Thursday, December 22, 2011

JANGAN SESEKALI 'K'...

 Assalamualaikum =)

fakta ini adalah peringatan buat aku. memang sesekali aku alpa tentang keadaan ini.. sifat dlm diri kita tanpa di sedari kadangkala amat menyentuh perasaan yg lain.. dan apalah gunanya bila sesuatu yg menarik tidak aku kongsikan di sini. sesungguhnya ianya boleh di guna pakai untuk kita semua.. :)


 'Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.'
: amat menyakitkan


'Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.'
: tak dapat bayangkan apa rasanya


'Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.'
aku mmg suka pandang mata org. & ia x palsu tp org yg slalu bermaksud lain..
sorry :(


'Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.'
ssh benar.. aku mmg slalu ambik berat ttg org.. slalu aku rasakan kalau mereka dlm kesusahan aku turut merasakannya. tp.. sesetengah org lain maksudnya. ada pula yg menaruh hati....


'Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.'
ok.. x pnh ucapkannya.. takut! :) hnya utk seseorg yg special aje ;)


'Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.'
ini betul. aku slalu ingtkan benda ini kt diri aku. tak hensome takpe.. sedap mate memandang ya.. :) bak kata pepatah tu... biar sakit di mata senang di hati.. jgn sakit di hti sennag di mata.. bahaya. merana badan..


'Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.'
SETUJU sangat2.. itulah yg boleh membahagiakan. insyaallah..


Akhir kata untuk kita semua bukan utk aku je.....

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Syamimiehaslee

3 comments:

A'ishah Kamaludin said...

Setuju sgt... nice blog. uhuhu, saya follow!

Anonymous said...

singgah sini

jemput datang utk melihat tutorial dan follow yer. tengs

advance-blog-user.blogspot.com

Wan Nursyamimi said...

A'ishah Kamaludin
thanks ;)