Sunday, January 09, 2011

-----------> AKU HANYA POTRET..


hanya sekadar hiasan!

JIKA CINTA ITU JUJUR...

Sebenarnya.... 
tidak sukar membahagiakan aku. 
cukup sekadar kau jujur. 
berjuta cinta yang ku temui seringkali dusta belaka.. 
tergurisnya hati bila jujur itu mati...
payahkah untuk jujur dan menyayangi setulus hati tanpa ada sandiwara atau senyuman pura-pura.. 
Jika CINTA itu jujur dan menyayangi, 
segalanya akan menjadi indah.. 
tapi jika itu hipokrasi segalanya akan mati.. 
Lalu....... 
selepas ini senyuman pura-pura itu 
untuk siapa pula buat kesekian kalinya...
Jika malam ini kau memelukku seperti selalu,. 
ku harapakan segalanya adalah jujur. 
Biarpun kita ke neraka selepas ini.. Biarlahhh.......
kerana itu lebih membahagiakan daripada ke syurga yang hanya ilusi...

aku mencoret ampaian kenangan hari ini.. sebening mata indah ku lakarkan.. segaris senyuman ku ukirkan, sederas airmataku hapuskan.. ku himpun seluruh kudrat mencantas diari dendam & benci lalu ku himpunkan dengan doa dan kuselitkan sebaris ayat kemaafan .. ku lukis sekeping hati tulus agar ia kekal abadi. 
lantas lahir sebuah lukisan berbingkai, jalinan persahabatan yang tak dapat d'carik. ku rencanakan suatu pertemuan dalam ikatan perkenalan. ku gamit satu janji yang tak akan terungkai walau dgn kata-kata...
Justetu itu... aku noktahkan pada akhir nurkilan seindah hidup ini adalah kerana
'AKU HANYA POTRET'
buat hari esok.. meski aku jauh di hujung jari....




 Syamimie
~hanya nurkilan cuma.....
1:04pm 9/1/11

No comments: