu. harus harus!!!.. adehh parah naluriku.. hehe

Hilman~ dialah lelaki dalam novel tu. hero kepada Puteri Intan Zulaikha dan mencentus naluri kewanitaanku. (wah ayat) haha.. seorg cina muslim , kuat agama, hensome , sabar,  baik, kaya dan menghormati org tua. itulah singkatan hilman pada pndangan aku.. nak hujah lebih2 aku tak pandai cukup lah aku katakan dia lelaki sempurna. betollah kata org kalau lelaki tu baik eloklah wanita tu dalam jagaannya. kalau buruk perangai lelaki tu maka kecundang la perempuan tu. yang baik hanay untuk yang baik. mungkin! lelaki yg baik dan sayang seseorg akan lakukan apa saja. mcm hilman nilah mane nak carilah kak melur oi lelaki mcm dia ni. tak dapat aku bayangkan. ade ke yang macam tu? bila allah nak temukan dengan aku? mcm2 kan. haha. mulalah melalut angau tak bertempat. nak suruh lelaki yg baca sebenarnya novel kak melur ni. biar dia paham sikitttt. biar dia tahu mcmane kehendak wanita tu. mcmane mengendalikan hati keras perempuan. tahniah untuk hilman dengan agama yang ade di dada dia berjaya menawan hati keras intan .

Intan~ heroin dalam citer ni. pencentus semangat ku sebagai seorg perempuan. cantik, keperibadian yg baik, jaga maruah, kaya dan agak keras hati. hatinya terdidik dengan kehadiran hilman. bertemu dan berpisah. berduka dan gembira.berkasih dan terpisah kembali. bersatu dan bahagia. semunya membahagiakan di mata aku bila baca. ujian itu ade untuk mereka yang tuhan katakan ia mampu miliki. hati perempuan yang kuat bila di uji dan lembut akhirnya mendalamkan lagi cerita ni. tak dapat aku ceritaka satu2 adalah lebi baik pergi kedai dan beli dan baca. haha..

cerita ni bukan kisah cinta je. dia juga untuk keluarga. kita memahami keluarga itu bagaimana. bersatu di saat susah. memujuk bila merajuk. kasih syg abang pada adiknya. kasih ibu bapa untuk anak2nya. mcm2 pengalaman kita dapat. kita boelh rasa tu. tak tahulah kalau org baca tak de rase. kesimpulannya bagi aku memang aku tersentuh.. ada sesuatu yang menjentik hati aku untuk terus membaca novel kak melur lps ni.. sedikit agama di perlihat sedikit kasih sayang untuk dirasa dan sebanyak rasa untuk kita tahu allah itu ade bersama2 kita.. 

itulah sedikit review untuk semua dari apa yang aku baca. thanks to my cousin (atiqah) kerana mem perkenalkan buku ini padaku. bersyukur kerana seuatu yg baik itu harus di kongsi. bukan di simpan dalam hati dan diam tnpa kita tahu ia baik untuk semua. NOVEL INI SANGAT BEST, SILA BELI DAN BACA :)


bole layan video ckit untuk lagi menyentuh perasaan. haha berta 66 aku ni... 

Ni gambar paling syok. pergi pntai smpai baca buku 'awak suka saya tak' haha..

: bila allah campakkan rasa cinta segala yang buruk semuanya cantik dan indah belaka :)

thanks for reading !


Tuesday, March 04, 2014

KUALA SELANGOR

Assalamualaikum

HAPPY MARCHEYY maknanya selamat datang MARCH ke dalam diriku. selalu march jadi yg teristimewa gittuww.. adalah tu yg istimewa hehe

sesekali baru nampak muka. sesekali baru terasa nak menjenguk. kalau cakap takde masa nanti prof cakap kita ni tak bijak kalau cakap slalu takde masa sebab kita yang kena uruskan supaya masa tu ada dan dapat di bahagi bahagikan. betul jugakkan? masa takkan kebelakang tapi selalu aje ke depan.. change ur mind mimi. belajarlah menguruskan masa dengan baik. :)

ok back to topic. dah dua kali weekend baru arini ade masa nak update ! terima kasih untuk hari ini.
22/03/2014  2week ago. takde plan pun. tapi bila takde plan memang slalu menjadi je nak pergi mana2. KUALA SELANGOR. bukan lah asing name tu bagi aku. tapi aku tak pernah pergi pun. lagilah masuk kg kg ni kan. takde member pun nak pergi. tapi kali ni, thanks to shidee kawan abg aku. dialah yang bawak kami bjln smpai ke sinun. kg. teluk penyamun. fuh jauh jugaklah. tapi agak seronok. seriously betol2 rase kg. kg aku pun tak rasa camtu sbb rumah dia dalam pokok kelapa sawit. mesti syahdu jelah bila nak tidur malam tu kan .. sejukkk.. fuih fuih... eh eh tapikan tapi takut jugak lah sebab ade "ketet".. (sory kalau salah eja) ketet tu ape? hahaha.. first2 dengar aku pun huru hara. apa kebendanya tu kan.. upenya ketet means monkey u olss. monyet nyet nyet :) agaknya bahasa jawa kot ketee tu.. haih entahlah tapi kena blajar. nanti buatnya si monyet tu kejor2 kita tak tahu bila org sebut "ketet".. satu pembelajaran baru. pls save in ur mind :)

2 perkara yang paling famous kalau dtg selangor adalah kena pergi bukit melawati bg mkn monyet and sebelah malam pergi tgk kunang2 kt kg. kuantan. yes! dengar pn mcm best. tapi semua xtvt tu aku tak pergi.. cissss... ruginya! masa tak mengizinkan. maybe nxt time kita melawat sane lagi hehe. pergi dengan org kena ikut time. lagi pun mama pn ikut skali. mesti dia tak sukalah pergi tmpt cmtu. kalau shopping yes bole ajak dia haha

satu hari bjln mmg tak ckup kalau pergi mana2..bagi aku la :) sbb aku cpt penat nampak je badan anoreksia. tapi bila penat mengalah org yang berbadan besar.. lagilah terhimpit sbb naik kereta kecik yg lain plk body besar2. kesian aku... lastly kami ke pantai. pntai apa aku tak ingt, tapi area2 situ jugaklah. walaupun tak macam kg aku pantai dia. tapi kat sini pn boleh tahan lah bestnya. penuh aje org. mungkin sebab hari sabtu and rmai ade org jual2 tepi jln mcm pasar malam. seronok. aku kan suka pantai. so aku tak kisah pntainya mcmane janji ade laut ade pasir. dan namanya pntai. memang menjadi ah . apa yg di beli di sana pun di luar dugaan aku. mama siap beli sotong ikan ketam kerang... fuh fresh lagi. baru lah sedap makan kan. kat kl ni smpai2 je smua da layu. tapi bersyukur jelah dari takde langsungkan. yes kuala selangor best jugaklah. orgnya pun baik2 alhamdulillah.. :)









thanks shidee for the best weekwnd. satu pengalaman yg baru. yang penting aku dah kenal la selangor tu. cuma satu tempat aku teringin nak pergi skinchan. ade sawah padi kan. tu yg teringin. kena cari kawan dulu duk area2 sawah padi baru dpt tau mcmane rase. tp comfirm best lah kan. maybe one day. 

oh lupe plak. kami merasa jugaklah ikan bakar katt sne. tapi sorry tak suka sangat sebab ikan bakar kat kuantan lagi best hehe. 


thanks for reading !