Monday, January 31, 2011

BIG DAY !!

SELAMAT PENGANTIN BARU  SH. NADIA & MOHD AZAHARI


okay, mari aku perkenalkan mereka :) si pengantin prempuan itu kami panggil dia dgn gelaran 'saida' sbb muka dia ada iras2 kakak dato CT kita tu.. x pecaya?? nnt try tgk real ya. hehe.. dia ni keluarga angkat mama aku.. orangnya sangat cun & mereka selamat berkahwin tanggal dot.dot! lupa. hehe.. sorry.. nnt kena tgk kad undangan balik ...
ni adalah mjlis resepsi yang ke tiga di kuala lumpur. ( majlis sambut menantu kot).. pada 22januari2011..
cantik!! tema colour dia purple.. tringat kat kwn aku yang sorang tu si 'mia'. dia sgt obses dgn warna purple. :) agaknya mcm ni kot nanti dia kawin. serba purple. hehe.. tapi memang chantik pun... 


gambar kenangan kami sekeluarga...


orang sibuk naik pelamin aku pun nak naik pelamin.. tengok??? gatai kan. hahaha... :) cewahhh... berangat lebih la makwe baju itam tu.. bf pun tak dakk.. pppppp........ dahhhh... hahahah....
kata mama 'x salah ada planning'.. kikikiki.. esok2 ada jodoh mesti kawin jgk. kaka.. aduhai.... entah iya. entah idok :D (xpelaaa... ambik mood )


ini yang di katakan dari mata jatuh ke hati ;)

buat pengatin baru kami doakan smoga berbahagia hingga ke akhir hayat... 

Syamimie

Friday, January 28, 2011

AKU SENDIRI....

 

 
Dahulu..
ku lihat ramai teman-teman bersama riang gembira. bertepuk tampar, bermain  bersama, kemana sahaja bersama-sama, berkongsi suka & duka, tapi aku... duduk di suatu sudut keseorangan, tiada kecerian , tiada tangisan , tiada kesedihan, hanya aku.. aku sendiri....
Kini...
ku sudah punya teman, di sana & di sini merata-rata teman, kadangkala berjalan dengan yang ini, dan kadangkala berjalan dengan yang itu. mengikut hati, mengikut naluri demi untuk gembira, tapi.. kurasakan jiwa & hatiku masih kosong, seolah-olah tiada siapa di sisi, tiada teman menemani, hanya ada tangisan , hanya ada kekecewaan, 
hanya aku.. aku sendiri...
Nanti....
ku harap bebunga gembira singgah di hati menaburkan benihnya, pohon duka bertukar ceria, jiwa lara kembali ceria, moga dengan kehadiran benih gembira, diriku yang sering menjadi penghuni lubuk hati akan melupakan kedukaannya.. tiada lagi tangisan, tiada lagi kedukaan , bukan hanya ada aku, tapi ada semua & tak mungkin lagi.....  
AKU SENDIRI.....

sekiranya dapat ku undur waktu ingin sekali aku kembali ke masa lalu maniti waktu di zaman kecilku. ku rindukan semua itu. sekiranya dapat aku mengubah ketetapanNYA ingin sekali aku mengubah masa silamku. rahsia yang tersimpan membuatkan aku hilang dalam kehidupan. kesangsian demi kesangsian memenuhi pusat benakku. aku sangsi siapa diriku. kenapa aku di perlakukan begitu?? kehidupanku hampir musnah hanya kerana kesangsian diriku..
Sekiranya dapat aku menentukan segalanya ingin sekali aku menghidupkan masa depanku menceriakan diriku umpama amar terbang bebas di ruang angkasa. bebas kemana saja dengan keinginanyang kuat ku suarakan semua itu 
tapi... harapan tinggal impian seperti sang pungguk rindukan rembulan. menanti tanpa kepastian. moga-moga sinar kebahagian akan 
menyinari kehidupan di masa depan........

Syamimie

Wednesday, January 26, 2011

PERJALANANKU TAK TERHENTI...


angin malam datang menerpa membuat aku teringat kembali kisah suka & duka antara aku & dia..
(perpisahan ini terjadi 8 tahun yang lalu)
bila sunyi dia ada di sisi tatkala gembira kita ketawa 
bila aku terkenangkan semula semua itu sungguh mengasyikkan. 
Tidak pernah aku terfikir perkara yang akan berlaku pada masa yang akan mendatang, 
yang penting dikala itu hanya dia yang aku inginkan. 
tanpa aku sedari kini kau tiada di sisi entah mengapa dengan tiba-tiba..
aku keliru persoalan yang bermain difikiran ku membuat aku hilang arah terawang-awang mencari kebenaran. hingga kini kau hanya menyepi bergembira & saling ketawa bersama teman-temanmu 
tanpa kau ingat pada diriku
tapi aku... 
hilang tanpa arah menunggu sinar yang akan datang mengembalikan semangat yang kian pudar.
kini... 
cuma satu yang aku inginkan, ketenangan jiwa & ketenteraman hati 
agar dapat ku gunakan nanti bagi menempuh liku-liku hidup ini yang kian mencabar pada masa kini. 
suatu hari nanti kuharap kau akan mengerti betapa aku menyayangi perhubungan yang pernah kita jalinkan.. bukan seperti yang kau mainkan...
hanya doa yang aku utuskan moga kau kan berbahagia
walau dimanapun kau berada...


~mengertilah sahabat.. sekali aku katakan kau sahabat. selamanya ia beerti buat aku...

walaupun kau tak pernah nak tahu tapi aku tetap nak cakap.. 
"aku rindu sangat kat kau najihah.. "

Syamimie

Tuesday, January 25, 2011

Barangkali....

salam pada yang sudi menjengah hadir....
: just a short note to share with 'all'





Kadangkala sepi itu indah. Tapi bagi mereka sepi itu bagai api dalam sekam. 
Biarpun demikian, di harungi juga hidup mereka dengan tabah. 
pada saat, satu titik mereka di anugerahi segarit cahaya penyesuaian, 
mereka menjangka panas hingga ke petang 
tanpa menduga hujan di tengah hari...

* mungkin ini satu pengorbanan yang selama ini di rahsiakan...

Syamimie

Monday, January 24, 2011

FLASH BACK!! #SCOLIOSIS


kenangan yang sukar di lupakan..

PERMULAANNYA...
dari Sminggu ke seminggu tulang makin membengkok

6 tahun yang lalu... aku melalui satu 'pembedahan' tulang belang yang di panggil sciolosis... itulah realiti.. satu kejadian yang x pernah aku lupakan... aku mula jatuh sakit ketika usia 13 tahun (form1)..pulang dari skolah (SMK CONVENT BUKIT NANAS) aku muntah2 selepas makan 'bihun goreng' di sekolah.. sebab dan akibat itu hanya satu kebetulan... sejak dari itu sekejap baik sekejap demam.. lalu selepas itu mama membawa aku ke pediatrik,KL.. after 6 month aku di sahkan sakit leaukimia.. memang sedih tapi itu kehendaknya... aku lalui kehidupan ini seperti biasa... suka bila ada yang menghiburkan.. seusia itu aku gagahi.. makan ubat hasil kiriman doktor rasanya x sanggup... keadaan itu makin pulih namun di sebaliknya pula yang berlaku.. tulang blakang aku mula membengkok ke arah tulang rusuk kanan.. tidaklah sakit namun sentiasa mengadu lenguh... memang x dapat bayangkan..



keadaan tlg & besi .. sebelum dan selepas pembedahan...
mengikut x-tray...

 hanya pada siapa yang merasa aku tau ape yang aku rasa.. keadaan dah berubah.. semuanya rasa bagaikan tiada erti.. orang selincah aku kini tiada lagi penyeri hidup di taman keluarga... dari semingu ke seminggu badan aku mula bengkok nampak amat ketara... pakai baju pun namapak agak lain bentuk badan... menangis hanya di dalam hati...
aku mulakan rawatan berjumpa doktor sebulan demi sebulan sehingga aku di beritahu aku harus di bedah bagi membetulkan tulang yang bengkok.. resah menanti hari untuk di bedah... jumlah berupa wang yang harus dibelanjakan mmg memerlukan begitu banyak.. kuasa allah tiada siapa yang tahu.. semenjak dari aku jatuh sakit.. pekerjaan abah semakin baik.. projek sentiasa masuk.. lalu dengan hasil itu semua abah berjaya mengeluarkan sebanyak rm26 ribu.. ats bantuan semua aku berjaya untuk di bedah..

keadaan di alam realiti di dalam bilik pembedahan...
( jgn terkejut bila melihat.. ini semua hanya dugaan semata)

12hb sept. 2005..hati ku jadi rawan bila mama menguruskan segala2nya bagiku bermula memakai baju berwarna putih,topi bedah dan memakan ubat.. pilu hati saat aku terpaksa berpisah dgn mama dihujung pintu bilik operation... berdoa dan terus berdoa.. apatah lagi pembedahan paling besar aku lalui... hidup dan mati aku tempuhi biarlah untu kali ini...
sehari selepas itu aku sedarkan diri dan mula mengenali org sekeliling setelah 12jam melalui operation..
10hari aku di wad aku minta pulang dengan MR.FAZIR ( doktor yang bertanggungjawab merawat aku).. x sabar nak balik rumah punca utama... :) rindu semuanya..
masa begitu cepat berlalu..akhirnya aku pulih seperti sediakala.. itulah semuanya dugaan yang di pinjam dari ALLAH.. dialah segala2nya...

keadaan yang terjadi selepas itu...
di dalam keadaan yang baik dan kembali pulih
AKHIRNYA....

alahamdulillah kini aku bertambah sihat...
ingin cantik, bergaya menjadi inspirasi aku kini...... =)

* thanks pada semua yang datang melawat...
* my fwen. ixa n deena.. LOVE u...
* pengorbanan mama yang tiada tandingan
* pada doktor, nurse... everything u all do make me smile always.

Sunday, January 23, 2011

TAK SIHAT WEHH!!

salam untuk semua. hope semuanya sihat2 ya..
 

aduhai.... hari dah 3 hari aku demam.. 3hari juga tak keluar rumah.. memang dirasakan sangat bosan tahap separuh Gila :D hehe.. yang setia menemani hanyalah teddy bear! TV! ....rancangan tv pn asyik ulang yg sama.  lappy pun kadang2 je On.. rindu sihhh nak blogin... sebabnya tak tahan dengan mata yang pedih.. Ubat?? klinik? Hosp!! arghhh.. semua tu dah membosankan.. doktor tu pun dah bosan kot asyik aku je melawat klinik dia . =)

anyway, satu je yang best bila kita sakit.. nak tahu ape??? 
keprihatinan seseorang yang menyayangi.. kita boleh tgk org yang sayang kita bila kita sakit. caring dia tu kira lain macam sikit... haha.. x percaya?? try lah tgk bila korang sakit!...

:) aku ni xde yang sayang sgt.hehe. cakap je lebih.. hahahaha... keperihatinan keluarga itu jauh lebih pnting bagi aku.. mama la yang the best! bila sakit, nak makan ape?? mesti di buatnya.. beruntungkan.. hihihi..... 
THANX to mama...

OK, mate ini sudah semakin layu ... ubat yang di telan sudah tak terkira... kuatnya penangan itu. hehe..
mintak2 la esok SIHATTTTTT...... amin-amin... 

Tuesday, January 18, 2011

SHE'S AMAZING

SALAM... & cerita kali ini???? hmmm.... jom!

    EMMY ROSSUM

Dilahirkan di bandar NEW YORK sekitar tahun 1986. emmanuelle grey emmy rossum merupakan pelakon, penyanyi serta penulis lagu hollywood. Bintangnya mula bersinar selepas diberi tanggungjawab untuk memegang satu watak dalam MYSTIC RIVER (2003)

aku letak title she's amazing. sebab aku rase dia sangat hebat. bukan dalam lakonannya. tapi penampilannya sangat menarik... aku suka sangat tgk dia nie. u all mcmane ? mungkin ada yang kenal.. mungkin ada yang kenal. ada juga yang tak kenal kan.. ok, meh kita kenal2 n tgk gambar dia nihh... betol x rugi pon klu sudi tgk :D hehe...
kami punya minat yang sama hanya sbb rambut ;) kelihatan emmy lebih selesa dengan potongan rambut panjang dan ikal. (curl). Dalam kebanyakan majlis tidak kira sama ada majlis rasmi ataupun tidak, emmy sering tampil dgn gaya rambut yang sama. hanya skali sekala ingin kan kelainan emmy menukar gaya dgn mngikut selera yg diinginkan.. sangat CANTIK kannn....
bukan sekadar rambut ikal tu sebenarnya. dah org cantik, pakai apa2 pun memang cantik. betol x??:)

dia sgt cool n rilex bile keluar!! tetap cantik wlupun hnya menyimpul rmbut ala kadar ....

 


  dia sangat santai... very2 like...!!  

ow... dia sngt manis dengan TOPI!



 ------------------------------------------------------------------------

BILA 'EMMY' BERGAYA DI RED CARPET~








ini yang paling aku SUKA :)


<3 LOVE UR EYE'S!

puas hati tak dgn visual yg ku pertontonkan..hihi.. REALLY2 beautiful ... setuju tak ? :D
okay, caw cin cin... lain hari kita cerita lagi :D 

Syamimie

Monday, January 17, 2011

DALAM HATI ADA CINTA

salam ceria untuk semua...

jangan terperanjat kali ini masih lagi dalam mood aku bercerita soal cinta! patutla kan ramai di antaranya selalu mengatakan aku seorg yang jiwang..hahaha.. not really actly! just like... about LOVE STORY! tak ada salahkan.. hehe.. tak ada bf x semestinya buta cinta.. untuk mencari yg terbaik kita harus jadi yang terbaik terlebih dahulu...
Ok! jangan boring ya bila aku berbicara.. ini semua tips untuk kita.^ _ *

SUKA VS SAYANG

 
RAMAI YANG SERING TERPERANGKAP DENGAN DUA PERASAAN INI. DARI DASARNYA MUNGKIN NAMPAK SAMA TETAPI SEBENARNYA JANGAN TERSILAP, IA SAMA SEKALI TIDAK SAMA! SUKA BUKAN BERERTI SI DIA CINTA DAN SUKA JUGA BUKAN BERERTI SI DIA SAYANG. DALAM PERHUBUNGAN , SUKA BERERTI SI DIA SELESA BERKAWAN DENGAN KAMU. SELESA DGN PENAMPILAN KAMU, SELESA BERBUAL DGN KAMU & SELESA CARA KAMU MELAYAN KELUARGANYA. CINTA JUGA BEGITU TETAPI BEZANYA APABILA DALAM HATI PENUH RASA CINTA, APA SAHAJA YANG KAMU LAKUKAN SENTIASA BUAT SI DIA RASA SENANG & BAHAGIA. MALAH KEKURANGAN YANG ADAPUN DIRASAKAN SATU KELEBIHAN. JADI, HATI-HATILAH !! JGN TERTIPU DGN LAYANAN BAIK SI DIA KERANA MUNGKIN DIA HANYA SUKAKAN KAMU TTPI TDK PERNAH MENCINTAIMU. NAK TAHU APA PERBEZAAN LEBIH LANJUT DUA PERASAAN INI???ok....

          -baca pakai hati...~       

SUKA
  1. si dia melayan kamu sama seperti teman-temannya yg lain hinggakan tiada langsung keistimewaan utk kamu. aktiviti kamu berdua lebih banyak kpd berseronok & bergembira shja krna itu tujuan sbnar si dia berkawan dgn kamu utk mnghiburkan hatinya..
  2. si dia tidak pernah rasa bersalah apabila menyakiti hati kamu..
  3. si dia mengelak & tidak suka berbicara ttg masa dpn apatah lagi soal hubungan kerana ternyata si dia masih belum yakin dgn kamu.
  4. si dia bawa kamu kemana-mana termasuklah ketika berkumpul bersama teman-temannya tetapi ada waktu-waktunya atau dgn org-org tertentu si dia malu utk membawa kamu malah klu boleh tdk mahu menampakkan kamu & dia rapat bersama.
  5. apabila kamu sakit ataupun bermasalah si dia mendengar ttpi sekadar mndgr tanpa ada sebarang tindakan ataupun bantuan.
  6. si dia sukar utk menerima kekurangan yang ada pada diri kamu sehinggakan kamu takut untuk menjadi diri sendiri apabila bersama si dia, sebaliknya kamu cuba jadi seperti yg si dia mahukan.
  7. apabila si dia dalam kesusahan , kamulah tempatnya meminta pertolongan. semasa inilah si dia akan melayan kamu sebaik-baiknya & waktu ini jugalah kamu akan rasa si dia sangat sayangkan kamu. walaupun pada hakikatnya tidak. si dia sukakan kamu kerana boleh jadi kawan yang baik ^ _ ^  
SAYANG 
  1. si dia begitu mengambil berat tentang diri kamu terutama apabila kamu sakit & bermaslah . bukan itu sahaja si dia membantu kamu tanpa mengharapkan sebarang balasan & kerana itulah ada ketikanya kamu sendiri tidak tahu yang si dialah yg membantu kamu.
  2. sekiranya ada teman-teman atau sesiapa shja yg cuba memburukkan kamu, si dia pantas mempertahankan kamu.
  3. si dia tidak suka sekiranya kamu berpakaian seksi ataupun sengaja menunjukkan bentuk tubuh badan kamu pada org lain. bukan kerana cemburu tetapi kerana si dia tidak mahu kamu jadikan bahan diketawakan ataupun dipersendakan.
  4. si dia sentiasa akan berterus terang dgn kamu termasuklah soal perasaannya.
  5. si dia tidak akan sesekali menyakiti perasaan kamu malah setiap kali si dia meninggikan suara ataupun memarahi kamu setiap kali itu juga si dia akan menyalahkan diri sendiri.
  6. si dia tidak malu untuk untuk memperkenalkan kamu sebagai insan istimewanya pada sesiapa shja malah klu perlu meletakkan dirinya serendah-rendah pun si dia sanggup utk memberitahubetapa  si dia mencintai kamu..
  7. setiap kali keluar bersama si dia akan pastikan hari tersebut buat kamu berdua tidak sia-sia.
  8. selalu bercerita tentang masa depan & mengangan-angankan sebuah kehidupan bahagia.

Sekilas cinta !!
: "when you realize u want to spend the rest of ur life with a person,
u want the rest of ur life to start as soon as possible" 
-petikan dialog dlm filem when Harry meets Sally .


sumber yang di catatkan di atas sedikit sebanyak 'copy paste' from majalah remaja..
memang itulah realiti. kita tak tahu bila org suka & sayang kita. apa salahnya kita ambil sedikit sebanyak semoga menjadi pilihan yang terbaik di masa akan datang.. 
jangan pula terlalu percaya dgn kata-kata di atas. tak semua prinsip seseorang tu sama. terkadang yang suka itu akan jatuh sayang... 


Syamimie

-----> MAJLIS (15/O1/11) SABTU




MAJLIS CUKUR JAMBUL 'ANNABELLA PUTRI'

'ANNABELLA PUTRI' my cousin.. secantik namanya si comel yang melemahkn semangat bagi mata yang memandang :) comel sihh.. geram aku tengok.. anak yang ke-tiga dari aunty wan na.. :) wajahnya saling x tumpah seperti abang sulungnya,8tahun. (ADAM PUTRA)
indahnya suasana majlis yang diaturkan... menarik perhatianku bila buai itu dihayunkan..... (sangat comel)



kumpulan marhaban...


mama pegang bella. sweetnya.. sebenarnya dalam ati nak jugak pegang. tapiiiii... takut!! baby masih lembikk... hehe. 'takpela da besar ckit k.mimi pegang ya bby bella' :)
 haaaaa... ni dia mama BELLA. maintain cun kan walaupun da anak-3.. huhu..



 sedapnya dia tdo......



     ---------------------------------------------------------------------------------------------



oK, yang sebelah saya  tu my  uncle... ada  yg terpikat??? masih solo ya.. hehe..
dua dari kiri tu seperti biase.. my sibling ^ _ ^

lastly.... ni lah nenek saya.. (sebelah abah) ... heehehe... jarang jumpa.. tapi kami tetap ngam !! huhu..

Saturday, January 15, 2011

------> cerita dia menjadi nurkilanku...


salam utk smua..


: cerita daripada insan yang meluah rase padaku. lantas aku karangkan pula menjadi hasil nurkilanku pagi ini.... 

~baca pakai hati~

Aku ingin membahagiakan.. 
namun dalam aku sedar sebenarnya sudah ada yang 
terlebih dahulu berjuang seperti aku.. 
antara kami, yang beda aku melakukan sesuatu yang payah terlebih dahulu. 
Membuatkan terlalu payah sesuatu itu utk menyinari.
dan suatu saat aku percaya semua itu pasti ada hikmahnya. 
Lain pula dgnnya.. yang susah itu di biarkan namun yang senang itu menjadi perhatian matanya terlebih dahulu. 
Bukanlah satu pengkhianatan atau aku punya hasad dengki. 
Namun aku sedar diri. Kenyataan hari ini dan hari semalam. 
Entah ape jadi pada akan datangnya pula.. 
aku sendiri tak dapat mengagaknya. Hanya DIA yang maha mengetahui. 
Lantas sedar kekurangan diri dan kelebihan itu seringkali ada pada dirinya itu adalah membuatkan aku terus bersemangat untuk bangkit. 
Biar apa pun terjadi kecekalan, ketabahan, itu mungkin ada hikmahnya. 
Hidup hanya untuk bahagia. 
Memperjuangkan sesuatu yang agak mustahil andai hati selalu kecundang di tangga harapan.

YA! Dulu memang ada diantaranya sesuatu yang indah untuk di kenang. 
Tapi hari ini itu mungkin meninggalkan kesan yang amat pahit untuk di kenang. 
aku tahu hati tua yang ingin kan kebahagian.. 
Walau tanpa suara dia adukan padaku namun dalam bisikannya aku turut terluka dengan sendunya. 
Tiada siapa akan mengerti akan perihal itu mungkin 
jauh sekali untuk peduli kerna mereka tidak pernah merasa keluh kesah menjadi seorang anak yang sejati. 
Anak yang di mana Tiada sekalung doa buat ayah dan bonda atau airmata kelukaan bila hati mereka terluka. (wallahwalam).. 
& begitu juga mama yang sentiasa ada di sisi…. 
Walau pelbagai ragam yang di pertontonkan buat dua pasang mata milikku. 
Mungkin ini hanya satu dugaan tapi rasanya terlalu berat untuk di pikul.. 
Kelukaan yang di rasakan tertusuk hingga turut terpanah kearah ku. 
Aku jua turut merasainya…
siapa kata pengorbanan itu hanya sia-sia? 
Dalam melewati kesusahan yang di hadapi, 
yang pasti TUHAN itu maha mengetahui, maha mendengar… 
Walaupun bukan segulung ijazah yang berada di tangan , 
namun keberkatan ,keyakinan, kesungguhan, keikhlasan dalam mengharungi kehidupan itu adalah menjadi satu tonggak kejayaan buat keluarga. 
Biarlah itu semua menjadi ijazah dalam hati mereka semua. 
Hanya buat yang mengerti akan perjuangan hidup ini. 
percayalah… 
andai hari ini kita susah dengan mencari kesenangan hidup utk kebahgian, suatu masa nanti kita pasti di permudahkan.
Andai tidak di sini, di sana jawabnya… 
berdoalah kerna dalam doa itu hanya airmata kita yang aku mampu lihat. 
Tidak pada mereka itu dan tidak juga pada mereka ini.. 
Kemewahan itu bukan titik terakhir hidup ini dalam mencari erti KEBAHAGIAN. 
Paras rupa yang indah bukan untuk di pertontonkan mencari erti kemewahan dalam KEBAHGIAN. 
Percaya.. mungkin ada hikmah di sebalik apa yang terjadi. 
Dan dalam pada masa itu semua akan baik-baik saja.
Mungkin ini memang takdirnya…

Syamimie
1:54am 15/1/11

Friday, January 14, 2011

-----> HAKIKAT SEMALAM, HARI INI & ESOK...


 tinta buat semua yang berkongsi rasa...

salam semua....
Semalam adalah kenangan .. 
hari ini adalah kenyataan. 
esok adalah impian. 

setiap insan inginkan kepastian, kenangan untuk di simpan, kenyataan untuk di hadapi...
impian untuk di angankan. kadang-kadang kenangan hendaklah 
di lupakan untuk menghadapi kebenaran kenyataan supaya impian yang di angankan menjadi kepastian. kenangan pahit jadikan peringatan, kenangan yang mudah jangan di pandang remeh.. 
kenyataan yang sukar jangan di ketepi kan. impian menggunung memakan diri. tiada impian ibarat tiada sasaran. tidak kira semalam. 
Hari ini & esok. semuanya berkaitan umpama sebuah roda yang berputar .. 

Hari ini boleh menjadi semalam. 
Esok sudah tentu menjadi semalam.. 
Namun semalam tidak akan menjadi hari ini & esok 
kerana lumrah alam, masa tidak boleh di ulangi kembali untuk memberi peringatan kepada insan memperbaiki diri. di setiap langkah perjalanan menghargai detik & ketika agar tidak menjadi sesalan. manusia sering alpa hakikat semalam, hari ini & esok kerana keangkuhan menguasai diri & fikiran...

: wahai masa depan...
"engkau masih dalam keghaiban! maka aku tidak akan pernah bermain dengan khayalan dan menjual diri hanya untuk sebuah dugaan. aku pun tidak bakal memburu sesuatu yang belum tentu ada.. kerana esok hari mungkin tidak ada sesuatu: esok hari adalah sesuatu yang belum di ciptakan dan tidak ada sesuatu pun darinya yang dapat disebutkan"

adaptasi daripd buku best seller 'don't be sad'...
: janganlah engkau berputus asa.. kerana putus asa itu bukanlah alasan seorang seorg muslim. ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah mimpi hari kelmarin & impian hari ini adalah kenyataan hari esok...

~renungan untuk semua....
 Syamimie
 

Monday, January 10, 2011

---------> BILA KASIH KASIH BUKAN MILIKKU LAGI...

SALAM.........
kali ini aku hiasi cerita ku cerita Cinta..



Cinta..bukanlah mawar merah kerana cinta tidak seperti mawar merah yang berkembang indah dan mekar tetapi akhirnya layu terkulai dan berguguran.. Tapi.. Cinta seharusnya di simbolikkan sebagai karang laut yang semakin di mamah usia semakin kukuh dan menebal , sekalipun di landa ombak dan badai. Namun harus dimiliki CINTAnya bukan orangnya.. apalah memiliki seseorang jika kita tidak mampu memiliki cintanya... 
(kenyataan di atas pasti ramai yang mengetahuinya.)

Hari-hari yang berlalu terlalu payah untuk dilupakan. kenangan setiap kenangan adalah menjadi suatu milik yang abadi dan terselit sampai mati di sanubari. Cinta bukan mudah untuk dijadikan suatu karya dan ukiran atau lukisan andainya bertujuan menyatakan hasrat itu kepada sesiapapun. maka ianya terpendam jauh ke dalam lubuk jiwa sehinggalah terkadang-kala  mampu membuat rasa gelisah, resah, cemburu, kecewa & perasaan bagaikan bergelodak. Maka terjadilah berbagai keputusan memutuskan pergi daripada sengsara cinta & membunuh perasaan cinta untuk orang lain. adalah tidak mudah untuk bermain cinta kerana ianya seperti api dan bara. terlalu lama api itu digengam akan membakar tangan. terlalu lama api itu dibiarkan akan membakar diri.

Hangatnya membara dan bersedia membuat sebarang teka-teki yang gila-gila. Ianya diibaratkan sebatang jarum yang menusuk ke dalam hati. Jika dicabut, tetap tersa sakitnya walau sedikit. Jika dibiarkan pula sakitnya menyusuk perlahan-lahan. kalau ada jodoh dan adanya keikhlasan cinta yang bukan kerana nafsu, tuhan akan bersama hambanya...Tuhan akan menemukan kekasih yang sama-sama ingin menikmati kebahagian dalam percintaan.. Biarpun kekasih telah dimiliki org lain. Biarpun kekasih menjadi org lain.. 'Kalau kekasih itu milik kita' , kata takdir. Maka dialah yang telah dicipta untuk kita selamanya....

: Buat semua yang sudi melayari lembaran untuk kali ini.. 
"seringkali dan setiap kali ada yang membaca ruangan ku pasti ada yang bercerita.. 'jiwang btol minah ni', 'blog u x boleh tahan la'.. ' tengah di lamun cinta ke...' dan bermacam-macam lagi lah :) ingin membetulkan keadaan, aku nak bagitahu semua. buat saat dan ketika ini aku tidak bermadu kasih, CINTAN CUNTUN dgn sesiapa pun buat ... (klu ada yg sudi berteman akan datang akan aku ceritakan) hehehe... ouchhh! terlebih suda.. hehe..
luahan dan renungan ini utk kita semua dari hati naluriku. dan pasti yang bernama manusia itu mengerti akan ERti CinTa..  
pengajaran & pengalaman dari teman, keluarga, adalah menjadi inspirasi aku untuk menyempurnakan lembaran utk kali ini... "
jiwa,hati, perasaan ini tak siapa yang mengerti ;-)
(harap semua mengerti.. bukan shja yg jatuh cinta mampu menulis perihal berkasih)

 Syamimie
1:06am 10/1/11

Sunday, January 09, 2011

-----------> AKU HANYA POTRET..


hanya sekadar hiasan!

JIKA CINTA ITU JUJUR...

Sebenarnya.... 
tidak sukar membahagiakan aku. 
cukup sekadar kau jujur. 
berjuta cinta yang ku temui seringkali dusta belaka.. 
tergurisnya hati bila jujur itu mati...
payahkah untuk jujur dan menyayangi setulus hati tanpa ada sandiwara atau senyuman pura-pura.. 
Jika CINTA itu jujur dan menyayangi, 
segalanya akan menjadi indah.. 
tapi jika itu hipokrasi segalanya akan mati.. 
Lalu....... 
selepas ini senyuman pura-pura itu 
untuk siapa pula buat kesekian kalinya...
Jika malam ini kau memelukku seperti selalu,. 
ku harapakan segalanya adalah jujur. 
Biarpun kita ke neraka selepas ini.. Biarlahhh.......
kerana itu lebih membahagiakan daripada ke syurga yang hanya ilusi...

aku mencoret ampaian kenangan hari ini.. sebening mata indah ku lakarkan.. segaris senyuman ku ukirkan, sederas airmataku hapuskan.. ku himpun seluruh kudrat mencantas diari dendam & benci lalu ku himpunkan dengan doa dan kuselitkan sebaris ayat kemaafan .. ku lukis sekeping hati tulus agar ia kekal abadi. 
lantas lahir sebuah lukisan berbingkai, jalinan persahabatan yang tak dapat d'carik. ku rencanakan suatu pertemuan dalam ikatan perkenalan. ku gamit satu janji yang tak akan terungkai walau dgn kata-kata...
Justetu itu... aku noktahkan pada akhir nurkilan seindah hidup ini adalah kerana
'AKU HANYA POTRET'
buat hari esok.. meski aku jauh di hujung jari....




 Syamimie
~hanya nurkilan cuma.....
1:04pm 9/1/11