Monday, September 10, 2012

LAGI DARI NOVEL KE TV: ADAM DAN HAWA ....


Assalamualaikum...

Sedikit kata2 untuk menyampaikan hajat Adam dan Hawa :)
Tatkala tiada lelaki yang hadir memetikmu
& janganlah engkau sekali2 merendahkan dirimu
Menggugurkan diri..menyembah tanah..
Sedangkan engkau sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tiggi mertabatmu..

Tulang rusuk Adam yang hilang, biarlah dia yang mencarinya sendiri. Hawa pula, tunggulah dan bersabarlah, tak perlulah kamu yang mencari Adam. Kerana kamu tetap tulang rusuknya yang hilang, dia akan datang mencarimu
dan mengambilmu suatu ha...ri nanti. Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berdoa agar Adam yang datang itu adalah Adam yang beragama, beramal dengan agamanya dan punya akhlak yang baik. Dengan kata lain dapat membimbing kamu ke jalan yang lurus untuk ke syurga...


haha... best tak kata2 tu? sebenarnya xde kena mengenakan ngan citer adam dan hawa yang di siarkan tu.. ok.. saja.. mencari ilham tersendiri utk merungkaikan maksud yang terpendam.. cehwahh... :)

Hello... monday not happy for all... but for me.. semuanya sama je..... hari2 yang dilalui sgt bermakna.. tak kisah lah apepun.. suka duka pahit... kita telan jelah ya.. sbb kita berjalan ke depan bukan ke belakang. ok... hehe..

attention please!! very surprise! Adam & Hawa @mustika HD astro..
ada siapa2 yang tak tahu ke tentang kewujudan cerita adam dan hawa ni? alahai...... sangat ketinggalan zaman. haha... dah alang2 nak becerita meh la aku bagitau... kesian kan korang yang tak tahu tu... duk dalam hutan la kalau semua benda tak tahu. haha...ok, citer Adam dan hawa yang di siarkan di Mustika HD astro setiap hari isnin,selasa,rabu & khamis kot kalau tak silap... nnti korang check balik.. dan start pukul 10mlm..

 Adam & Hawa ni dipetik oleh novel hasil karya Aisya Sofea. cukup 6 kali aku baca novel dia.. tak payah tgk citer dia pun takpe.. haha... dari A-Z aku boleh citer kat korang. sbb setiap bait2 yang tertulis telah aku hafal dengan penuh dahsyattt.. hahahahaha (gila tak aku) hahaha... tapi tak tgk pun kena tgk jugak... heronya tersangat lah sesuai untuk di tonton.. sedap mata memandang tak jemu di pandang.. (bak kata mama aku la) its mean itu adalah pelakon faveret dia. haha...
siapa dia siapa dia??



ambik kau.. aaron aziz jadi hero mmg top lah citer tuu... kann... cuba tgk citer bicara hati kat astro jugak haritu.... juga di petik dari novel. and also my feveret novel. tapi oleh sebab pelakon dia tu tak hot! jadi drama tu tak berapa nak menjadi... sambutan kureng.. padahal kalau di ikutkan novel Bicara hati tersangatlah BEST !..  sayangkannn...........

kalau sape2 yang takde mustika HD astro... boleh tengok kat youtube. kalau tak silap skrg ni dah masuk smpai episod 7... tengok tau tengokkk!! tak tau nak cakap ape lagii.. korang tgk la... bagi aku best la.. kalau baca novel dia lagi lah best...  :)

* citer lain aku x heran sgt. tapi aku masih ternanti-nanti.. takde ke pengarah2 filem kat luar sana nak buat citer ' JODOH ITU MILIK KITA' plak... novel by sara aisya :) buat la buat la......... mesti best, gempaq, hot gila2 nanti.............. DIJAMIN!! heee....

No comments: