Tuesday, June 24, 2014

Review : NOVEL Kerana Terpaksa Aku Relakan

Assalamualaikum..

"Jika pelangi itu indah, lebih indah lagi sebuah ikatan. Jika embun pagi itu suci , lebih suci lagi sebuah perasaan. Jika matahari itu pedih , pedih lagi menanggung kerinduan. Jika luka itu sakit, sakit lagi sebuah pengorbanan...
Sweetheart, true love is forever yours, be mine and forget me not..."

indah sungguh bait2 di atas. kerana itulah semangat untuk menaip hari ini berkobar kobar. ingat tak seperti kataku di entry yang lepas2 sesuatu yang baik dan teruja itu harus di kongsikan hehe. mari sini nak share. sharing is caring ingat tu sampai bila2 ya.

finally aku khatamkan juga novel 'kerana terpaksa aku lepaskan'. memang tajuk pn rase seram. nampak sangat kesedihannyakan. tapi bila baca. bila ikuti jalan cerita begini dan begitu baru aku tahu yang sedih tak selalunya sedih. semua tahukan skrg cerita ni tgh 'im' kat tv3 pukul 7 mlm. 
( nak dekat maghrib baru nak start. memang slalulah aku kena bleter dengan mama sebab lewat kerjakan maghrib.. aku diam je sbb aku tau tu salah aku hehe) sape suruh siar time maghrib2.. rasenya chanel tv3 ni kena ubah ckit. patutnya start pkl6 habis pukul 7. heheh memandai jelah kauuuuu! oklah mari teruskan sebelum peeling larik..

TAHNIAH aku ucapkan kepada penulis novel UMIE NADZIMAH. First time aku baca novel dia. memang hebat. walaupun sekadar hobi2 menulis novel katanya tapi jalan ceritanya sgt kreatif. berliku dan bercabang tapi akhirnya bahagia. baru lah btol and rase semangat di akhir cerita. ade setengah tu last2 rase menyesal baca sebab indah khbar dari rupa :) tapi masing2 ade sebab dan jalan cerita sendiri. masing2 ade kekurangan dan keistimewaan. bagi aku novel KTAR ni sehebat THE WEDDING BREAKER,  Jodoh itu milik kita (JIMK) and awak suka saya tak? (ASST. ) aihh hebat sungguh penangan kaki novel ! memang aku gila... tolonglah jangan berangan macam dalam novel cik mimi.


ambik mood sekejap tengok pelakon yang hebat ni. memang diorg ni best n boleh layan. tu la jangan perlekeh kan org. dulu indah ni a.k.a izreen ni biase2 je tapi skrg fuhh aku pn takat cintan and abg zen a.k.a amar........ im fallen in love lah. hehe..  tapi benchi laaaa.. xde pn lelaki mcm tu.  memang dalam novel je berduyun2... yes ilusiiiiiiii.. jangan terpengaruh hokey. tapi kita berdoa je kot kot ade untuk sedap kan hati... haha..


marilah baca sinopsis sikit kasi hot blog cik mimi :)
Pernikahan Indah Halina diatur keluarga. Ayahnya memaksa dia bernikah dengan Saiful Azam. Sehari sebelum majlis kenduri, dia pulang bersama kakak tirinya Zawati dan lelaki bernama Yazid. Dia dianiaya Zawati dengan ditinggalkan di RnR lebuhraya.
Tuhan menemukan dia dengan seorang wanita bernama Dato’ Safiya, kaya raya, businesswoman tetapi baik hati. Indah dihalau oleh ayahnya, dituduh disangka sengaja mengelak untuk berkahwin dan untuk menutup malu Zawati sanggup mengganti menjadi isteri Saiful. Zawati memang sudah lama menyimpan hati dan hasrat untuk mendapatkan Saiful dan caranya dengan dibantu ibunya untuk menyingkirkan Indah sangat berjaya kali ini.
Perjalanan hidup Indah Halina berubah sejak pertemuan kali kedua dengan Dato’ Safiya. Dia dilantik menjadi Pembantu Peribadi Dato’ Safiya dan berdepan dengan tiga orang anak lelaki Dato’ Safiya: Tajul Razin, Tajul Fahin dan Tajul Zahin (aku selalu keliru watak ni, sebab nama semua nak dekat sama)


Aih.. tau tak... Novel ni agak tebal, 772 pages. Plot pun banyak tetapi sangat mudah untuk difahami. Yang klise adalah jatuh cinta selepas bernikah. Memanglah best, tapi sebab dah selalu sangat baca tema sebegini, dah kurang seronoknya.Yang buat kita tersengih pula, ada pula nama Gerai Abang Mangkuk Ayun yang jual menu Nasi Goreng Abang Hensem dan Teh Tarik Adik Cun. (bagus jugak kalauade restoran mcm ni. ce bukak satu kat Kl.. nak peeling mcm indah halina jugak haha)

Novel terbitan Karya Seni. Seperti biasa terbitan KS jarang ada kesilapan ejaan. Cuma sekali ini, lebih daring dari novel-novel KS yang pernah aku baca sebelum ini.
Ada beberapa part “dalam kain” yang ditulis agak terangan. Mungkin hendak sesuaikan dengan watak hitam Zawati dan perlakuannya yang tak senonoh itu.

Copy paste satu perenggan:
Kebanyakan mata yang melihat menjadi sebak. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang mengetahui perjalanan kisah cinta pasangan ini. Berkasih secara diam-diam, berpisah juga diam-diam, hanya perubahan tingkah laku dan susut tubuh sahaja yangmenjadi bukti mereka kecewa dan merana. Akhirnya cinta mereka disatukan semula. Besarnya kuasa Allah dalam menentukan jodoh setiap hambanya. *page 589


banyak cakap: sinopsis aku copy kak blog akak cantik. jangan marah. saya malas nak taip panjang. hee)


Selamat membaca buat peminat novel Melayu. bacalah insyaallah tak menyesal....!

SyamimiHasli

No comments: